Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RESEPI PUDING ROTI KUAH KASTARD MUDAH DAN SIMPLE

RESEPI PUDING ROTI KUAH KASTARD MUDAH DAN SIMPLE | Hampir seminggu tidak ada kemaskini blog , sedikit sibuk dengan urusan kerja hakiki dan kerja sampingan yang baru bermula. Kalau korang nak tahu Sha dan suami sedang menjalankan perniagaan baru yang sudah lama encik suami impikan iaitu pernigaan mencetak baju. Perniagaan ini kami jalankan secara kecil-kecilan hanya dari rumah, korang doakanlah mata pencarian kedua kami ini semakin berkembang dengan baik. Selain mencetak baju t-shirt Sha juga menyediakan perkhidmatan mencetak sticker untuk perniagaan kecil juga untuk goodies-goodies majlis harapnya perniagaan kami kali ini berjalan lancar, jadi kalau korang sudi ada masa terluang tu boleh follow kemaskini perniagaan kami di instagram  Philosophy Print . Ok, cerita pasal hari minggu ini Sha sekeluarga tak ke mana pada siang hari kerana minggu ini Sha hanya stand by di rumah jika ada kes barulah Sha perlu ke pejabat jadi ada masa lebih di rumah selain membuat aktiviti sebagai suri rumah di hari minggu iaitu mengemas, mendobi dan melayan suami juga anak-anak Sha manfaatkan untuk memasak lain dari hari-hari Sha bekerja. Petang ini Sha masakkan Puding Roti Kuah Kastard untuk suami Alhamdulillah suami suka sangat sebab dah lama Sha tak buat jadi hari ini memandangkan roti ada di rumah Sha jadikan ia puding. Apakah bahan yang Sha gunakan? Boleh tengok resepi di bawah :


BAHAN-BAHAN A


8 Keping roti ( Sha guna gardenia)
Buah kismis

BAHAN-BAHAN B


2 biji telur
3 cawan susu segar
4 susu gula
2 sudu mentega

BAHAN-BAHAN KUAH KASTARD


1 gelas susu cair
1 cawan air
4 susu gula
2 sudu tepung kastard
1 sudu susu pekat

CARA-CARA MEMASAK

1. Roti di potong 4 bahagian kemudian di susun di dalam loyang.

2. Masak campur semua bahan B di dalam kuali dan masak tidak perlu hingga mendidih sekadar sebati. Kemudian tuang ke atas roti di dalam loyang. Taburkan kismis dan bakar dengan kepanasan 200 darjah celcius selama 45 minit.

3.  Sementara menunggu puding roti masak, Sha sediakan kuah kastard iaitu dengan mencampurkan kan semua bahan kuah kastard dan masak sehingga sedikit pekat.

4. Bila puding dan kuah siap boleh sejukkan dan bila nak makan barulah tuang kuah kastard di atas puding roti. Mungkin letak peti ais bertambah sedap!

Jangan lupa cuba tau. Korang juga boleh tengok di Channel Youtube Sha ;


Post a Comment

8 Comments

  1. nampak sedap..tapi tak pandai makanlah puding roti..buat lagilah tak pandai he he he

    ReplyDelete
  2. x penah try makan puding roti..sedap yeak...

    ReplyDelete
  3. Nmpk sedapnye.feveret sgtt.tq nice resepi


    https://www.mentorsihatcantik.com/tips/tips-atasi-sembelit-dengan-cepat-dan-berkesan/?preview=true

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi