Hot Posts

6/recent/ticker-posts

6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Kereta

6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Kereta | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Baru-baru ini kereta kesayangan Sha telah membuat sedikit kejutan pada Sha apabila tidak dapat dihidupkan ketika mahu pulang ke rumah dari tempat kerja. Nasib baik ketika kejadian Sha masih berada di kawasan pejabat, jika diluar agak susah tambah pula jika berseorangan. Tambah nasib baik lagi suami Sha pun belum balik kerja.

Akhir-akhir ini agak kerap kereta buat hal, tetapi hal-hal kecil yang boleh diselesaikan segeralah. Bila kereta buat hal kali ini suami suarakan supaya Sha jual sahaja kereta yang ada dan beli kereta lain yang lebih baharu. Idea yang agak menarik kerana kereta ini telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun.

Tapi keputusan untuk membeli kereta lain bukanlah sesuatu keputusan yang mudah. Banyak juga yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah kereta. Bukan apa, kalau boleh tidak mahu berlaku pembaziran memandangkan kereta sedia ada tidaklah terlalu membebankan.



Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Kereta

Membeli kereta adalah menjadi setiap orang terutama bagi graduan dan individu yang baru mendapat kerja. Tapi sebelum membeli anda perlu sedar bahawa membeli kereta memerlukan pertimbangan yang serius.

Memiliki kereta membuatkan anda perlu bersedia dengan kos harian dan juga kos penyelenggaraan. Jom kita tengok apa yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli sebuah kereta ;

1. Kereta baru atau kereta terpakai

Sebelum membeli kereta anda boleh memilih sama ada membeli kereta baru atau kereta terpakai. Semua ini mengikut kemampuan bulanan anda. Memiliki kereta terpakai juga tidak salah kerana ada kereta yang berbaloi untuk dimiliki.

Kadang keinginan juga menjadi pendorong untuk memiliki kereta idaman tetapi dengan harga yang lebih rendah. Cuma untuk mendapatkan kereta terpakai anda perlu lebih teliti dan mungkin perlukan pendapat orang berpengalaman.

2. Kenali kereta secara fizikal

Sha sendiri sebelum membeli kereta semestinya berdasarkan sifat luarannya. Mungkin menjadi fitrah kita sebagai manusia dari mata turun ke hati. Masing-masing juga mempunyai citarasa yang berlainan.

Fizikal kereta seperti bentuk dan keluasan sudah menjadi ukuran biasa. Hal ini kerana ada yang mengukur saiz keluarga dan kekerapan perjalanan jauh yang memerlukan kereta yang sesuai dan selesa.

Boleh lihat di kedai untuk uji pandu atau kereta kawan-kawan mungkin.

3. Pertimbangan keperluan atau kehendak

Untuk memilih sesuatu yang agak penting dalam kehidupan kita terutamanya di zaman yang ekonominya agak mencabar kini agak sukar.

Sebelum membuat keputusan anda boleh pertimbangan sama ada kereta ini adalah keperluan atau kehendak. Terdapat perbezaan dalam pilihan jika anda membeli mengikut kehendak atau keperluan. Ini penting untuk memastikan komitmen anda adalah  yang terbaik.

 

4. Ketahui kos penyelenggaraan

Memilih jenama kereta yang gah dipasaran mungkin anda mampu miliki. Tetapi anda juga perlu tahu kos pada masa hadapan yang perlu anda tanggung. Hal ini untuk memastikan kereta anda dapat berfungsi dengan baik.

Anda perlu sedikit rajin membuat risikan akan kos-kos  atau harga barangan kereta untuk penyelenggaraan nanti. Maklumlah kadang harga tayar atau spare part pun boleh tahan harganya. Biasanya kos penyelenggaraan perlu dilakukan setiap 5,000 km atau 10,000 km jarak perjalanan.

5. Menjimatkan minyak

Antara faktor yang biasa Sha dengar bila kawan-kawan nak beli kereta adalah kereta yang menjimatkan minyak. Kos minyak atau bahan api adalah kos kedua tertinggi dalam penggunaan kereta.

Ini 4 Cara Untuk Elak RM200 Kena 'Block' Bila Isi Minyak Guna Kad Debit  Atau Kredit - Majalah Labur

Contoh Sha sendiri akan memilih kereta yang menjimatkan minyak bagi jarak jauh kerana biasa balik ke kampung yang jauh. Jadi keperluan setiap orang tidak akan sama kerana kegunaan setiap orang juga berbeza. Tapi anda boleh sahaja membuat pengiraan kos minyak kereta setiap bulan.


6. Buat Kira-Kira Bulanan

Penggunaan kereta adalah antara kos kedua paling tinggi dalam kehidupan Sha jadi untuk mendapatkan sesebuah kereta Sha rasa anda patut membuat bajet kiraan bulanan yang anda mampu keluarkan.

Bukan apa, hal ini sangat penting untuk memastikan perbelanjaan bulanan anda lebih teratur. Anda perlu senaraikan komitmen bulanan terlebih dahulu supaya anda tidak sakit di kemudian hari.


Kepentingan Tahu Komitmen Sebelum Membeli Kereta

Semua orang mahu yang terbaik tetapi dalam setiap tindakan kita perlulah mengukur baju di badan sendiri bukannya orang lain. Bukan sedikit kes tarik balik kereta akibat tidak mampu meneruskan pembayaran kereta.

Jadi janganlah memilih dengan mengikut nafsu kerana kelak akan merugikan diri sendiri. Ada rezeki mungkin kereta seterusnya bolehlah naik taraf ke arah yang lebih baik. Pening kepala ke nak pilih kereta apa? Jom hilangkan tekanan sekejap dengan main game go chicken go dulu.

Post a Comment

3 Comments

  1. Kereta kalau buat hal, sakit kepala kan sha.. Tapi tulah, nak beli baru bulanan dia boleh tahan contoh macam alza baru ni hehe😅🤭

    ReplyDelete
  2. Saya berkenan kereta axia lama dah 😂 tapi bimbang tak drive je

    ReplyDelete
  3. TAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.




    Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
    mghfbibdgf@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mghfbibdgf@gmail.com

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi