Hot Posts

6/recent/ticker-posts

5 Tempat Menarik Di Ipoh Waktu Malam Bersama Anak-Anak

5 Tempat Menarik Di Ipoh Waktu Malam Bersama Anak-Anak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bila tiba hari jumaat mesti otak ligat fikir nak pergi mana. Walaupun kadang-kadang suami Sha kerja pada hari minggu, kami akan tetap keluar jalan walau tak lama. Tapi kalau dah keluar, memang ke Ipohlah jawabnya. Di Ipoh bolehlah kami cipta aktiviti walaupun kerap pusing-pusing tengok suasana malam sahaja. 

Korang yang tinggal di Ipoh mungkin sudah biasa, tapi hari ini Sha tetap nak kongsikan dengan korang tempat yang anak-anak Sha seronok bila ke Ipoh untuk lepak di waktu malam. Antara kriteria tempat yang Sha suka bawa anak-anak jalan pada waktu malam semestinya tempat yang luas dan mempunyai sesuatu yang menarik untuk kanak-kanak.

5 Tempat Lepak Menarik Di Ipoh Waktu Malam Bersama Anak-Anak

Kadang-kadang waktu siang tidak sempat untuk luang masa bersama anak-anak. Maklumlah, sesekali hujung minggu perlu bertugas lebih masa. Jadi waktu malam terutamanya hari sabtu adalah menjadi pilihan Sha kerana keesokannya hari ahad masih ada masa untuk berehat. Jika esoknya kerja memang jarang keluar waktu malam kerana itulah waktu untuk bersedia untuk anak-anak ke sekolah esoknya.

Jadi di sini Sha nak kongsi dengan korang empat tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak waktu malam di Ipoh. 


1. Bulatan Sultan Azlan Shah


Bulan Sultan Azlan Shah atau dulunya dikenali sebagai Bulatan Amanjaya terletak di Meru, Ipoh dan diuruskan sepenuhnya oleh Kumpulan PKNP. Lokasinya berhadapan dengan Hotel Casuarina@Meru dan berdekatan dengan fasiliti utama di Meru seperti pusat beli belah Mydin dan Terminal Bas Meru.

Bulatan ini merupakan roundabout yang bersaiz besar dan luas. Di dalam bulatan ini terdapat pelbagai hiburan untuk korang nikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Antara yang ada di sini adalah taman air mini dan kawasan lapang untuk pelbagai aktiviti yang kini dipenuhi oleh tapak sewa kereta berhias dan basikal elektrik.

Jika korang ke sini memang meriah dengan lampu-lampu dari kereta berhias yang ada. Sha pernah juga sesekali belanja anak-anak, kami naik tut tut 5 orang naik dengan kadar sewa RM45.00 untuk tempoh 30 minit. Kalau tak naik pun kami lepak di pentas utama sambil layan kacang dan tengok kerenah anak-anak dan orang ramai.

Pada bulan puasa pula Sha dan keluarga wajib ada satu hari akan berbuka di padang yang lapang di bulatan ini. Nak jimat bawalah skuter sendiri ataupun permainan lain yang sesuai supaya kita dapat enjoy dengan keluarga.

Bab makan ada juga food truck dan gerai-gerai kecil di kawasan ini. Korang jangan risau, McDonald's dan KFC pun nampak dari sini.


2. Air Pancut KTM Ipoh

Sebenarnya dulu selalu juga lepak di sini, tapi sejak Majlis Bandaraya Ipoh tidak benarkan peniaga di kawasan ini Sha jarang singgah. Baru-baru ini suami Sha kerja malam, jadi Sha minta izin untuk keluar bersama anak-anak sahaja.

Lokasinya berhadapan dengan Stesen Kereta Api Ipoh sahaja. Dahulunya di sini memang meriah dengan air pancut dengan pancaran lampu berwarna warni dan peniaga makanan di tapak parkir. Tapi kini hanya tinggal pancutan air warna warni juga jualan seperti buih sabun untuk kanak-kanak.

Pada Sha, Sha suka sahaja lepak di sini kerana ianya tidaklah terlalu padat dengan manusia. Santai sambil tengok anak-anak yang acah-acah berlari dan terkena air. Bagi yang suka ootd waktu malam bolehlah cuba lepak di sini kerana pancaran lampu di bangunan Dewan Bandaran Ipoh juga menarik.


3. Dataran Majlis Bandaraya Ipoh

Lokasi dataran ini adalah berhadapan dengan bangunan Majlis Bandaraya Ipoh dan Ipoh Parade. Setiap kali Sha ke Ipoh waktu malam walaupun hanya untuk pusing-pusing ini adalah lokasi wajib untuk Sha sekeluarga lalui. Bukan apa, kadang-kadang di sini banyak geng kereta dan motor berkumpul jadi nak tengok-tengok sahaja.

Bagi yang biasa datang Ipoh mesti tahu di sini juga ada port makan waktu malam di Ipoh dengan pelbagai gerai makanan yang ada di tapak parkir. Dulu Sha suka makan kedai Sup Mak Endah tapi sekarang kedai pun dah pindah.

Lepas makan temanlah anak-anak kejar mengejar kat padang yang ada. Tapi jangan suka sangat lepak dekat geng kereta selalu lepak tu, sebab pernah terserempak dengan operasi polis, jpj besar-besaran di situ. Nasib baik kami lambat sampai kalau tidak memang terperangkap dalam kepungan juga. huhuhu..


4. Ipoh Night Market

Antara tempat viral ipoh adalah Ipoh Night Market. Sha dulu pun sampai sini sebab nak cuba tom yam viral Ipoh yang sampai sekarang tak merasa..ahahaha. Sebelum ini kami datang terlalu awal, jadi ada satu malam kami pergi dalam pukul 9.00 malam atas saranan kawan.

Kalau lambat sangat susah nak cari parkir. Malam itu barulah kami rasa meriah, tapi meriah dengan pelbagai pilihan makanan. Di sini boleh dikatakan port makan best di Ipoh juga. Kalau korang nak lepak Ipoh bolehlah datang sini, boleh pilih makanan ikut tekak masing-masing.

Pilihan makanan memang banyak dari makanan Melayu,siam, arab, siam, jepun dan korea. Tapi malam itu kami sekeluarga makan santai sahaja iaitu layan rojak buah yang super sedap, keropok lekor sira yang sedap dan juga sushi yang sedap. Pendek kata yang kami makan semua sedap, itu belum lagi cuba makan yang lain.

Selain makanan, di sini juga ada jualan pakaian, kedai permainan dan tempat memancing udang. Korang patut pergi lepak situ mesti tak bosan sambil layan busking yang membuat persembahan secara live.

Boleh juga baca sini


5. Ipoh Padang

Walaupun Ipoh Padang adalah sebuah padang bola tetapi ianya agak bertenang bawa anak-anak untuk lepak di sini. Jika kebetulan ada perlawanan atau latihan bola, korang boleh join tengok sekali. Pada yang rasa nak beriadah waktu malam bolehlah datang keluarkan peluh di sini.

Sha bukan apa, kedai makan kegemaran Sha iaitu Nin's Cabin hanya bersebelahan dengan Ipoh Padang jadi bila lepas makan kami lepak sini sahaja sebelum balik. Nak makan pizza kita ada Miker Pizza, kadang-kadang Sha pun suka bawa makanan ke sini. Tapi bila bawa makanan kenalah rajin kemas jangan pula tinggal sampah.


Tempat Menarik Di Ipoh

Lima tempat yang Sha senaraikan diatas ini merupakan antara tempat menarik di Ipoh yang korang boleh pertimbangan untuk dimasukkan dalam jadual perjalanan nanti. Sha yang tinggal di sini memang pusing-pusing tempat inilah untuk isi masa dengan suami dan anak-anak waktu malam.

Semoga dapat membantu korang yang buntu tak tahu nak pergi mana waktu malam di Ipoh.

Post a Comment

17 Comments

  1. kalau ke Ipoh bolehlah singgah ke tempat2 ni

    ReplyDelete
  2. wahhh, kebetulan memang nak ke Ipoh tak lama lagi. boleh la singgah Ipoh Night Market untuk makan nanti

    ReplyDelete
  3. no club in ipoh . many pub

    ReplyDelete
  4. masa arwah baba mertua ada, mmg tiap malam dia bawa cucu-cucu ni pusing jln ipoh tengok lampu time malam. kalau petang ayahchor diaorg bawak ke padang polo

    ReplyDelete
  5. Takda tempat yang lagi menarik ke 😅

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi