Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Aktiviti Bercuti Setengah Hari Di Kuala Kangsar, Perak

Setengah Hari Di Kuala Kangsar, Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Seminggu cuti persekolahan kali ini Sha dan suami tidak mengambil cuti rehat pun. Mulai minggu lepas, anak-anak Sha sudah mula menjaga diri masing-masing di rumah selepas ibu pengasuh mereka diserang strok. Korang doakan Kak Ina kuat ya untuk sembuh kembali, sudah 2 minggu berada di wad dan tidak banyak perubahan berlaku dari hari pertama kena strok.

Minggu ini ada 3 hari cuti iaitu termasuk cuti sempena Keputeraan Yang Di Pertuan Agong, hari pertama suami Sha pulun service kereta Sha jadi satu hari rehat di rumah sahaja. Jadi bila tanya suami hari kedua cuti tidak ada apa-apa urusan lain, jadi Sha ajak suami ke Kuala Kangsar.

Perjalanan ke Kuala Kangsar dari rumah Sha hanya mengambil masa dalam lingkungan 45 minit sahaja. Kami tidak melalui lebuh raya, hanya melalui jalan kampung iaitu jalan Parit, Perak.

Aktiviti Setengah Hari Di Kuala Kangsar, Perak

Kami bergerak dari rumah kira-kira pukul 7.30 pagi dan mengisi minyak kereta terlebih dahulu. Kami menuju ke tempat pertama iaitu lokasi sarapan yang terletak di kawasan Talang, Kuala Kangsar. Kedai yang Sha maksudkan adalah Kedai Makan A&Z Laksa Power.

Kedai ini adalah atas cadangan suami yang pernah singgah ke sini sebelum ini. Jadi Sha pun teringin nak cuba kerana dikatakan roti canainya yang istimewa dan sedap. Punca kehadiran suami ke sini juga disebabkan review di sebuah saluran youtuber tempatan. Jadi apalagi, memang wajib cubalah kan.

Sarapan Pagi Di Kuala Kangsar



Pagi itu Sha order makan seperti berikut :

Nasi lemak biasa

Roti canai telur

Roti Canai Special

Roti Canai Pattaya Special

Roti Canai Pisang



Order 5 makanan walaupun makan 4 orang, sebab nak merasa Roti Canai Pattaya Special tu. Jadi yang itu kami kongsi makan supaya semua merasa.


Mandi Manda Di Taman Eko Rimba Ulu Kenas


Antara aktiviti yang Sha suka buat bersama anak-anak adalah mandi sungai. Maklumlah budak-budak memang suka main air. Sha tahu kawasan Kuala Kangsar dan kawasan sekitar ada beberapa tempat air terjun. Baru-baru ini kebetulan Sha bekerja di sebelah meja Jabatan Perhutanan Negeri Perak, jadi tahu la tempat-tempat yang menarik untuk mandi air terjun.

Oleh itu Sha pun belek balik risalah yang Sha dapat dan Sha pun selidiklah sikit di facebook macam mana rupa dan keadaan Taman Eko Rimba Ulu Kenas ini. Nampak macam menarik, tapi itulah ditolak pada mulanya oleh suami katanya tempat itu berbahaya.

Tapi nasib baiklah suami intai juga di facebook keadaan Ulu Kenas dan setuju nak bawa kami ke sana. Alhamdulillah, selepas sarapan kami terus gerak ke sana dalam masa 16 minit dari kedai makan.

Selesai mandi macam biasalah, anak-anak mula cakap lapar balik. Pada asalnya Sha bercadang untuk makan di Teringat Lenggong, iaitu sebuah kedai makanan talam dengan lauk pauk kampung tapi Sha tukar kepada lokasi lebih dekat. Korang faham sahajalah, bila mandi lata mata mudah mengantuk.


Makan Tengah Hari Di Nonn Nasi Bungkus Kuala Kangsar


Sebenarnya malam sebelum ke Kuala Kangsar Sha ada mesej kawan yang kerja kawasan sana bertanyakan kedai makan yang best. Tapi macam biasalah, Sha suami isteri jenis nak bawa pasangan makan di tempat yang kita pernah singgah masa urusan kerja biar sama-sama merasa.



Disebabkan kami pernah makan sama-sama di Teringat Lenggong, jadi kami pilih untuk makan di Nonn Nasi Bungkus. Apa yang suka di sini mestilah Nasi Bungkus Kambing Bakar. Jadi memang Sha order makan lauk kambing, manakala suami dan anak-anak pilih Nasi bungkus ayam. Di sini tidak banyak pilihan, hanya ada kambing, ayam dan ikan keli sahaja.

Di kedai ini disediakan air sirap percuma, tapi korang jangan risau ada je air bancuh lain dan ada air coconut shake.


Bergambar di Jambatan Victoria Kuala Kangsar


Akhirnya salah satu tempat yang Sha nak pergi singgah tapi tidak berpeluang sebelum ini sudah tertunai. Victoria Bridge iaitu suatu tempat landasan kereta api lama yang dibina sejak tahun 1897 lagi, masih utuh berada di Karai, Kuala Kangsar.

Walaupun agak gayat berjalan di atas jambatan ini, kami tetap jalan sampai ke tengah Sungai Perak. Pengunjung ke sini nampaknya tidak putus-putus mungkin masih dalam mood cuti sekolah.


Kesimpulan

Sebenarnya ada beberapa tempat lagi Sha nak singgah tapi Sha pendekkan masa kerana masing-masing pun dah ting tong mungkin disebabkan cuaca pun masih panas. Mungkin boleh datang lagi ke sini untuk menerokai tempat lain yang menarik di Kuala Kangsar.


Post a Comment

3 Comments

  1. banyak juga tpt menarik kat Kuala Kangsar

    ReplyDelete
  2. byk tempat yang best kat kuala kangsar tu.. tapi kita tak smp-sampai lagi. balik ipoh mmg pusing dlm ipoh je

    ReplyDelete
  3. wah seronoknnya mandi sungai....Cuya tk ingt bila last Cuya mandi sungai...best betul

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi