Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sertai Program Sesi Live Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Setiap Hari Ahad

Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bila sebut nama Datuk Wira Dr Azizan Osman pastinya ramai yang dah kenal dan tahu siapakah beliau.

Ya, beliau merupakan Master Coach bagi sebuah syarikat penganjur acara dan seminar terbesar di Asia Tenggara. Syarikat ini dikenali dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran iaitu RichWorks International Sdn Bhd.


Tentang Richworks International

Izinkan Sha ceritakan sedikit tentang Richworks. Richworks ini telah ditubuhkan sejak tahun 2008. Sejak dari itu hingga kini Richworks telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa. Selain itu Richworks telah memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan berjaya di Malaysia.

Team Richworks berimpian untuk terus memberi bimbingan dengan ikhlas demi melihat orang lain berubah dan berjaya. Sasaran mereka adalah untuk menjadi pengamal-pengamal luar biasa yang membantu mengubah dunia supaya menjadi tempat yang lebih baik dengan membangun keupayaan dan potensi manusia ke tahap maksimum.


Sumbangan Richworks Kepada Masyarakat

Untuk rekod, pada tahun 2020 Richworks telah membantu seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 billion melalui Program Mentoring SPIRE dan TITANIUM.


Bukan itu sahaja, sepanjang pandemik Richworks telah menganjur banyak program secara percuma untuk usahawan terus bangkit walaupun negara dalam pandemik covid 19. Dengan inisiatif Richworks, program yang dahulunya secara bersemuka kini banyak dibuat secara dalam talian bagi memastikan usahawan tidak putus asa dalam perjuangan.


Siapakah Datuk Wira Dr Azizan Di Sebalik Richworks


dr azizan osman
Datuk Wira Dr Azizan Osman
 

Jika dilihat pada sejarah hidup Datuk Wira Dr Azizan pastinya beliau bukan dari keluarga kaya raya. Datuk Wira Dr Azizan adalah seorang insan yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.

Pengasas dan Pengerusi Richworks International ini telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan. Beliau telah menulis lebih 10 buah buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku 'Beat The Curve' yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon.

Perkongsian Daripada Datuk Wira Dr Azizan


perkongsian dr azizan

Setelah pelbagai usaha untuk membantu usahawan terus bangkit dan berjaya, kini Datuk Wira Dr Azizan kembali menghangatkan tahun 2022. Sedar akan cabaran yang mendatang akibat perubahan kuasa membeli dengan ekonomi sekarang Dr Azizan ingin terus membantu usahawan diluar sana.


Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.


Kajian Pasaran Ekonomi Tahun 2022


kenaikan harga barang


Dalam tempoh 2 minggu Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membuat kajian antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.


Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.


Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


Datuk Wira juga berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina yang berkongsi bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.


Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.



Perubahan Cara Pemasaran Tidak Boleh Tahap Sama



Datuk Wira Dr Azizan Osman juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali beliau tidak tahu memberikan jawapan apa.


Tapi beliau sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!


Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.


Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.


Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.


Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


Hargai Perniagaan Yang Sedia Ada



menuju kejayaan


Datuk Wira mahu anda hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?


Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.


Bersetuju Dengan Datuk Wira Dr Azizan





Sha sebagai peniaga kecil-kecilan sangat bersetuju dengan Datuk Wira kerana pada hari ini siapa lambat pasti akan ketinggalan. Tambah pula masing-masing yang memberi komitmen tinggi terus maju dengan branding mereka. Maklumlah nak bina personal branding ini bukanlah kerja sebulan dua.


Mahu tak mahu kalau nak terus kekal dalam perniagaan kita harus bersedia untuk menerima perubahan. Semua pilihan terletak dalam tangan masing-masing. Anda individu yang perlu membuat keputusan untuk masa depan perniagaan dan kehidupan sendiri dan orang lain.


Sertai Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan


sesi live dr azizan


Oleh itu Sha ingin mengajak korang sertai Live Session bersama dengan Datuk Wira pada hari ahad ini. Jemputan ini khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini. Untuk tidak ketinggalan korang klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang.


Post a Comment

2 Comments

  1. Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan

    ReplyDelete
  2. moga syarikat ini terus berkembang maju dan terus membantu para usahawan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi