Hot Posts

6/recent/ticker-posts

10 Koleksi Kad Ucapan Selamat Hari Lahir

10 Koleksi Kad Ucapan Selamat Hari Lahir | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Di dalam 365 hari setahun pastinya setiap hari ada yang menyambut ulang tahun kelahiran masing-masing. Terasa gembira bila ada yang sudi mengucapkan apatah lagi meraikan hari yang tiba setahun sekali ini. Apakah perkara biasa korang lakukan untuk mengucapkan selamat hari lahir pada seseorang?

Mungkin zaman kini di zaman semuanya serba cepat dan mudah kita hanya menyampaikan ucapan melalui telefon pintar. Tetapi satu budaya yang masih diamalkan terutamanya di kalangan keluarga terdekat dan rakan-rakan yang dikasihi adalah dengan pemberian kad ucapan hari lahir sebagai tanda ingatan disamping hadiah yang lain.


10 Koleksi Kad Ucapan Selamat Hari Lahir

Oleh kerana kad ucapan masih relevan digunakan untuk memberi ucapan kepada ibu-bapa, adik-beradik dan rakan-rakan, pelbagai aplikasi dan kemudahan untuk kita membuat kad ucapan yang cantik. Sukacita juga Sha ingin berkongsi beberapa koleksi kad ucapan hari lahir yang simple untuk korang gunakan.

Saat-saat akhir baru teringat belum buat kad ucapan? Jangan risau kerana Sha sediakan 10 koleksi kad hari lahir yang korang boleh ubah dan tambah sesuatu yang korang inginkan.

1.






2.





3.






4.





5





6.






7.





8.





9. 





10.




Template Kad Hari Jadi Percuma

Untuk pengetahuan korang template kad hari jadi simple online ini adalah secara percuma sahaja. Tapi setakat ini kad yang ada sesuai untuk kad hari jadi untuk anak comel korang. Selain percuma, perkataan yang ada di dalam kad ini korang boleh ubah atau tambah mengikut kehendak masing-masing.

Contoh kad hari lahir ini boleh membantu korang mencari idea untuk kad ulang tahun yang tersayang nanti. Semua kad birthday ini korang boleh muat turun, ubah dan korang boleh cetak terus. Saiz kad adalah bersaiz A4.


Kad Hari Jadi Simple

Bagi Sha walaupun kad ini nampak simple tetapi ia akan tetap akan membawa seribu makna kepada penerima nanti. Apa yang penting ia mampu membawa senyuman kepada mereka. Jika ianya terlalu simple, korang lupa buat sedikit coretan tangan di bahagian dalam kad. Tulis ucapan tulus ikhlas korang supaya lebih sampai di hati.

Semoga ini dapat membantu korang menjimatkan masa dan memberi idea cara buat kad hari jadi sendiri. Selain jimat masa kita juga dapat menjimatkan kos membeli kad di kedai yang mungkin sangat terhad pengeluaran kini.

Post a Comment

1 Comments

  1. comel-comel semuanya. lama dah tak dapat kad hari jadi fizikal. selalu e card je

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi