Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Lepak Santai Di Taman Jepun Ipoh, Perak

Dapatkan Gambar Menarik Di Taman Jepun Ipoh, Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sekarang setiap hari Sha akan bawa anak ke taman atau padang untuk beriadah. Aktiviti kami adalah bermain sukan badminton. Tujuan Sha adalah untuk mengisi masa lapang bersama anak-anak dengan aktiviti sihat dan mengeluarkan peluh. Maklumlah sekarang berat badan Sha dan Abang Zaryth pun makin naik mendadak. Agak merisaukan.

Isnin lepas (6 Jun 2022) merupakan cuti kelepasan am sempena Hari Keputeraan Agong tetapi suami Sha bertugas, jadi Sha luangkan masa dengan anak-anak sahaja. Minggu ini juga anak-anak cuti penggal sekolah selama satu minggu. Walaubagaimanapun Sha tidak mengambil cuti untuk bercuti ke mana-mana.

Tetapi sebagai ibu walaupun tidak bercuti ke mana-mana, Sha suka mencipta aktiviti bersama anak-anak sekalipun hanya di sekitar Ipoh. Selepas suami bergerak ke tempat kerja pada pukul 2.00 petang, Sha dan anak-anak bergerak ke Ipoh. Sebelum beriadah, Sha ke kedai kain di Ipoh terlebih dahulu.

Aktiviti Santai Di Taman Jepun Ipoh, Perak

Setelah selesai membeli kain untuk projek getah rambut Sha, kami terus ke Taman Jepun. Rancangannya selepas bersiar-siar barulah kami mula main badminton. Taman Jepun ini sebenarnya dah beberapa kali masuk, tapi agak lama dah tak masuk mungkin anak-anak pun dah lupa macam mana rupa taman ini.


Sejarah Taman Jepun Di Ipoh, Perak

Taman Jepun yang terletak di Taman Rekreasi D.R Seenivasagam di Ipoh, Perak mempunyai keluasan 1.2 hektar yang dibina mengikut struktur landskap unik seperti Taman Jepun yang terdapat di Fukuoka. 

Taman ini secara rasminya dibuka pada 30 Jun 1995 dan dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Tuan Haji Ahmad Salleh Bin Haji Sarif bersama Datuk Bandar sebelumnya, Dato Haji Umar Bin Haji Abu. Sementara itu Mr.Watanabe mewakili Datuk Bandar Fukuoka dalam majlis tersebut.

Taman ini mendapat gelaran “Taman Mini Jepun” setelah termeterainya perjanjian di antara Bandar Raya Ipoh dan Bandar Raya Fukuoka pada 21 Mac 1989 sebagai Bandar Raya Berkembar.

Landskap taman ini adalah hasil reka bentuk Pegawai Landskap Majlis Bandaraya Ipoh dengan dibantu dan atas nasihat dan kepakaran daripada Pegawai Landskap Fukuoka City Goverment. Secara  keseluruhannya suasana di Taman ini mendamaikan seolah-olah berada di Negara Jepun itu sendiri.

Perjanjian yang telah dimeterai pada 21 Mac 1989 ini juga merupakan perjanjian yang pertama Bandar Raya Berkembar yang terjalin diantara Negara Jepun dan juga Malaysia.

Port Bergambar Cantik Di Ipoh

Taman Jepun ini menjadi pilihan kepada sesiapa yang ingin membuat sesi fotografi dengan tema alam semulajadi yang menghijau. Semasa Sha berada di sini terdapat tiga pasangan sedang menjalani sesi bergambar. Tidak kurang juga yang datang bersama rakan-rakan untuk merakam kenangan bersama.



Pokok yang menghijau mengelilingi kolam di tengahnya sangat menenangkan mata fikiran pada yang mengunjunginya. Ditambah pula dengan hidupan yang ada didalam air seperti kura-kura dan pelbagai jenis ikan.




Lokasi Taman Jepun Ipoh, Perak


Mungkin antara korang tidak tahu akan kewujudan Taman Jepun di Ipoh. Sebelum ini Sha pernah mengunjungi Taman Jepun yang terletak di Bukit Tinggi. Untuk pengetahuan korang, Taman Jepun ini terletak di Taman Rekreasi D.R Seenivasagam Ipoh. Taman ini tidak jauh daripada Hospital Ipoh. Jalan masuk ke taman ini diapit 2 padang bola dikiri kanannya.




Majlis Menanam Pokok Sempena Ulangtahun ke-30 Bandara Raya Berkembar Ipoh - Fukuoka

Sha nak kongsikan sedikit info yang ada di taman ini dengan korang.

Sempena ulangtahun ke-30 Bandar Raya Berkembar Ipoh-Fukuoka pada tarikh 4hb Disember 2019, satu majlis Menanam Pokok "Memorial Tree" telah diadakan di taman Jepun yang terletak di Taman Rekreasi D.R Seenivasagam di Ipoh.

Datuk Bandar Ipoh, Dato' Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim bersama-sama Datuk Bandar Fukuoka, Mr.Soichiro TAKSHIMA telah menanam pokok "Tabebuia Rosea spp" sebagai tanda persahabatan di antara Bandar Raya Ipoh dan Bandar Raya Fukuoka.

 




Taman Rekreasi Di Ipoh

Selain Taman Rekreasi Gunung Lang, korang boleh ke Taman D.R Seenivasagam untuk beriadah bersama keluarga. Selain Taman Jepun di sini juga ada taman permainan, pusat sewaan basikal untuk bersiar-siar sekitar taman. Untuk masuk ke taman ini adalah percuma jadi dapatlah jalan-jalan ke taman rekreasi percuma.

Kawasan sekeliling juga menenangkan dengan kawasan yang agak luas. Terdapat pokok-pokok besar di pinggir padang sesuai untuk berteduh. Taman ini dijaga rapi dan bersih, jadi jika korang berkunjung ke sini nanti sama-samalah menjaga kebersihan.

Sebelum ini Sha pun pernah menyambut hari lahir Abang Zaryth di sini. Bagi yang nak sambut besday simple di padang bolehlah ke sini. Suasana santai dan luas memberi privacy kepada pengunjungnya. Apa lagi, jika korang ke Ipoh dan mencari tempat menarik di Ipoh boleh masukkan dalam senarai korang.

Post a Comment

4 Comments

  1. cantik nampak taman.....best jalan dengan anak-anak terutama kalau orang tak ramai...

    ReplyDelete
  2. Lama tak ke sini. Last datang sini 3 tahun lepas.
    Nama jer duduk Ipoh.Ha3.

    ReplyDelete
  3. cantik. masa pergi Ipoh last time tengok dari jauh je sebab dah tak larat nak explore Ipoh. baguslah kebersihan dan keindahan terpelihara

    ReplyDelete
  4. wahhh cantiknya, teringat pernah ke taman jepun di bukit tinggi genting tu, sejuk betul nak naik situ pun payah bebeno

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi