Tawaran Pelbagai Menu Menarik Di Bufet Ramadan Hotel Impiana Ipoh | Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setiap tahun banyak lokasi menyediakan bufet Ramadan di sekitar Ipoh. Salah satu hotel popular yang menawarkan menu bufet Ramadan yang menarik adalah Hotel Impiana Ipoh. Sejujurnya memang agak pening nak pilih menu apa, sebabnya memang banyak sangat pilihan juadah.
Tapi dalam banyak-banyak menu Sha pilih untuk makan sajian kegemaran Sha iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak. Jadi mestilah Sha perlu makan dengan nasi putih dipadankan pula dengan ikan pekasam, memang melayulah seorang Shalimar.

Tawaran Pelbagai Menu Menarik Di Bufet Ramadan Hotel Impiana Ipoh
Bufet "Iftar Impiana" kembali lagi memeriahkan bulan puasa tahun ini dengan menampilkan konsep dari pelbagai pilihan tradisional hingga ke antarabangsa. Sentuhan bufet ramadan dari Eksekutif Chef Nizam Abdul Rahim dan pasukan beliau di Impiana Ipoh bakal mempamerkan pelbagai juadah istimewa yang pastinya menepati citarasa orang ramai.
Mana tidaknya kalau pelbagai menu disediakan. Memang tak risaulah kalau anak tak makan nasi, mereka ada pasta, roti, kuih dan sup.
Pilihan Juadah Berbuka Puasa Di Hotel Impiana Ipoh Perak
Sebelum datang ke Hotel Impiana Sha belum tetapkan nak makan apa sebabnya nak tengok dulu apa yang menarik. Bila masuk sahaja di The Coffee House Sha agak pening kerana pilihan terlalu banyak dan hampir terlepas pandang sesetengah bahagian. Bila sudah pusing semua bahagian, maka barulah ada pilihan di hati.
Jom kita tengok pula apa yang ada di kaunter utama yang pasti menjadi tumpuan utama orang ramai.

Jom kita tengok apa yang ada di bahagian luar pula.
Fuhh penat jalan
Pemanis Mulut Di Bufet Ramadan Hotel Impiana Ipoh
Tidak sah selepas makan makanan pilihan utama kita mesti nak makan sesuatu yang manis atau kudap-kudap kan? Rambang mata sangat tapi yang paling Sha suka adalah strawberi "chocolate mountain", coklat dia sedap sangat.

Bufet Ramadan Yang Selesa Di Ipoh

Sumbangan Bubur Lambuk Setiap Jumaat Sepanjang Bulan Puasa
Pihak pengurusan Hotel Impiana Ipoh dengan berbesar hati menyediakan sumbangan bubur lambuk selama 4 kali berturut kepada orang ramai. Pengedaran bubur adalah secara pandu lalu ini diadkan pada setiap hari Jumaat bermula pukul 4 petang yang bertarikh 24, 31 Mac dan 7, 14 April 2023.
Jadi bagi warga ipoh yang teringin merasa bubur lambuk Hotel Impiana ini bolehlah berkunjung ke sini nanti.
Harga Bufet Ramadan Hotel Impiana Tahun 2023
Akhir sekali mestilah korang nak tahu harga bufet Ramadan Hotel Impiana tahun 2023. Di sini Sha kongsikan dengan korang.

Harga bufet biasa adalah RM118+ untuk dewasa, RM98+ untuk warga emas manakala kanak-kanak RM78+. Untuk tempahan awal baucer yang dibuka sehinga 31 Mac. Tawaran istimewa untuk tempahan awal baucer iftar ramadan berharga RM95+ seorang dan RM999 untuk 1 booklet (10 baucer).
Iftar Tapao
Selain bufet iftar, Impiana Hotel Ipoh turut mengadakan promosi Iftar Tapao iaitu satu set pek pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM19.90+ sahaja. Terdapat pilihan set briyani, set ikan patin tamoyak, set nasi minyak dan set gulai kawah untuk dinikmati oleh penduduk Ipoh. Jumlah tambahan RM2.00+ untuk setiap air minuman berkarbonat.
Korang juga boleh membuat tempahan di talian 05 255 5555. Untuk pengetahuan korang juga Set iftar Tapao ini juga boleh ditempah melalui aplikasi Grabfood & Foodpanda.
Tempahan acara iftar peribadi juga disediakan untuk kumpulan yang besar iaitu 100 orang ke atas dengan tawaran serendah RM78+ seorang.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi Hotel Impiana di talian +605 255 5555
0 Comments
Terima Kasih Daun Keladi