Smartwatch Kieslect Antara Smartwatch Terbaik Dan Murah Di Malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Zaman kini telah banyak muncul smartwatch di pasaran. Sudah dua tahun Sha tak beli jam jenis smartwatch selepas jam smartwatch Sha sebelum ini sudah tidak berfungsi. Tetapi baru-baru ini ada rezeki lebih Sha dapatlah ganti jam lama kepada jam baharu.
Sebelum itu asyik lalu video tentang satu jam smartwatch yang pada Sha memang sesuai untuk Sha pakai dengan pelbagai gaya. Smartwatch yang Sha maksudkan adalah Smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora.
Tambah pula ramai yang memberi maklum balas yang baik berkenaan smartwatch kieslect ini. Jadi bertambah yakinlah Sha untuk memilikinya.
Smartwatch Kieslect Lady
Disebabkan rutin kerja harian Sha yang memerlukan Sha bekerja di pejabat dan kadang-kadang perlu cergas bekerja di luar, Sha sangat memerlukan jam supaya setiap pergerakan lebih teratur dan mengikut masa ditetapkan. Sebab itulah Sha memerlukan smartwatch yang lasak berbanding jam biasa.
Kieslect telah memenangi beberapa siri anugerah reka bentuk antarabangsa, termasuk Anugerah Reka Bentuk Titik Merah, Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Jerman. Smartwatch Kieslect bukan sahaja menawarkan fungsi yang pelbagai tetapi juga berfungsi sebagai aksesori fesyen, menambah sentuhan personaliti dan tambah nilai pada pakaian pemakainya.
Tapi kali ini Sha memilih Kieslect Lady Calling Watch Lora berwarna emas. Bagi Sha warna emas boleh masuk dengan pelbagai warna. Jadi emas adalah pilihan Sha berbanding 2 lagi warna pilihan iaitu warna ungu dan warna merah jambu.
------------------------------------------------- -------------------------
Pengalaman Memakai Jam Smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora
Sesuai di pakai harian ke pejabat |
Lama juga sebenarnya Sha nak buat keputusan untuk ambil smartwatch mana yang terbaik untuk Sha. Jadi selepas membuat pertimbangan inilah smartwatch pilihan Sha.
Dalam memilih smartwatch pertama sekali Sha mesti melihat paparan pada skrin jam. Apa yang best skrinnya berwarna-warni dan 3D. Korang tengok gambar jam Sha kat bawah, siap boleh tukar letak gambar sendiri kalau tak nak guna watch faces biasa.
Bingkai skrin Kieslect Lady Calling Watch Lora diperbuat daripada aluminium kalis pudar, ditambah dengan reka bentuk aloi aluminium. Cantik dan lasak.
Aplikasi Untuk Monitor Smartwatch
Nak on jam ini pun mudah, kita hanya perlu scan qr code yang disediakan di belakang kotak jam dan ikut sahaja arahan yang ada. Jam ini Sha monitor menggunakan aplikasi Glory Fit.
Menggunakan aplikasi Gloryfit ini korang boleh buat tetapan langkah dan dapat lihat jarak langkah korang setiap hari dan berapa kalori yang terbakar.
Terdapat 70 jenis sukan yang disediakan, tapi Sha hanya pilih beberapa sukan yang paling Sha buat. Selain monitor kesihatan, dengan aplikasi ini juga korang boleh tetapkan fungsi lain pada smarwatch iaitu seperti Watch Faces, Bluetooth Call, Phone, SMS, Blood Oxygen Setting , SPO2 dan lain-lain lagi.
Sesuai dipakai untuk aktiviti sukan & senaman |
Bila ada smartwatch macam rugi tak bersenam balik kan? Macam sia-sia je pakai..huhu..
Sambil bersenam, Sha dah boleh hiburkan hati dengan menggunakan fungsi High Definiton Music Playlist on Wrist, Sha boleh menyambungkan Kieslect Lady Calling Watch Lora Sha ke telefon pintar Sha melalui Bluetooth 5.2 dan mendengar lagu kegemaran Sha semasa bersenam, mendaki atau berjalan. Menarik bukan?
Sebelum ini semasa tidak ada smartwatch, terpaksa bawa telefon bimbit dalam poket seluar. Tapi sekarang tidak lagi, Sha hanya monitor melalui Smartwatch Kieslect Lady.
Paling best nak tukar apa-apa smooth sahaja. Antara sebab paling penting adalah sambungan Bluetooth 5.2 yang stabil dan sambungannya lebih kuat daripada jam tangan Huawei GT tau.
Untuk pengetahuan korang, selalu Sha tengok orang bercakap dengan jam, kali ini Sha pulak boleh buat macam tu sebab apa? Smartwatch Kieslect mempunyai pembesar suara dan mikrofon yang boleh dipercayai untuk panggilan telefon. Lepas ni lagi mudah nak angkat telefon.
Tali Jam Magnetik |
Tali Jam Unique Bling Strap |
Smartwatch Tali Magnetik Di Malaysia
Jam Kieslect Lady Calling Watch Lora juga ada fungsi ingatkan kita pasal hari nak datang haid. Kadang Sha suka lupa bila waktu haid sendiri! Jadi memang eloklah ada smartwatch ini kerana ia dapatkan ingatkan Sha untuk bersedia!
Satu benda lagi yang wajib cuba sebelum beli jam! Mesti tengok jenis skrin yang ada jadi bila dapat tukar paparan mengikut mood, ikut warna pakaian memang terbaiklah!
Sebenarnya banyak lagi yang best pada jam Kieslect Lady Calling Watch Lora ni, nak senarai memang panjang. Pendek kata banyak yang boleh kita guna pakai dalam kehidupan seharian.
Cara Cas Bateri Jam Smartwatch Kieslect
Korang tengok gambar Sha tunjuk di bawah, mudah sangat hanya letak ke bahagian bawah jam yang ada titik dan lekat kan di situ. Tidak perlu cucuk kerana ianya magnetik.
Bateri jam boleh tahan sehingga lima hari.
Jadi Sha tak perlu kerap cas, sekali gus jimat eletrik kan? Bagus betul. Tapi bergantung juga dengan kadar penggunaan kita, sama ada kita aktifkan semua fungsi yang ada atau tidak selain tempoh korang bersukan. Bila banyak fungsi on akan menyebabkan ketahanan bateri lebih pendek.
Jenis Jam Fashion Smartwatch Kieslect
Untuk pengetahuan korang, terutama lelaki jangan risau sebab Kieslect juga ada pilihan lain yang sesuai untuk korang pilih. Macam Sha memang pilih Lady Smartwatch, korang bolehlah pilih fashion smartwatch.
Untuk Fashion Smartwatch, Kieslect ada iaitu Kieslect Calling Watch Ks, Kieslect Calling Watch Kr Pro, dan Kieslect Calling Watch Kr. Bagi yang suka bentuk petak boleh pilih model paling terbaru iaitu Kieslect Calling Watch Ks.
Jika korang berminat juga nak dapatkan jam Smartwatch Kieslect ini korang boleh dapatkan di kedai shopee rasmi Kieslect. Tekan sahaja link di bawah, terus ke kedai.
Shopee: https://shopee.com.my/kieslect.os
Diskaun Untuk Siapa Cepat Dia Dapat
Untuk semua pembaca yang berminat, Sha nak kongsi dengan korang diskaun sikit khas untuk korang.
Kieslect Lady Calling Watch Lora Kod Voucher RM5 : KIESLORA
Kieslect Calling Watch KS - Kod Voucer RM10 : KIESKS
Kieslect Ada Waranti Atau Tidak?
Untuk pengetahuan korang semua Kieslect menawarkan insurans jaminan gantian selama setahun untuk memberikan supaya korang tidak gusar. Dalam tempoh satu tahun pembelian, para pelanggan boleh menukar mana-mana produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) untuk unit serba baharu.
Walau bagaimanapun, jika produk didapati rosak disebabkan faktor kecuaian manusia, KIESLECT berhak untuk tidak menggantikannya.
Sebelum beli korang juga boleh tengok-tengok di perkongsian lain di media sosial rasmi Kieslect.
Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY
Instagram:
https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/
Twitter: https://twitter.com/KieslectMY
Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR
TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia
#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness
0 Comments
Terima Kasih Daun Keladi