Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Seminggu Bercuti Selepas Dibenarkan Rentas Negeri


Seminggu Bercuti Selepas Dibenarkan Rentas Negeri | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entry kali ini Sha cuma nak simpan sedikit kenangan percutian selama satu minggu selepas Perdana Menteri mengumumkan kita dibenarkan merentas negeri. Agak lambat merentas negeri walaupun sudah mendapat kebenaran atas faktor kesihatan kaki Sha sendiri.


Walaubagaimanapun akhirnya Sha terpaksa juga meneruskan hajat balik kampung walaupun kaki belum sepenuhnya sembuh. Rancangan asal nak balik apabila kaki sembuh agar mudah nak bergerak, tetapi atas beberapa kekangan Sha sekeluarga teruskan perancangan. Bukan apa, sangkaan Sha dua minggu lepas tulang kaki makin baik rupanya tidak. Doktor masih nasihatkan Sha memakai simen dan berehat.

 

Aktiviti Percutian Selepas Dibenarkan Rentas Negeri

 

Balik Kampung Ziarah Keluarga

Memandangkan sudah merancang untuk balik kampung jumpa Mak dan adik-adik, Sha tidak sampai hati untuk membatalkan lagi niat untuk balik kampung. Jadi Sha tidaklah melakukan banyak aktiviti di kampung. Aktiviti juga banyak terbatas dengan musim hujan di kampung. Tetapi dalam aktiviti yang terhad, bermacam juga aktiviti semasa di kampung. Apakah aktiviti tersebut?


1. Majlis Kecil Dengan Persembahan Seni Mempertahankan Diri

 

Sha balik kampung pada pagi sabtu (30 Oktober 2021), lebih kurang pukul 12.00 tengahari Sha dah sampai ke kampung. Rezeki malam itu kebetulan bapa saudara Sha membuat sedikit majlis makan-makan. Di dalam majlis terbabit ada persembahan seni silat dan boxing. Agak lama keluarga Sha tak buat majlis sebegini, jadi malam itu adalah rezeki suami dan anak-anak melihat seni silat diiringi muzik tradisional.


2. Bercuti Ke Kuala Terengganu

Perjalanan dari Besut ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 2 jam. Niat hanya untuk bercuti bersama keluarga, maklumlah bukan kami sahaja yang sudah bosan berada di rumah. Mak dan adik-adik lagilah bosan tak keluar rumah. Mereka hanya akan keluar jauh dari rumah bila Sha ada sahaja, jadi Sha memang ambil peluang untuk bercuti bersama. Memandangkan percutian saat akhir, banyak hotel sudah penuh terutamanya hotel yang Sha nak, jadi Sha ambil satu homestay yang kami boleh lepak sama-sama.


3. BBQ Simple Bersama Keluarga

Kebetulan juga semasa di kampung, sepupu Sha pun ada yang balik berkumpul jadi rezekilah dapat join bakar-bakar ayam sikit. Malam itu Sha ambil kesempatan order pizza daripada kawan sekolah Sha, Sha bawa pizza untuk makan sama-sama. Alhamdulillah kami meriah bila ada sepupu, maklumlah keluarga Sha kecil, Sha ada adik 2 orang sahaja dan masih belajar.


Aktiviti Bersama Ipar Duai


4. Ziarah Ke Rumah Kakak Ipar Di Putrajaya

Selepas beberapa hari berada di kampung ( 30 Okt 2021 hingga 4 Nov 2021 ) kami kembali ke rumah memandangkan suami Sha perlu masuk kerja pada waktu petangnya. Esoknya (5 Nov 2021) Sha sekeluarga bergerak ke Putrajaya pula. Sebenarnya tak rancang pun ke Putrajaya, hanya idea spontan suami Sha dan disetujui oleh kakak dan abang ipar Sha. Jadi kami bergerak ke Putrajaya dengan tiga buah kereta. Ini merupakan kali pertama Sha ke rumah kakak ipar selepas beberapa tahun beliau pindah ke sana.


5. Bawa Anak-Anak Menaiki LRT

Kami tak tidur di rumah kakak ipar, selepas makan malam ni di Restoran Satay Haji Samuri Kajang kami tidur di hotel bajet sahaja. Keesokkan harinya kami ziarah ke rumah saudara suami di Ampang dan makan tengah hari di sana. Lebih kurang pukul 4.00 petang kami keluar rumah dan bawa haluan masing-masing. Asalnya suami nak bawa anak-anak ke taman burung tetapi memandangkan waktu agak suntuk, tak lama lagi taman pun dah nak tutup suami buat keputusan untuk bawa anak-anak merasa naik LRT.

Jadi kami ke stesen LRT Ampang untuk parking kereta di sana. Di stesen kami pilih untuk naik LRT ke Bandaraya. Sebenarnya kami tak biasa naik LRT jadi kena bertanyalah pada sesiapa yang ada. Memandangkan kaki Sha belum sembuh, bila dah sampai Stesen Bandaraya kami keluar jenguk kawasan sahaja kemudian beli tiket balik ke Ampang. Next time kita datang lagi ya anak-anak.


Selesai Percutian Dari 30 Oktober 2021 Hingga 7 November 2021


Alhamdulillah selesai juga cuti yang dirancang. Apa yang penting kedua-dua belah keluarga dah dapat berjumpa setelah sekian lama tidak dapat rentas negeri. InsyaAllah mudah-mudahan kita dapat balik kampung jumpa keluarga seperti dahulu lagi yang mana Sha biasanya akan pulang ke kampung dalam tempoh 3 bulan sekali.

Post a Comment

11 Comments

  1. Seronoknya bercuti....kami bercuti dekat2 je...takde la cuti apa pun just pi makan...minggu ni baru staycation berdua ngan Dania

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. cuti2 jumpa mak adik2..ipar duai je dulu kak SA..

      Delete
  2. Berbaloi jugak bercuti seminggu tu.. tertarik pulak dengan persembahan silat tu, macam ada pengantin pulak.

    Semoga kaki Sha lekas sembuh ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa.. mcm bonus balik kali ni.. berkumpul dgn keluarga yg ada dekat2 rumah tu je.. yg lama xjumpa

      Delete
  3. walaupun singkat tapi puas dapat spend time dengan famili. anak-anak pun hepi dapat pengalaman baru. semoga kaki Sha cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  4. Percutian yang singkat tapi penuh bermakna kan sha. Semoga kaki sha cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. Seronok tu seminggu bercuti. Yaya kat Kuala Trg ni tak berani nak pusing-pusing. Jalan sesak sungguh. Kita bg pelancong enjoy dulu..hihi

    ReplyDelete
  6. seronoknya jenjalan selama seminggu, akak ni baru nak cuti balik kampung

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah,, selamat sampai kampungg jupo anak beranak..

    ReplyDelete
  8. busyra tringin nk p ganu.. tp belum smpai2 lg..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi