Pakej Bufet Ramadan Yang Sedap Di Travelodge Hotel Ipoh | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat menjalani ibadah puasa juga buat pembaca.
Bulan puasa di Malaysia memang meriah dengan makanan kan? Tambah pula tahun ini bazar Ramadan sudah boleh dikunjungi, memang ramai keluar melepaskan rindu mengunjungi bazar Ramadan. Sha belum jejak bazar lagi setakat hari ke empat ini, tapi belum tahu mungkin petang ini kita jejak bazar.
Tapi hari ini Sha nak kongsi dengan korang cerita hari kedua Ramadan yang lepas. Sha sekeluarga berpeluang berbuka di Hotel Travelodge Ipoh. Selepas balik kerja, Sha sekeluarga bersiap awal sedikit memandangkan bulan puasa biasanya trafik agak sesak dengan kenderaan.
Pakej Bufet Ramadan Yang Sedap Di Ipoh
Di dalam senarai dua puluh enam bufet Ramadan yang ada di Ipoh, tahun ini Sha mencuba bufet Ramadan Hotel Travelodge Ipoh. Dalam memilih tempat dan juadah pastinya kita mahukan yang terbaik. Selepas seharian menahan lapar dan dahaga mestilah kita inginkan hidangan yang sedap.
Sebenarnya ini adalah kali pertama Sha mencuba bufet Ramadan di Hotel Travelodge walaupun sebelum ini pernah menginap dan makan set steamboat di sini. Apa yang menarik Sha ke sini adalah kerana set steamboat yang Sha sekeluarga makan sebelum ini memang kena dengan selera Sha.
Pakej Berbuka Puasa Di Hotel Travelodge Ipoh
Bagaikan menepati ramalan, pakej iftar yang disediakan oleh pihak Travelodge Ipoh sangat tidak mengecewakan. Mereka mengekalkan kualiti hidangan walaupun lebih 100 menu disediakan. Korang bayangkan anak Sha iaitu Abang Zaryth pun angkat ibu jari tanda sedap sangat.
Jika korang ke sini nanti korang jangan terlepas satu sudut pun. Bukan apa takut nanti korang tak dapat merasa setiap hidangan yang ada. Maklumlah ruang menu terdapat di tengah dan disekeliling ruang makan korang nanti. Tanpa buang masa lagi jom Sha tunjuk pada korang menu yang Sha sempat rakamkan sebelum diserbu.
Sha percaya setiap kali bufet Ramadan hidangan yang menjadi tarikan adalah kambing golek. Jadi Sha tunjuk kambing golek terlebih dahulu pada korang. Macam biasa bahagian kambing golek pastinya perlu beratur berbanding dengan meja menu lain.
Lauk pauk berbuka dihidangkan di bahagian tengah-tengah ruang makan. Bermula dengan nasi putih diikuti dengan lauk-lauk yang ada. Korang jangan ingat ada nasi putih sahaja, jangan terlepas untuk mencuba nasi arab juga yang terletak behampiran kambing golek. Jom zoom sikit lauk yang ada.
Antara senarai menu lauk pauk di Hotel Travelodge Ipoh :
Kari kepala ikan
Daging Masak Kurma
Kari kambing
Ikan asam pedas
Ayam
Telur Masak Merah
Lala
Pajeri Nanas
Pucuk Paku Masak Lemak
Menu lain di Bufet Ramadan Hotel Travelodge :
Mee rebus
Pasembur
Shawarma
Kerabu kaki ayam
Rojak buah
Kerabu mangga
Kuih muih
Pelbagai sambal
Air penyejuk tekak :
Ais Batu Campur DIY
Pelbagai jenis air sejuk
Air minuman panas
Sebenarnya banyak lagi yang Sha tak sempat rakam untuk tatapan korang. Jadi korang perlu pergi dan rasai sendiri bufet Ramadan di Travelodge Hotel Ipoh. Parking pun selesa, cuma parking berbayar dengan kadar 1 jam dengan rm1.00 dan rm3.00 sehari.
Bufet Ramadan Yang Selesa Di Ipoh
Kenapa Sha kata selesa? Bufet Ramadan di sini bagi Sha adalah secara santai dari segi meja makan dan dekorasi. Apa yang paling penting adalah surau juga disediakan pada aras yang sama.
Harga Pakej Iftar Ramdan Hotel Travelodge Ipoh
Korang jangan tak tahu, Travelodge Ipoh juga menawarkan pakej penginapan beserta iftar dan sahur untuk dua dan empat orang. Bagi Sha harga yang mereka tawarkan adalah berbaloi.
3 Comments
Nampak sedap menu2 dia.. Harga pun berpatutan
ReplyDeleteAlhamdulillah CR... memang diakui sedap... Cikma cop SIRIM..ahahaa
DeleteMemang sedap semua. Rambang mata...hihi
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi