Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tips Pilih Moisturizer | Rahsia Merawat Kulit Berminyak Dengan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Tips Pilih Moisturizer | Rahsia Merawat Kulit Berminyak Dengan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kalau dah namanya perempuan atau wanita memang suka sembang pasal kecantikan. Biasa waktu rehat di pejabat, kawan-kawan selalu bercerita tentang kecantikan kulit dan berkongsi pengalaman tentang produk kulit yang mereka pernah cuba.

Walaupun ada yang cakap kulit muka Sha tak ada masalah, tetapi bagi Sha kulit Sha sebenarnya bermasalah terutamanya pada musim panas. Sha sebenarnya jenis culas bab menjaga kulit muka yang selalu menyebabkan Sha sendiri tidak selesa.

Masalah kulit yang Sha hadapi adalah kulit muka berminyak dan mempunyai pori-pori besar. Kulit jenis ini sangat mencacatkan penampilan apabila Sha keluar bekerja. Tambah pula sekarang Sha kerap bekerja di luar pejabat dan perlu berjumpa dengan orang luar. Jadi Sha rasa Sha perlu mengubah sikap culas dalam penjagaan kulit wajah.

tips pilih moisturizer
 

4 Punca Masalah Kulit Berminyak Dan Pori Terbuka

Sikap degil kadang-kadang memakan diri sendiri juga. Apabila kulit sudah mula menunjukkan masalah, barulah kita gelabah nak mencari penyelesaian kepada masalah kulit. Sha selalu menganggap dengan membersih muka sudah mencukupi untuk rutin penjagaan kulit wajah. Rupanya ia lebih daripada itu.

Di sini Sha nak kongsi dengan korang antara punca yang menyebabkan kulit wajah Sha berminyak. Mana tahu masalah kita sama.

1. Hormon berlebihan

Sha perasan apabila Sha dalam fasa ke arah tiba waktu untuk haid, kulit wajah Sha akan menjadi berminyak lebih daripada biasa. Seperti biasa apbila minyak berlebihan, jerawat mulai tumbuh di merata wajah bebanding dengan tempoh Sha tidak period.


2. Tekanan atau Stress

Untuk pengetahuan korang, stress boleh menghasilkan hormon kartisol pada wajah. Tekanan di tempat kerja, tidak cuku rehat, resah dengan masalah adalah penyebab utama stress sekali gus menyebabkan kulit muka berminyak.


3. Pola Tidur Yang Tidak Teratur

Tidur yang tak teratur juga boleh menjadi punca kulit wajah berminyak. Sha sebenarnya sedang mengalami semua punca yang Sha senaraikan ini. Sekarang selalu tidur lambat, menyiapkan kerja dan kadang-kadang layan rancangan televisyen siaran tengah malam.


4. Makan Makanan Berlemak, Manis dan Berminyak

Sha sedar makanan juga memainkan peranan penting dalam penjagaan kulit wajah dan kesihatan. Tetapi banyak alasan dan kerap makan diluar juga menyebabkan selera tidak dapat dikawal. Paling kerap mestilah makan masakan bergoreng yang tentu sahaja berminyak.


Sebenarnya keempat-empat punca di atas adalah saling berkaitan. Kita sepatutnya maklum dengan punca masalah dan tidak harus membiarkan masalah berlarutan kerana ditakuti akan menyebabkan masalah lain.


Penghasilan sebum yang berlebihan boleh menyebabkan liang pori kulit membesar dan menjadikan kulit jadi berminyak. Oleh kerana Sha tidak mahu masalah ini berlarutan Sha telah mengambil tindakan untuk menggunakan pelembap bagi mengawal penghasilan sebum.


Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Bantu Kawal Kulit Berminyak

Selain meneruskan rutin membersihkan kulit wajah seperti biasa, Sha kini mengamalkan pelembap daripada Hansaegee Nature iaitu produk dari negara Korea. Pelembap yang Sha maksudkan adalah Aqua Whitening Cream.


Apa yang best dengan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini adalah ia mudah untuk dipakai. Walaupun pada zahirnya ia berwarna putih, tetapi apabila digosok pada kulit, ia bertukar menjadi titisan air. Menarik bukan?


Dengan struktur krim ini yang ringan dan yang paling penting cepat serap ke dalam kulit menjadi faktor paling mendorong. Untuk bukti korang boleh tengok gambar yang Sha sediakan untuk korang tengok sendiri.

Korang pun patut tahu --Tentang Krim Pelembap Water Based Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream


Cara Memilih Moisturiser

Ok, Sha juga nak kongsi dengan korang cara pilih moisturiser yang sesuai untuk korang, Paling asas kita kena pilih moisturiser yang sesuai dengan jenis kulit kita. Macam Sha kulit jenis berminyak perlukan moisturiser berasaskan air, manakala kulit kering sesuai dengan jenis moisturiser jenis minyak.


Atas sebab inilah Sha memilih Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature untuk membantu menjaga kulit wajah Sha. Seperti yang korang boleh nampak teksturnya tidak berminyak dan tidak melekit.


Cara Memakai Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Yang Betul

Sha pakai krim Aqua Whitening Cream ini sebanyak 2 kali sehari. Satu sebelum pergi kerja dan satu lagi sebelum masuk tidur. Sebelum memakai Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature, Sha suka membersihkan wajah terlebih dahulu menggunakan pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser

 

Nak pakai pun mudah sahaja, hanya calitkan krim ke semua bahagian wajah kemudian ratakan dengan menggunakan jari. Gosok-gosok lembut wajah kita sehingga keluar titisan air pada kulit dengan gerakan bulatan.

Selepas itu korang dap-dap sikit kulit wajah tu sambil buat urutan wajah untuk menambahkan lagi kesegaran wajah kita.


Kesan Penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Selepas beberapa kali penggunaan Aqua Whitening Cream, Sha mendapati kulit Sha lebih lembap berbanding sebelum ini. Sha sebenarnya kerap mengalami kulit muka berminyak terutamanya ketika hormon tidak stabil dan punca-punca lain yang boleh menyebabkan kulit berminyak.

Kesan tidak menjaga kelembapan kulit muka ini boleh dilihat dengan cepat dengan faktor dalaman dan juga faktor luaran. Antara faktor luaran yang Sha hadapi adalah suhu kawasan tempat bekerja yang panas dan perlu keluar masuk di tempat yang berhawa dingin.

Akhirnya Sha beralah untuk menggunakan moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit Sha dan juga persekitaran. Setelah 2 minggu penggunaan moisturizer Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature, Sha mula perasan kulit muka lebih segar dan lebih anjal.

Selain dapat mengawal minyak pada wajah, suka Sha nak kongsi dengan korang titik hitam pada kulit Sha juga makin berkurang, Pendek kata Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature juga dapat membantu membaiki kulit wajah yang tidak sekata akibat pendedahan pada sinar ultraviolet.


Apa yang penting Sha dapat mengawal penghasilan minyak berlebihan pada kulit yang telah menyebabkan kehadiran jerawat. Dengan pengurangan minyak diwajah menyebabkan kulit kita kelihatan lebih bersinar atau glowing kerana liang pori juga semakin mengecil.

Kalau korang perasan jerawat juga timbul di kawasan kulit berminyak. Jadi korang kena belajar baiki rutin penjagaan kulit jika sebelum ini tidak menjadi. Satu tips yang suka kongsikan juga tentang tuala lap muka, korang wajib khaskan satu tuala untuk bersihkan muka sahaja.

Jika korang nak tahu lagi lanjut tentang produk penjagaan wajah Hansaegee Nature ini korang boleh layari laman perkongsian mereka seperti di bawah. Mana tahu korang boleh dapatkan penyelesaian masalah kulit korang di sana. 

Brand: Hansaegee Nature 

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Post a Comment

0 Comments