Menikmati Juadah Berbuka Yang Sedap Dan Santai Di Casuarina Kuala Kangsar | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini merupakan hari ke tujuh kita berpuasa pada Ramadan 1443H.
Nampaknya sejak negara kita diumumkan ke fasa peralihan andemik covid-19, suasana Ramadan kembali disambut meriah oleh umat Islam. Kini tiada lagi halangan ke bazar Ramadan, berbuka di kedai dan restoran malahan bersahur pun boleh di luar. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah kembalikan.
Bulan Ramadan tahun ini juga anak-anak Sha pun sudah mula berpuasa penuh terutamanya Abang Zaryth. Manakala Adik Nur baru nak upgrade tahun ini. Rezeki tahun ini dapat Sha berbuka di bufet Ramadan bersama keluarga. Semalam hari ke enam berpuasa Sha dan keluarga berbuka jauh sedikit dari rumah dan keluar dari daerah kediaman iaitu di Casuarina Kuala Kangsar.

Sebenarnya tak adalah jauh sangat dari rumah, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Memandangkan kami kadang-kadang food hunting ke Kuala Kangsar juga di hari minggu, jadi tidaklah terasa terlalu jauh.
Bufet Ramadan Casuarina Kuala Kangsar Perak
Jika korang sedang mencari bufet Ramadan santai di Kuala Kangsar, Sha memang menyokong korang memilih Casuasarina Kuala Kangsar. Bukan apa, pada yang nak bawa ibu ayah dan keluarga berbuka kadang-kadang perlu pilih tempat yang sesuai dengan keadaan keluarga kita terutamanya bila membawa orang tua kita.
Untuk pengetahuan korang ini merupakan kali pertama Sha ke Casuarina Kuala Kangsar. Pada yang tidak tahu Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja yang penuh dengan senibina sejarah. Antara tarikan yang ada di Kuala Kangsar adalah seperti Masjid Ubudiah, Istana Kenangan, Galeri Sultan Azlan Shah, Istana Iskandariah dan bazar kraftangan. Semua ini terletak berhampiran dengan Casuarina Kuala Kangsar.
Apa Yang Menarik Di Bufet Ramadan Casuarina Kuala Kangsar?
Pertama sekali mestilah kita tertarik dengan menu berbuka yang mereka sediakan. Pihak Casuarina Kuala Kangsar menawarkan hidangan bertemakan citarasa Melayu. Pilihan menu yang ada juga berbaloi dengan harga yang ditawarkan, nanti Sha kongsikan hidangan yang ada dengan korang.
Seperti yang Sha perkatakan awal tadi, tempat ini memang sesuai untuk membawa keluarga yang mahukan suasana santai. Tempatnya mungkin tidak terlalu besar, tetapi ia memberi keselesaan kita sekeluarga untuk menikmati hidangan berbuka. Dari tempat parkir kereta hinggalah ke ruangan makan memang dalam suasana yang tenang.
Pengalaman yang paling Sha suka adalah isyarat waktu berbuka yang lain yang daripada yang lain. Selain azan maghrib, di sini korang boleh dengar ketukan geduk dan bunyi siren yang dibunyikan dari Balai Polis Daerah Kuala Kangsar. Sha memang tak tahu, nasib baik suami cakap itu bunyi siren yang akan berbunyi bila masuk waktu berbuka
Layanan pihak Casuarina Kuala Kangsar juga mesra. Adik-adik manis berpakaian baju kurung kedah, yang lelaki berbaju Melayu sentiasa sedia membantu. Selain itu menjadi kebiasaan pihak Casuarina akan menghiburkan tetamu mereka dengan hiburan daripada kumpulan busking.
Pilihan Juadah Yang Sedap Di Bufet Ramadan Kuala Kangsar
Tidak cukup jika Sha hanya mengatakan juadahnya sedap-sedap tapi tak tunjuk pada korang kan? Jadi jom Sha tunjuk apa menu citarasa Melayu yang ada di sini.
Lauk-pauk yang korang boleh pekena dengan nasi putih panas-panas.
Ayam Goreng Berempah
Daging Rendang Matahari
Udang Masak Lemak
Ikan Masak Tauchu Ipoh
Telur Kari Penang
Terung Goreng Berlado
Kambing Masak Lada Hitam
Kangkung Goreng Belacan
Daging Bakar
Ikan Bakar
Kepak Ayam Bakar
Gulai Kawah ( Siap ada roti benggali untuk cicah )
Kambing Panggang semestinya
Nasi Pilah Butter
Ini kali pertama Sha merasa Nasi Pilah Butter dan dihidangkan dengan sayur campur butter dan Ayam Masak Limau Purut.
Menu Lain Di Bufet Ramadan Casuarina @KualaKangsar

Satey ayam & daging
Mee Rebus
Roti John
Kuew Teow Goreng
Ais Krim
Keropok Udang, Keropok Bawang & Keropok Ikan
Pelbagai jeruk buah-buahan




Harga Pakej Bufet Ramadan di Casuarina Kuala Kangsar

3 Comments
Daripada pergi casuarina K.Kangsar. Baik puan pergi iftar kat Jim Lubok. Kat sini harga berpatutan. tak rugi singgah.
ReplyDeleteYeke.. terima kasih atas cadangan.. nanti kita cuba..
DeleteNampak sedapnya semua makanan, air tu apatah lagi..yummy
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi