Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Didik Anak Perempuan Memakai Tudung Dari Awal Usia Kanak-Kanak

Didik Anak Perempuan Memakai Tudung Dari Awal Usia Kanak-Kanak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kadang-kadang isu pakaian anak-anak adalah antara topik yang seronok dibincangkan antara ibu dan bapa. Bukan apa, kita sendiri sebagai ibu bapa telah dibesarkan dengan suasana dan cara yang berbeza. Jadi topik ini juga menarik dibincangkan supaya dapat mencapai kata sepakat dalam membesarkan anak bersama-sama.

Rezeki kami mendapat anak kedua seorang anak perempuan. Dengar cerita orang dulu cakap, jaga anak perempuan susah dari jaga anak lelaki betul ke? Tapi setahu Sha jaga anak perempuan juga banyak hikmahnya. Bagi Sha semua bergantung pada ibu bapa sendiri, Sha sendiri hanya mempunyai adik beradik perempuan tidak ada beradik lelaki.

Antara isu ringkas yang Sha dan suami pernah bincangkan adalah isu pakaian anak perempuan. Adakah suami Sha sebagai bapa menetapkan pemakaian tudung dari usia bayi atau ada umur tertentu untuk beliau wajibkan anak dara dia memakai tudung.

Didik Anak Perempuan Memakai Tudung Dari Awal Usia Kanak-Kanak


Sha sebagai ibu tidaklah terlalu ketat untuk menetapkan anak memakai tudung terlalu awal. Hal ini kerana Sha sendiri tidaklah terlalu awal memakai tudung pada zaman kanak-kanak dahulu. Tapi sejak Nur memasuki alam persekolahan iaitu Pra Sekolah, Nur sudah mula memakai tudung sekolah. Pada Sha langkah ini adalah sangat sesuai untuk membiasakan anak memakai tudung.

Nur memakai tudung pra sekolah

Tidak memakai tudung sekolah adalah menjadi suatu yang tidak lengkap bagi Nur, silap hari bulan memang tak nak pergi sekolah. Sebenarnya Sha tak ada memaksa, cuma Sha bertanya pada Nur sendiri sama ada dia nak pakai tudung atau tidak ke sekolah. Jadi bila Nur memilih untuk pakai tudung memang Sha menyokong sahaja.

Tips Bagi Anak Perempuan Pakai Tudung


Puji Cantik


Nama pun perempuan mestilah suka bila dipuji cantik bukan? Jadi apa lagi, apa kata ibu-ibu belikan satu tudung untuk anak korang cuba terlebih dahulu. Memuji boleh memberi perasaan yang seronok dan teruja untuk memakainya.


Pilih Tudung Kanak-Kanak Yang Selesa


Pastikan tudung tersebut cantik dan selesa. Selain itu belilah tudung saiz kanak-kanak supaya cantik terletak dan tidak besar. Sebolehnya korang dapatkan tudung si comel khas untuk kanak-kanak. Tudung yang mudah dipakai juga dapat menarik anak-anak untuk memakai tudung.

Jadikan Rakan Anak Sebagai Contoh


Anak-anak sebenarnya banyak belajar daripada persekitaran mereka sendiri. Kadang-kadang mereka membuat perhatian orang terdekat seperti anak-anak jiran tetangga dan saudara mara yang mereka temui.

Jangan Paksa Tapi Terangkan Keperluan


Semua yang beragama Islam pasti tahu bahawa menutup aurat adalah wajib. Perempuan Islam mestilah memakai tudung. Tapi sebagai kanak-kanak mereka mungkin tidak dapat memahami sepenuhnya tuntutan agama. Jadi sebagai ibu kita perlu terangkan dan didik mereka daripada awal walaupun tidak sepenuhnya.


Tudung Sekolah Si Comel Yang Selesa


Tudung Pra Sekolah


Sebagai seorang ibu pastinya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Selain memastikan kelengkapan sekolah anak-anak yang lengkap, keselesaan anak ketika di sekolah juga menjadi keutamaan. Biasanya bab pakaian juga golongan ibu memang teliti sama ada dari segi saiz dan material.

Jika di Pra Sekolah Nur memakai tudung sauk, di Tahun 1 pula Nur memilih untuk memakai tudung sekolah dua lapis. Untuk pengetahuan korang, Nur memang suka bergaya akan pakai apa yang dia rasa sesuai pada diri dia. Jadi bab ini memang Sha bernasib baik kerana dia memang suka pakai tudung ke sekolah.

Tudung jenis 2 lapis



Korang tengok sahajalah, kadang-kadang bergaduh juga Sha dengan Nur disebabkan lain cara lipat tudung. Apa pun yang penting dia rasa selesa dan tak senget pergi dan balik sekolah nanti. Bila anak-anak sudah mula bersekolah barulah Sha ambil tahu tempat yang mudah untuk beli pakaian sekolah.

Selepas meneliti Sha dapati Tudung Si Comel memenuhi kehendak Sha sebagai seorang ibu. Jadi selepas ini memang Sha akan membeli Tudung Si Comel sebagai pilihan untuk membeli pakaian sekolah Nur. Tambah pula di sini terdapat pelbagai warna tudung yang diperlukan oleh pihak sekolah termasuk baju pengawas perempuan.




Dapatkan Tudung Sekolah Kanak-Kanak Harga Berpatutan


Jika korang antara ibu-ibu yang sedang bersiap sedia untuk menjadi ibu kepada seorang budak sekolah perempuan. Korang boleh dapatkan pakaian daripada Tudung Si Comel ini. Untuk pertanyaan lebih lanjut korang boleh terus hubungi TudungSiComel .

Semoga kita dapat menjadi seorang ibu atau bapa yang dapat berusaha menjaga amanah yang diberi sebaiknya. Yang panting jangan cepat berputus asa dalam mendidik anak-anak. Banyakkan bersabar dan terus berusaha menjadi ibu bapa terbaik semampunya.

Post a Comment

0 Comments