Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Kali Pertama Menjadi Juri Pertandingan Di Ipoh Parade

Pengalaman Kali Pertama Menjadi Juri Pertandingan Di Ipoh Parade | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ahad (2 April 2023) yang lepas Sha sempat meluangkan masa menjadi juri sebuah pertandingan fesyen kanak-kanan yang diadakan di Ipoh Parade, Ipoh Perak. Sebenarnya agak gementar kerana tidak pernah menjadi juri untuk acara sebegini.

Walaubagaimanapun semua urusan telah dipermudahkan dan acara telah berjalan lancar.


Pengalaman Kali Pertama Menjadi Juri Pertandingan Di Ipoh Parade 



Selepas menadapat tugasan untuk menjadi juri sebuah pertandingan seminggu sebelum acara bermula, Sha agak berbelah bahagi kerana tidak ada pengalaman. Tapi bila fikir balik, kalau tak sahut cabaran kali ini bila nak ada pengalaman bukan? Jadi Sha terima tugasan ini dengan berlapang dada.

Pada hari berkenaan acara bermula pukul 2.00 petang dan telah disertai oleh 13 orang peserta. Sebelum bermula Sha agak kagum dengan usaha semua peserta terutamanya ibu bapa yang telah bertungkus lumus menyiapkan kostum yang cantik-cantik.


Korang tengoklah sendiri, bukan main anak-anak comel ini bergaya dengan kostum masing-masing.

Pertandingan Kostum Kanak-Kanak


Pertandingan kostum ini telah dianjurkan oleh Ipoh Parade sempena bulan eco dengan tema HOPE atau Helping Our Planet Everyday. Berdasarkan tema ini maka terhasillah pakaian yang menggunakan bahan terdiri daripada plastik, kertas dan tin.

Semua peserta adalah terdiri daripada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Kriteria Pemarkahan


Kriteria pemarkahan terbahagi kepada beberapa penilaian terutamanya dari segi pakaian. Selain itu cara anak-anak membawa diri dan pakaian juga menjadi penyumbang kepada markah. Semasa pertandingan juga peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan bercakap di atas pentas.

Bagi Sha persembahan peserta terutamanya keyakinan mereka bercakap menjadi kelebihan kepada markah yang diberikan selain penggunaan barang recycle secara maksimum. Satu lagi kriteria yang menjadi pilihan Sha berkaitan dengan kostum adalah usaha untuk menghasilkan pakaian terbaik iaitu kreativiti yang ditampilkan.

Pemenang Pertandingan Eco Fashionista Costume Contest


Selepas penjurian dan pemarkahan dibuat, Sha dan rakan juri telah sepakat memilih pemenang berdasarkan jumlah markah sepanjang penilaian dibuat.

Juara pertandingan jatuh kepada adik Nur Aufa Izzara Amaneena Binti Muhammad Hafiz yang membawa pulang RM300. Pemenang memakai kostum yang menggunakan kertas, plastik dan tin untuk dijadikan gaun dan mahkota kepala. Beliau juga menyampaikan rangkap pantun untuk juri dan penonton.

Naib Johan pertama adalah Lim Sze Hanz (RM200 dan hadiah) dan naib johan kedua Riyana Elisya Binti Noorfawwaz Zahin (tunai RM100  dan hadiah). 5 orang pemenang saguhati telah membawa tunai RM50 dan hadiah iaitu :
#1 Goh Yu Tian
#2 Isabella Chong Sue Qing
#3 Raisya Eryna Binti Noorfawwaz Zahin
#4 Tham Zi Feng
#5 Shakkthiy A/P Sri Muralitharan

Sebenarnya agak susah nak menentukan siapa pemenang kerana mereka sangat comel dan berani walaupun masih kanak-kanak.

Tahniah Ipoh Parade Atas Penganjuran Pertandingan


Akhir sekali Sha ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur, urusetia yang melancarkan acara dan juga kepada semua peserta yang berani ke hadapan. Terima kasih juga atas peluang yang diberikan oleh pihak penganjur kepada Sha untuk turut serta dalam program tersebut.

Post a Comment

3 Comments

  1. waaaahhh! seronok dgn pengalaman baru mcm tu hehe

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya sha dpt jadi juri..betul kalau tak terima tawaran ni macamana nak kumpul pengalaman..serius lah best jadi juri terutama untuk fesyen kanak-kanak ni..kalau akak dpt offer ni, laju2 terima...cantik2 tgk hasil kreativiti ibu bapa peserta-peserta yg joint ni...salute...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi