Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cara Penjagaan Kulit Muka Jenis Berminyak

Cara Penjagaan Kulit Muka Jenis Berminyak | Assalamualaikum dan salam sejahtera korang.
 
Setiap individu mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza. Korang tahu tak jenis kulit wajah korang? Sha yakin korang sudah mengenal pasti jenis kulit korang sendiri bukan? Pada yang belum dan tak pasti korang boleh sahaja cuba periksa dimana pusat penjagaan kulit atau sertai sahaja pemeriksaan percuma yang kadang-kadang korang boleh temui di pusat beli belah.
 
cara penjagaan wajah
 
 
Disini Sha Sha nak kongsikan dengan korang rutin penjagaan kulit Sha yang dikategorikan sebagai berminyak dan kering. Korang tahulah bila kulit berminyak, macam-macam masalah boleh timbul terutamanya jerawat.
 
Sebelum Sha cerita lebih lanjut tentang penjagaan kulit berminyak, Sha nak kongsi beberapa punca kulit berminyak.
 
 

Faktor Kulit Berminyak 

Kalau korang yang jenis kulit berminyak pasti korang perasan waktu-waktu yang rasa macam teruk sangat muka korang berminyak. Sha masih ingat waktu paling teruk adalah semasa mengandung, ketika bangun dari tidur. Dengan muka bengkak, berminyak pula tu, buruk sangat!
 



Hari-hari bekerja pula sebelum balik kerja Sha terpaksa mencuci muka terlebih dahulu supaya balik rumah tak adalah suami terkejut tengok muka ni. Bahagian yang selalunya nampak berminyak adalah sekitar dahi dan hidung.

Berdasarkan pengalaman yang Sha lalui Sha percaya bahawa kulit berminyak ini disebabkan beberapa faktor. Maklumlah setiap hari kulit kita terdedah kepada kotoran dan juga cahaya matahari. Tanpa membuang masa, jom kita tengok apakah faktor yang menyebabkan kulit muka kita mudah berminyak. 
 
Bila kita dah kenalpasti faktor maka mudahlah kita nak cari jalan penyelesaian. Antara faktor-faktornya ialah :
 
  • Faktor Genetik
  • Faktor Usia
  • Perubahan Cuaca dan Suhu.
  • Memiliki Pori-Pori Besar
  • Penggunaan set penjagaan kulit yang tidak sesuai 
  • Tidak membersihkan make-up dengan betul
  • Pemakanan
  • Kulit tidak cukup air
 

Melihat kepada faktor yang ada memang patutlah Sha mengalami masalah kulit berminyak kerana itulah yang Sha alami sekarang. Usia makin meningkat, perubahan cuaca juga memiliki pori yang agak besar. Tambah pula Sha bekerja di dalam ruang berhawa dingin kemudian balik kerja dengan cuaca yang panas.

Masalah Disebabkan Kulit Muka Berminyak

Selepas mengalami sendiri masalah kulit berminyak, Sha pun dah tahu apa masalah yang akan timbul jika kulit kita berminyak.

Antara masalah yang Sha hadapi adalah jerawat yang akan mudah timbul. Walaupun tak banyak tetapi ia tetap mengganggu "ketenteraman" Sha untuk bertemu orang. Korang yang biasa ada jerawat faham sahajalah, tangan pun gatal nak memicit. Walhal memicit jerawat adalah tidak digalakkan, jika ada sila pastikan tangan korang bersih terlebih dahulu.




Selain itu kulit berminyak juga menyebabkan kulit kita tidak cantik dan susah untuk kenakan solekan. Dengan pori-pori besar memerlukan solekan yang lebih. Solekan yang terlebih pasti buat muka kita lain daripada wajah asal. Tidak kurang juga boleh menyebabkan solekan kita nampak bercapuk dan tidak sekata. 

Yang paling penting kulit berminyak menyebabkan Sha berasa sangat tidak terurus walaupun pakai baju cantik! Setuju ke setuju wahai pembaca yang ada masalah kulit berminyak? Mana taknya kulit wajah merupakan tumpuan utama orang yang kita jumpa, mestilah penting.


Cara Mengatasi Masalah Kulit Muka Berminyak


Untuk pengetahuan korang kulit Sha memang jenis cepat berminyak. Jadi bila berminyak ia boleh menyebabkan Sha tidak selesa untuk bekerja dan berhadapan dengan orang luar. Segan juga bila balik kerja suami suruh cepat-cepat pergi mandi supaya muka tidak berkilat. Pernah suami cakap minyak kat muka tu kalau kikis boleh buat goreng ikan! Mana tak tertekan kita.


Sha pernah terbaca penghasilan minyak ini adalah untuk menjaga kulit muka kita. Namun jika terlalu banyak ia boleh menimbulkan masalah seperti jeragat dan jerawat. Mujurlah Sha jumpa penyelesaian untuk kulit berminyak ini.

Untuk mengatasi kulit berminyak, Sha perlu rajin mencuci muka dan pencuci mestilah bersesuaian dengan kulit wajah Sha. Tapi korang jangan guna sabun mandi pulak untuk bersihkan muka kerana sabun mandi bersifat kasar. Untuk selesaikan masalah kulit berminyak kita perlukan pencuci muka bersifat lembut dan serap.


Pembersih Muka Yang Tidak Mengeringkan Kulit


Tahukah korang kulit berminyak jika dilembapkan boleh mengurangkan pengeluaran minyak. Jadi kita perlu memilih produk yang bersesuaian. Jika kulit kita yang berminyak memerlukan pencuci yang berasaskan air. Biasanya pencuci muka yang mengeluarkan buih banyak akan mengakibatkan kulit muka menjadi kering selepas dicuci.


Sha sudah meminta pendapat rakan-rakan dan juga membaca beberapa perkongsian sebelum mendapatkan sesuatu produk barulah yakin nak guna. Di sini Sha telah mencuba pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser daripada Hansaegee Nature yang berasaskan air dan sejenis pencuci buih sesuai dengan kulit berminyak dan kering.
 

Kandungan Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

 
Bahan-bahan yang digunakan di dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini juga adalah bahan yang terbaik untuk kulit iaitu Aloe Vera dan juga daun teh sebagai bahan utama. Seperti mana yang kita tahu, kedua-dua bahan ini mempunyai banyak khasiat dan kebaikan.
 

 
Aloe Vera sangat baik untuk melembapkan kulit dan mengurangkan titik gelap pada kulit. Manakala daun teh pula berfungsi untuk melembutkan kulit dan anti fungus. Kedua-dua bahan ini amat dikenali kerana amat bagus untuk membersihkan kulit dan juga membantu merawat jerawat. 

Korang boleh nampak tak gambar buih pada tapak tangan Sha? Teksturnya sangat lembut dan ringan. Apabila ia menyentuh kulit wajah terasa sejuk dan nyaman. Oleh kerana ianya buih-buih halus ia tidak mudah mengalir turun dari kulit. Semasa membilas juga kita sudah boleh rasa kulit kita lebih lembut dah halus. Kalau dah lembut memang rasa jatuh cinta dengan kulit sendiri, maklumlah biasa kulit berminyak sekarang tidak lagi.


Kesan Selepas Penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

Sha nak cerita dengan korang kesan selepas Sha menggunakan pencuci muka Hansaegee Nature. Apa yang Sha paling suka sejak menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini adalah menjimatkan masa. Sebab apa? Sebab Sha tak perlu gosok-gosok pencuci muka pada telapak tangan lagi untuk dapatkan buih! Tekan terus keluar buih! Menarik bukan?
 


Selepas cuci muka memang rasa wajah bersih sangat. Biasanya lepas cuci muka Sha rasa biasa sahaja dan muka cepat berminyak balik. Tapi dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser kita akan rasa segar, kulit tidak tegang malahan lebih lembut.



Secara keseluruhan Sha memang puas hati, harga pun memang mampu beli. Nak tahu lebih lanjut korang boleh usha link-link kat bawah. Semoga dapat membantu menyelesaikan masalah kulit korang nanti.


Brand: Hansaegee Nature 

Post a Comment

2 Comments

  1. Wah hansaegae ni mmg bagus, elok sgt utk kulit. Sebab pernah pakai shalimar.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi