Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tempah Perjalanan Dengan Aplikasi Maxim Malaysia | Panduan Tempahan

Tempah Perjalanan Dengan Aplikasi Maxim Malaysia | Panduan Tempahan


Nak ke sana ke sini, tetapi tiada kenderaan. Nak naik teksi biasa rasa mahal pula sebab masih ikut meter walaupun trafik sesak dan hujan. Ada tak aplikasi yang boleh tempah kereta untuk perjalanan dan promosi lebih jimat?


Jika sebelum ini, kita mungkin gunakan perkhidmatan tempah kereta dengan syarikat lain. Kini, terdapat syarikat e-panggilan yang menawarkan perkhidmatan tempah kereta dan membawa anda menuju ke destinasi pilihan anda beserta tawaran promosi yang menarik.


Maxim e-panggilan | Perjalanan Terus Ke Destinasi Anda


Maxim e-panggilan merupakan salah satu syarikat yang terkenal di seluruh dunia, dengan perkhidmatan tempah perjalanan di Malaysia yang dipercayai serta telah beroperasi di beberapa buah negara. Selain dari perkhidmatan perjalanan, Maxim Malaysia juga menjalankan perkhidmatan pengangkutan barang berat menggunakan lori, menghantar barang dobi dan mengambilnya semula, urut dan spa, menunda kereta,  membaiki enjin, beli dan hantar terus ke rumah anda. 



Maxim e-panggilan telah bermula beroperasi selama 20 tahun di negara-negara lain seperti Filipina, India, Indonesia dan lain-lain lagi. Hampir 18 buah negara menggunakan khidmat Maxim e-panggilan bagi memudahkan perjalanan pengguna. Beritahu anda ingin ke mana, pasti terus sampai ke destinasi dengan mudah dan pantas.


Maxim mempunyai sistem yang efektif, mudah dan pantas dalam memastikan anda selamat tiba ke destinasi yang diingini. Bezanya, anda akan sentiasa menerima kod promosi hebat dari Maxim. Lebih jimat dan berbaloi bukan?

Cara Buat Tempahan Perjalanan Menggunakan Aplikasi Maxim


Pengguna boleh muat naik aplikasi Maxim di Playstore, Appstore, Huaweistore atau Laman Sesawang Maxim. Kemudian ruangan info yang berkaitan.


  1. Isikan alamat lokasi anda dan alamat yang ingin ditujui, pastikan betul.

  2. Tekan butang ‘Menempah’ untuk membuat tempahan.

  3. Kongsikan destinasi anda dengan rakan-rakan atau keluarga (jika perlu).

  4. Anda akan menerima kod promosi RM XX pada akhir perjalanan dan boleh gunakannya pada masa akan datang.


Terdapat beberapa ciri keselamatan Maxim e-panggilan. Selain dari anda boleh kongsikan maklumat kereta yang anda naiki kepada kenalan, anda juga boleh berkongsi pautan laluan perjalanan yang nyata mengikut peta dan pergerakan yang boleh dilihat  oleh kenalan atau keluarga anda.


Sistem Kesan Lokasi Menggantikan Panggilan Atau SMS


Anda tidak perlu SMS atau telefon rakan-rakan untuk beritahu di mana lokasi terkini. Hantarkan sahaja link pautan perjalanan kepada mereka, mereka akan lihat lokasi kereta yang dinaiki itu berada. Mudah kan?



Ciri ini lebih menjimatkan masa dan tenaga untuk memberitahu keluarga setiap kali di mana anda berada sepanjang perjalanan tersebut. Anda tidak perlu kerap membuat panggilan atau sms kepada mereka. Rehat dan nikmati sahaja perjalanan  sehingga sampai ke destinasi.


Kelebihan Perkhidmatan Maxim e-panggilan | Aplikasi Maxim




Tempahan Untuk Orang Lain

Bolehkah tempah untuk perjalanan orang lain? Boleh! 


Situasi kecemasan atau keperluan mungkin akan berlaku pada bila-bila masa. Misalnya, ibu ayah tidak tahu menempah secara online atau tidak sempat dan sebagainya. Jadi, Anda boleh membantu menempah perjalanan mereka dari jauh. 


Proses tempahan boleh dilakukan ke atas nombor telefon mereka dan notifikasi akan masuk terus kepada mereka. Mereka akan tahu sekiranya pemandu sudah tiba di lokasi yang diletakkan.



Proses tempahan perjalanan untuk orang lain sama sahaja, hanya perlu memasukkan maklumat alamat untuk pengambilan dan destinasi yang ingin dituju. Sehinggalah proses pembayaran selesai, cuma tunggu kereta dan pemandu sampai sahaja.




Cara Mempercepatkan Carian Pemandu



Tahukah anda, sistem Maxim e- panggilan mempunyai bahagian yang menawarkan pemandu dengan jaraknya lebih dekat dengan lokasi selepas tempahan dibuat. 


Selalunya, tempoh masa mencari pemandu selepas tempahan dilakukan adalah sekitar 2 hingga 3 minit dan ini merupakan masa yang cepat dan mudah untuk pengguna mendapat pemandu. Tetapi sekiranya ingin mempercepatkan carian pemandu, prosesnya juga sangat mudah. Hanya perlu menambah sedikit kos tempahan dalam aplikasi Maxim, lebih tinggi peluang untuk pemandu terdekat sampai dengan cepat kepada anda.


Kekal Berhubung Untuk Perjalanan Jauh Atau Kecemasan



Sekiranya berlaku kecemasan, kereta rosak atau dalam perjalanan jauh, kemungkinan akses internet akan hilang sekiranya anda berada di pinggir bandar atau bandar lain, sukar untuk berhubung di sepanjang perjalanan. Jangan bimbang,  butang SOS dalam sistem aplikasi Maxim akan membantu anda berhubung dengan orang-orang yang penting.


Selain itu, anda juga boleh menghubungi 999 untuk tentukan kenalan atau siapa yang anda boleh meminta bantuan. Mereka juga akan menerima SMS koordinat anda sekiranya kecemasan berlaku. 




Peluang Tempah Kereta Yang Lebih Murah


Antara kelebihan Maxim e-panggilan adalah anda boleh menempah kereta yang lebih murah berbanding perkhidmatan kereta lain. Maxim sangat terkenal dengan menawarkan kod promosi dan program bonus, program tawaran jimat buat semua pengguna Maxim. Anda boleh melihat pada tab kod promosi dalam aplikasi Maxim yang menghimpunkan semua bonus. 





Dalam Aplikasi Maxim, terdapat sebuah Tab Kod Promosi. Di sini, anda boleh lihat kod promosi yang anda terima. Boleh gunakan kod promosi dan program premium untuk dapatkan harga yang lebih murah untuk menggunakan servis Maxim.


Anda boleh menghantar kod promosi kepada rakan-rakan dan akan menerima RM30 setiap kali mereka memasang aplikasi ini buat pertama kali. Buat pengguna baru pula, akan menerima kod promosi khas iaitu SHALIMAR.  Cuma perlu aktifkan kod tersebut dan kemudian anda akan menerima RM30 premium yang boleh digunakan sebagai diskaun sehingga 10% dalam membuat tempahan kelak. 


Kesimpulannya, selepas memuat turun aplikasi Maxim, terus aktifkan kod promosi khas iaitu SHALIMAR dan barulah buat tempahan. Itulah cara terbaik untuk menempah kereta dengan lebih murah lagi.


Buat Tempahan Maxim Sekarang


Bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi Maxim untuk membuat tempahan perjalanan, anda boleh terus layari https://taximaxim.com/. Hanya isi maklumat sahaja, tunggu pemandu anda sampai! 


Bagi mendapatkan Kod Promosi, anda boleh masukkan Kod Promosi ini

KOD PROMOSI: SHALIMAR

Post a Comment

0 Comments