Selepas 2 Tahun AEON Member Day Kini Kembali Dengan AEON A-Day |
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Selamat masuk bulan baru bulan Oktober semua! Ok, hari ini Sha nak kongsi aktiviti Sha di hari pertama Oktober ini. Sejak tahu AEON akan mengadakan A-Day, Sha dah mintak izin dengan suami untuk meluangkan masa dengan anak perempuan kami. Konon macam hari lepak orang perempuan sahaja! Hehehe...
Selepas menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, Sha terus bersiap untuk ke AEON Kinta City. Kenapa ke AEON Kinta City bukan AEON Station 18, bukan AEON Manjung atau AEON Klebang? Mestilah ada sesuatu yang menarik di sana.
Ulang Tahun AEON Ke-38
Sebenarnya 2 tahun sudah AEON tidak menganjurkan AEON Day ini memandangkan kita ketika itu sedang dalam gelombang covid-19. Oleh itu sempena menyambut Ulang Tahun AEON ke-38, AEON telah merangka 4 Kategori promosi bersama rakan niaga AEON MALL.
- Awesome F&B 1 hingga 15 Oktober 2022
- Fesyen & Aksesori 16 hingga 31 oktober 2022
- Kesihatan & Kecantikan 1 November hingga 15 November 2022
- Kelebihan, Perkhidmatan & Hiburan yang istimewa dari 16 hingga 30 November 2022
Aktiviti di AEON MALL pada A-Day
Hampir setengah hari Sha menghabiskan masa bersama Adik Nur di AEON Kinta City hari ini. Tambah pula Sha ada juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Selain aktiviti biasa seperti minum dan makan juga cuci mata tengok kasut-kasut, inilah aktiviti Sha hari ini.
1. Zumba
Aktiviti paling awal diadakan adalah senaman tarian zumba. Zumba pada hari ini telah dibimbing oleh konduktor khas yang bermula pada pukul 10.30 pagi. Memang meriah sehingga terpaksa zumba di kaki lima AEON Mall.
2. Balloon Drop
Memandangkan memang hari ini Sha nak enjoy dengan Adik Nur, jadi Sha layan sahaja aktiviti yang ada di AEON Kinta City ini. Bila pengacara majlis menjemput pengunjung AEON untuk berkumpul bagi merebut peluang mendapatkan baucer menarik Sha dan Adik Nur memang tak lepaskan peluang.
Sha bukan apa, bukan selalu dapat rebut-rebut macam tadi memang meriah. Pada asalnya Sha ingatkan kita perlu rebut belon, tapi bila tengok ramai yang cubit belon sampai pecah kemudian kutip baucer yang jatuh ke lantai, barulah Sha faham permainannya. Ahhahahaa... Korang bayangkanlah nak pecahkan 3800 biji belon yang berisi pelbagai baucer.
Jadi inilah hasil memecahkan belon, memang ikut nasiblah dapat apa. Sha dan Adik Nur dapatlah tebus minuman, makanan, token masuk taman permainan dan juga tiket Legoland untuk anak-anak. Korang jangan tak tahu Legoland adalah salah satu syarikat kerjasama untuk A-Day AEON Mall kali ini. Jangan menyesal selepas berebut!
3. Cosplay Walkabout
Cosplay iaitu pemakaian mengikut watak dalam sesuatu movie atau cerita. Aktivti ini memang menarik ramai kanak-kanak dan tidak kurang juga peminat anime.
Di AEON Kinta City kita jumpa Ultraman Viral yang comel. Bukan setakat tuan badan yang comel tapi gelagatnya yang tanpa sedar memang comel. Tengoklah Adik Nur tu, bukan main dia tarik tangan ibu nak bergambar dengan dua watak ini.
Apa Yang Best Di A-Day AEON Mall
Setiap kali A-Day / AEON Member Day Sha perasan memang lain macam meriahnya AEON Mall. Pernah Sha membeli sebuah televisyen ketika AEON Member Day dulu, terus dapat baucer pulangan tunai yang sangat berbaloi. Jadi kali ini apa menarik?
1. Diskaun Sehingga 80 %
2. Mata tambahan (AEON Member Plus) dengan perbelanjaan minimum RM80
3. Setiap pembelian sebanyak Rm100 korang akan mendapat pulangan tunai RM10
4. Percuma 1 pasang tiket Legoland dengan perbelanjaan minimum RM38 dalam maksimum 2 resit gabungan hari yang sama daripada mana-mana rakan kongsi perniagaan AEON MALL.
5. 3 jam parking percuma (kecuali Bukit Tinggi). Boleh shopping lama-lama.
6. Banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan dan korang boleh dapatkan hadiah misteri.
Petang tadi siapa yang baru nak daftar jadi member AEON terus dapat satu bantal secara percuma. Sha putih mata sebab memang sudah ada kad ahli AEON, tak ada rezeki orang kata.
Lokasi Pusat Beli Belah A-Day
Korang yang tidak berada di Ipoh, korang jangan risau kerana AEON Kinta City merupakan lokasi pertama diadakan A-Day ini selepas lama AEON tidak meraikan pelanggan dan ahli mereka. Di sini Sha kongsikan lokasi A-Day seterusnya.
- AEON MALL Bukit Tinggi, Klang (6/10)
- AEON MALL Cheras Selatan (7/10)
- AEON MALL Bandaraya Melaka (7/10)
- AEON MALL Tebrau City, Johor (28/10)
- AEON MALL Shah Alam (29/10)
Jadi pada yang berada di lokasi berdekatan dengan AEON Mall di atas, korang dah boleh siap sedia untuk enjoy aktiviti di sana nanti.
Jatuhan belon akan diadakan di setiap lokasi AEON Mall terlibat, jangan lupa pukul 12.00 tengah hari dan 3.00 petang sahaja
Lebih daripada 100 jenama rakan kongsi perniagaan bekerjasama dengan AEON untuk kempen Ulang Tahun ke-38 ini bermula dari 1 Oktober hingga 30 November 2022. Jadi korang kena rajinlah tengok facebook AEON Retail untuk mengetahui perkembangan terbaru mereka.
0 Comments
Terima Kasih Daun Keladi