Berdasarkan tajuk di atas, seorang ibu mungkin mempunyai beberapa pendapat dan pandangan yang berbeza. Di sini, NS ingin menyenaraikan beberapa beza antara pam susu elektrik dan pam susu manual.
PAM SUSU ELEKTRIK
CONTOH :
KELEBIHAN :
1. Masa singkat, lebih-lebih lagi penggunaan pam berganda atau berkembar. ( Sesuai untuk ibu yang bekerja dan mahu jimat masa )
2. Tangan lebih relax dan tidak lenguh.
3. Boleh melakukan kerja ringkas dalam keadaan duduk sambil mengepam.
4. Tidak banyak komponen berbanding manual.
KEKURANGAN :
1. Perlu ada sumber tenaga elektrik untuk mengepam.
2. Berat kerana menggunakan motor.
3. Sesetengah mengeluarkan bunyi.
4. Risiko kuasa sedutan motor berkurangan.
PAM SUSU MANUAL
CONTOH :
KELEBIHAN :
1. Ringan dan mudah di bawa
2. Mudah dibawa dalam semua situasi ( tidak perlu kuasa elektrik )
3. Kuasa sedutan lebih mudah dikawal.
4. Tidak perlu memikirkan masalah motor, asalakn gegelung getah masih elok.
KEKURANGAN
1. Tangan mudah lenguh
2. Tugas mengepam secara bergilir..tidak ada yang berganda.
3. Sesetengah pam mempunyai banyak komponen.
5 Comments
Assalamualaikum.. sheila pakai pam elektrik. alhamdullilah :)
ReplyDeletesue pakai dua dua. bila elektrik hantar p servis, sue pakai yg manual..jenama madela sue sgt puas hati..
ReplyDeletezaman kak ana dulu pam manual tu je,skrg makin canggih dah hehe
ReplyDeletehuhuh..tu laa kak...skg mkin mnyenangkan...sha ari tu pon pakai manual...pas ni In Shaa Allah nk pakai yang eletrik plk
Deletei loike elektrik punya! hehe
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi