Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kisah Perjuangan Richworks Dalam Membantu 605,000 Usahawan Bangkit Sepanjang 2021

Kisah Perjuangan Richworks Dalam Membantu 605,000 Usahawan Bangkit Sepanjang 2021| Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kita baru sahaja melangkah ke tahun baharu 2022. Tahun 2021 ditinggalkan dengan pelbagai kisah pahit manis dengan cabaran pandemik dan diakhiri dengan musibah banjir pada akhir Disember lepas.


Semasa ujian menimpa saudara kita diluar sana, Sha terfikir macam manalah mereka nak mulakan kembali hidup dengan kehilangan harta benda yang selama ini mereka usahakan. Tetapi sebagai orang Islam kita percaya semua ini dugaan Allah SWT yang turunkan, sesungguhnya Dia menguji insan yang mampu menanganinya.


Menyedari bukan senang insan-insan yang terlibat dengan pandemik, dengan banjir besar dan agak mengejut ini telah menjentik hati banyak pihak hadir membantu. Antara yang turut memberi bantuan adalah Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman. Ini menunjukan Richworks prihatin atas apa yang menimpa rakyat Malaysia.



Richworks Faham Situasi Dan Bantu Usahawan Untuk Bangkit Kembali


Sebenarnya Dr Azizan juga tidak terlepas diuji dengan covid-19 kerana beliau dan 31 ahli keluarga juga antara bekas pesakit. Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

Selain itu, pihak Richworks juga terlibat dalam banjir mengejut baru-baru ini. Walaubagaimanapun mereka tidak menjadikan itu batu halangan untuk terus bersama-sama dengan rakyat dan juga usahawan di luar sana untuk terus bersemangat dan bangkit. Richworks prihatin dan peka akan situasi ini.




Dr Azizan Komited Menjalankan Program Percuma Untuk Usahawan


Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu. Richworks prihatin dengan situasi yang berlaku dalam masyarakat kita.


Program Richworks Mendapat Pengiktirafan Kerajaan

Malah salah satu program Richworks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). RichWell adalah tanda Richworks prihatin kepada rakyat Malaysia.

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

 


Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


Membantu Usahawan Dari Zero To Hero Dengan Bukti Nombor

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.


Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire dimana Richworks menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, seramai 72 usahawan berjaya mencapainya. Bukan sahaja Richworks prihatin, tetapi Richworks sangat memberi nilai kepada usahawan.

Hebat lagi, sebanyak 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks telah mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021. Richworks prihatin atas hasil usahawan didikan mereka.



Perjalanan Perjuangan Richworks Bersama Usahawan Hingga Berjaya


Itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks diusahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah. Di sini Sha nak kongsi satu video bingkisan sepanjang tahun 2021 buat tatapan bakal usahawan dan usahawan di luar sana.



 

Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan berjaya. Asbab Richworks prihatin, semoga misi mereka dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. 

Pengalaman Menyertai Program Percuma Richworks

Sha juga sebenarnya antara yang pernah menyertai program Richworks yang diadakan secara percuma. Tetapi pada masa itu memang sudah dalam pandemik dan program telah dijalankan secara online. 


Richworksacademy memberi ilmu yang padat kepada pesertanya. Ia berkonsepkan video pembelajaran yang boleh diakses dari kelas dan juga seminar online. 


Walaupun Sha ke kelas percuma, tetapi banyak sangat sebenarnya input yang Sha dapat, maklumlah jenis orang nak berniaga, kita pun nak berniaga tapi kosong ilmu. Alhamdulillah dengan menyertai program Richworks sebelum ini adalah bekalan untuk terus maju, kalau tak memang main langgar sahaja.


Berguru Untuk Lebih Maju Dan Berjaya


Kesimpulannya dengan rekod prestasi Richworks, strategi perniagaan yang terbukti dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. 

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Dengan visi yang jelas, setiap usaha InsyaAllah pasti ada jalan menuju kejayaan yang sedang menanti korang. Jom layari www.richworks.com.



Post a Comment

8 Comments

  1. bagus Dr Azizan ni banyak bagi program percuma untuk usahawan di luar sana. semoga usaha ini dapat membantu lebih ramai usahawan untuk berani bangkit berniaga

    ReplyDelete
  2. Terbaik..Selamat maju jaya buat team RichWorks

    ReplyDelete
  3. Pernah juga join program Richworks ju. Mmg sgt membantu...Richworks mmg banyak membantu usahawan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, semoga Richworks lebih sukses dalam membantu usahawan untuk berniaga

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  6. semoga Richworks lebih maju di masa akan datang..:)

    ReplyDelete
  7. syabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni

    ReplyDelete
  8. Tahniah RichWorks! Semoga terus maju jaya!

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi