Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PULANGNYA AYAHANDA KE RAHMATULLAH

PULANGNYA AYAHANDA KE RAHMATULLAH | Pertama sekali Al-Fatihah buat ayahanda Sha yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Oktober 2017 (Jumaat) bersamaan 23 Muharram 1439 yang lepas. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk Sha berada di sisi ayah sehingga saat nafas terakhirnya.


Sebenarnya 12 Oktober 2017 (Khamis) Sha dalam perjalanan ke Ipoh untuk berkursus, di dalam perjalanan Sha menerima panggilan daripada adik di kampung menyatakan ayah tenat jadi tanpa membuang masa Sha menelefon suami untuk maklum dan ajak suami pulang ke kampung segera. Lebih kurang jam 10.00 pagi kami bertolak dari Perak menuju ke Terengganu dan sampai pada jam 4.00 petang.

Allahyarham ayahanda Sha dilahirkan pada 11 Ogos 1953 dan perginya pada umur 64 tahun selepas 3 bulan mengalami masalah hati. Sakitnya bermula daripada batu karang di hempedu kemudian merebak ke hati menyebabkan perutnya membengkak. Satu bulan sebelum pemergiannya arwah telah mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, masih menanti temujanji seterusnya dan keputusan darah yang telah diambil namun bila sudah waktunya seperti dijanjikan oleh-Nya tiada siapa yang dapat menghalang.

Bersyukur sangat kerana Allah SWT memakbulkan doa Sha untuk diberi kesempatan berada disisi keluarga jika berlaku saat begini. Sempat satu malam bersama ayah yang didapat tidur dengan ditemani adik Sha malam itu, kami berada disisi ayah sepanjang malam. Beberapa orang bapa dan ibu saudara Sha yang menemani ayah malam itu. Sebelum Sha sampai ke kampung ada doktor yang datang ke rumah cuba mengubati tetapi tubuh ayah sudah tidak dapat menerima sebarang suntikan.

13 Oktober 2017 bila masuk waktu tengahari kata-kata ayah sudah tidak dapat difahami dengan jelas. Lebih kurang jam 3.10 petang ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir disisi mak Sha dan anak-anak serta adik beradik arwah. Ayah pergi dengan tenang petang itu dengan iringan bacaan surah yassin dan ucapan syahadah.

Seminggu Sha bercuti untuk menguruskan urusan yang patut seperti menyelesaikan pusaka, pencen dan keperluan rumah memandangkan mak Sha pun tidak berapa sihat tambah pula adik-adik masih bersekolah. Alhamdulillah setakat ini urusan yang ada telah dipermudahkan olehNya semoga seterusnya berjalan lancar dan mak Sha harapnya diberikan kesihatan yang baik kembali. Didoakan arwah ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman kepadaNya dan dilapangkan kuburnya InsyaAllah.

Post a Comment

14 Comments

  1. al-fatihah. semoga ayah sha ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.

    ReplyDelete
  2. Takziah Sha...semoga Allah cucuri rahmat pada arwah ayah Sha.

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnailaihirojiun...
    Takziah diucapkan buat Sha serta seluruh ahli keluarga.

    ReplyDelete
  4. salam takziah di ucapkan... moga sha terus tabah n kuat...

    alfatihah bt arwah abah sha, moga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  5. Salam takziah...
    semoga tabah dan kuat...
    Alfatihah..

    ReplyDelete
  6. Salam takziah sha & keluarga..gee paham betapa rindunya sha pada arwah masa tulis entry ni kan..Sebab gee pun pernah kehilangan ayah masa tahun 2001..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..semoga ibu sha tabah & diberi kesihatan yang baik..

    ReplyDelete
  7. Moga arwah ayah kak sha ditempatkan bersama orang beriman..

    Sabar ye

    ReplyDelete
  8. Innalillahiwainnailaihirajiuun dan Al Fatihah. Semoga sha tabah menghadapi kehilangan ayah. Ibu abe wkie dah meninggal pd thn 2001 tp ayah masih ada.

    ReplyDelete
  9. Salam takziah untuk sha sekeluarga....

    ReplyDelete
  10. Salam takziah sha... semoga arwah ditempatkan bersama hambaNya yang bertaqwa

    ReplyDelete
  11. Salam takziah sis.. Semoga tabah dan kuat melalui ujian Allah..

    ReplyDelete
  12. Salam takziah Sha..
    Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman & sentiasa dirahmatiNya..
    Aminnn..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi