Rumah Baru Atau Rumah Second Hand Jadi Pilihan Anda? | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Bila bercakap tentang rumah, pastinya semua orang mempunyai rumah impian tersendiri. Tapi siapa tak mahu rumah yang bersaiz besar, cantik dan serba lengkap bukan?
Begitu juga dengan Sha sendiri. Walaupun sudah mempunyai sebuah rumah jenis teres tetapi tetap memasang impian untuk memilik sebuah rumah sebiji walaupun bukan sebesar rumah banglo serba mewah.
Tambah pula rumah yang ada sekarang adalah rumah second hand. Tidak menjadi perkara mustahil suatu hari nanti ada rezeki dapat rumah baru pula kan? Berangan kan percuma dan daripada angan-angan itulah timbul impian dan usaha kearah mencapai impian supaya menjadi realiti suatu hari nanti.
Rumah Baru Atau Rumah Terpakai Jadi Pilihan Anda?
Untuk pengetahuan korang, rumah yang Sha diami sekarang adalah jenis rumah second hand. Banyak juga faktor yang dipertimbangkan sebelum Sha suami isteri mengambil keputusan untuk membeli rumah terpakai ini. Kini sudah 10 tahun kami meneruskan kehidupan di rumah pertama kami ini.
Apakah maksud rumah second hand? Rumah second hand adalah rumah yang dibeli daripada pemilik yang sedia ada. Mungkin pemilik asal menjualnya kerana berpindah ke tempat lain dan keperluan yang lain. Manakala rumah baru adalah hartanah yang belum pernah dihuni oleh orang lain kerana baru disiapkan oleh pemaju.
Krisis ekonomi terutamanya selepas pandemik covid-19 membuatkan Sha berkira-kira untuk ada rumah kedua. Tapi mungkin dengan perancangan kewangan yang betul segalanya tidak mustahill. Apakah faktor yang membuatkan Sha mahukan rumah kedua?
3 Faktor Untuk Dapatkan Rumah Kedua
- Untuk mendapatkan rumah yang lebih besar. Siapa sahaja tidak teringin ada rumah besar, laman rumah yang luas begitu juga dengan kami. Tambah pula dengan rumah yang sedia ada cukup-cukup untuk kami empat beranak.
- Teringin ada rumah di kampung memandangkan ada tanah masih kosong. Ya, salah satu impian Sha adalah memiliki rumah di tempat lahir sendiri.
- Sebenarnya Sha dan suami memerlukan ruang yang lebih banyak. Sha dan suami selalu berangan ingin memiliki ruang kerja masing-masing. Maklumlah sejak pandemik, kami banyak kerja dari rumah dan masing-masing mempunyai kerja sampingan sendiri.
- Perancangan masa depan untuk mengumpul aset.
Tidak cukup hanya dengan
mengira bajet untuk membeli rumah terpakai atau rumah baru. Sebaliknya kita harus mengambil kira pelbagai kos lain (selain wang pendahuluan), kemudahan asas, lokasi dan tempoh masa pengurusan yang diperlukan.
Dibawah ini Sha kongsikan contoh pengiraan ringkas untuk pinjaman pembelian rumah. Berdasarkan pengiraan ini menunjukkan bahawa untuk mendapatkan sebuah rumah perlu mengambil kira beberapa kos luar daripada bajet dan harga rumah itu sendiri.
Perbezaan Kos Pembelian Rumah Baru Dan Rumah Lama
Bercakap tentang bajet, semuanya mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Ini kerana setiap orang walaupun pendapatan sama tetapi setiap orang mempunyai komitmen hidup yang berlainan. Korang jangan tak tahu, setiap pinjaman juga ada mengambil kira umur pembeli.
Di sini Sha lampirkan perbezaan dari segi kos yang terlibat sepanjang proses pembelian sebuah rumah. Walaupun senarai rumah second hand lebih banyak tapi tidak bermaksud kos beli rumah second hand lebih tinggi.
RUMAH BARU
|
RUMAH SECOND HAND
|
Bayaran Pendahuluan
|
Bayaran Penilaian
|
Perjanjian Jual Beli
|
Bayaran ejen hartanah
Mereka membantu untuk berunding dan menolong pembeli dan
penjual untuk membuat perjanjian.
|
Yuran Guaman
Kos penyediaan dan pengendalian dokumen undang-undang dan
menyerahkannya kepada pihak berkuasa berkenaan, termasuk 5% duti setem, 6%
cukai kerajaan, dan caj-caj pengeluaran.
|
Bayaran Pendahuluan
|
Memorandum Pindah Milik
Memindahkan surat ikatan daripada pembeli kepada penjual
dan dikenakan duti setem.
|
Perjanjian Jual Beli
|
Lain-lain caj
Contoh ; insurans
kebakaran/rumah, ansuran pinjaman, faedah, deposit untuk utiliti,
pembaikan/pengubahsuaian, penyelenggaraan, dan lain-lain.
|
Memorandum Pindah Milik
Pemindahan hak milik rumah kepada pemilik yang sah dalam
masa 6 bulan selepas ia siap. Caj yang dikenakan berdasarkan peringkat harga,
6% cukai kerajaan, serta caj pengeluaran.
|
|
Yuran Guaman
Kos penyediaan dan pengendalian dokumen undang-undang dan
menyerahkannya kepada pihak berkuasa berkenaan, termasuk caj duti setem dan
mengikut tahap harga daripada harga pembelian rumah
|
|
Lain-lain Caj
Contoh ; insurans
kebakaran/rumah, ansuran pinjaman, faedah, deposit untuk utiliti,
pembaikan/pengubahsuaian, penyelenggaraan, dan lain-lain.
|
Pengalaman Membeli Rumah Terpakai
Memandangkan Sha membeli rumah terpakai, jadi Sha nak kongsikan sedikit pengalaman. Sebenarnya sebelum membeli rumah sekarang, Sha suami isteri pernah membuat
permohonan untuk membeli rumah baru. Tetapi atas urusan yang agak lambat dan kebetulan kami terjumpa rumah yang ingin dijual berhampiran rumah sewa kami. Selepas berbincang dan melihat rumah terpakai ini, kami mengambil keputusan untuk membeli sahaja rumah sekarang.
Keputusan yang kami buat dahulu tak pernah kami sesali kerana sesuai dengan kehidupan kami sekarang, jarak tempat kerja dan pusat bandar adalah lebih strategik berbanding rumah baru yang kami hendak beli dahulu.
Mudah-mudahan impian Sha ingin memiliki rumah kedua suatu hari nanti akan tercapai. InsyaAllah dengan perancangan masa hadapan yang lebih baik.
Jadi... Rumah Yang Mana Satu Menjadi Pilihan Hati?
Sebenarnya bagi Sha pemilihan rumah mana satu sangatlah subjektif dan bergantung kepada individu itu sendiri. Apa yang penting pilihlah rumah yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.
Sekarang korang sudah tahu kelebihan dan kekurangan membeli rumah baru atau rumah terpakai kan? Jadi bolehlah mula mencongak bajet korang untuk miliki rumah idaman.
0 Comments
Terima Kasih Daun Keladi