Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Baru-baru ini Sha selalu terlihat video masakan spaghetti yang lain daripada yang lain. Walaupun agak pelik melihatnya, tapi teringin juga nak rasa. Tapi Sha masak secara senyap-senyap sahaja, walaupun suami asyik datang dapur tanya masak apa, Sha jawab masak spaghetti sahaja.
Macam biasalah, suami Sha tidak suka kalau Sha jawab pendek kalau nak jawab kena jawab penuh spaghetti apa. Sama ada spaghetti carbonara, spaghetti bolognese atau spaghetti oglio olio. Memandangkan Sha tidak pernah masak Spaghetti Sardin, jadi Sha kononnya nak buat kejutanlah. Tapi itulah terpaksalah tunjuk bila suami asyik duk tengok kita masak.
Jadi inilah Spaghetti Sardin yang Sha masak untuk keluarga Sha bila sudah bosan asyik makan nasi.
Resepi Spaghetti Sardin
Bahan-bahan untuk masak Spaghetti Sardin pun simple sahaja, jadi senang dan cepat nak masak. Cuma tetaplah kena tunggu spaghetti lembut.
Bahan-bahan Masak Spaghetti Sardin
1 plastik spaghetti yang telah dicelur ( Selepas celur, spaghetti sudah lembut angkat dan tos. Kemudian layurkan dibawah air paip untuk sejukkan)
1 biji Bawang holland saiz sederhana
Bawang putih
Cili giling
1 tin ikan sardin
Tomato dadu
Garam
Cara-cara memasak Spaghetti Sardin
Bawang holland dan bawang putih dipotong dadu.
Panaskan minyak zaitun, kemudian tumis bawang holland dan bawang putih tadi.
Kemudian masukkan cili giling dalam 2 sudu besar.
Sekarang masukkan 1 tin sardin.
Kacau dan lenyek ikan sardin menjadi kecil-kecil.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Akhir sekali masukkan spaghetti dan tomato yang telah dipotong dadu.
Gaul semua bahan hingga sebati.
Komen Tentang Spaghetti Sardin
Pada mulanya suami Sha agak terpaksa nak makan, tapi bila makan bertambah-tambah pula. Selepas makan barulah dia komen, mula-mula otak agak tak leh terima tapi bila cuba macam boleh masuk pulak. Alhamdulllah.
3 Comments
Sedapnya...lapar pulak jadinya..hehe
ReplyDeletesedap macam kita guna tuna jugak
ReplyDeleteSardin dipelbagaikan masuk dalam spaghetti. Belum cuba lagi.
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi