Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Peluang Pekerjaan Untuk Belia Bersama McDonald's Malaysia

Peluang Pekerjaan Untuk Belia Bersama McDonald's Malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bila kita sebut tentang pekerjaan, ianya satu isu yang agak berat bagi Sha. Maklumlah itu adalah hala tuju kita selepas habis belajar kan? Tambah pula Sha masih punya adik-adik yang sedang belajar, masing-masing sudah mula memikirkan peluang pekerjaan pada masa depan. Dengan keadaan zaman sekarang yang ekonomi yang tidak menentu dan persaingan mendapatkan kerja, pada Sha adik-adik perlu lebih agresif dan kreatif berbanding zaman Sha menamatkan pelajaran dahulu. Memandangkan sekarang adik-adik juga membesar tanpa ayah dan mak sudah tidak berupaya untuk bergerak, Sha menyarankan mereka untuk lebih berdikari dengan belajar sambil bekerja. Belajar sambil bekerja adalah sesuatu yang biasa pada zaman ini jika kita pandai membahagikan masa.

Peluang Pekerjaan Untuk Belia Bersama McDonald's Malaysia


Sebenarnya Sha sendiri mempunyai beberapa orang saudara mara yang bekerja dengan McDonalds di beberapa cawangan. Sha melihat mereka bermula dari bawah dan hingga kini memegang jawatan yang boleh dibanggakan. Bercakap tentang peluang pekerjaan di McDonalds Sha nak kongsi satu berita baik untuk adik-adik diluar sana. Menjelang tahun 2026 McDonalds bakal membuka 500 restoran di seluruh negara, maka di sini kita boleh nampak banyak peluang kerjaya akan wujud. Memegang kata pepatah "pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara", McDonald's Malaysia terus menyokong belia Malaysia. McDonald's merupakan syarikat yang terus berkembang dengan kekuatan lebih 14,000 kakitangan di lebih 300 cawangan dan kini mensasarkan pembukaan 500 restoran dengan 10,000 peluang pekerjaan baharu. Wow! Banyak tuuuhh.

Tawaran Pembelajaran Di Akademik Vokasional McDonald's


McDonald's bukanlah sebuah syarikat yang mengambil mudah tentang kemahiran pekerja mereka. McDonald's sentiasa memastikan kakitangan terlatih dengan matlamat mempersiapkan golongan belia dengan kemahiran industri yang lengkap dan menerapkan nilai kerja yang boleh diguna pakai di mana-mana organisasi. Pendek kata kemahiran yang dibekalkan adalah tidak terhad dan amat berguna.


Kelebihan-kelebihan Menyertai Program Perantis Vokasional McDonald's


Melalui Akademi Vokasional McDonald's, syarikat restoran khidmat segera ini menawarkan pendekatan pembelajaran yang pelbagai dalam menyampaikan prinsip latihannya. Antara kemahiran yang ditekankan dalam pembelajaran dan keistimewaan apabila menyertai program ini adalah seperti :

  • Bimbingan sambil bekerja
  • Latihan di dalam kelas
  • Pembelajaran kendiri
  • Penyediaan alat pembelajaran bersesuaian dengan kakitangan yang mana telah direka khas bagi membolehkan golongan belia memahami peranan mereka.
  • Membantu belia mengenali potensi diri dengan membina keyakinan.
  • Membangunkan kemahiran interpersonal.
  • Elaun sara hidup bulanan sebanyak RM 1,200.
  • Kemudahan tempat tinggal
  • Manfaat perubatan dan insurans
  • Makanan percuma sepanjang program berlangsung.

Mengambil contoh dari Program Perantis Vokasional McDonald’s secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), hasil kerjasama McDonald’s Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, para perantis menjalani program selama 18 bulan yang merangkumi 70 peratus latihan praktikal di restoran-restoran McDonald’s dan 30 peratus pembelajaran teori di pusat latihan.


“Di McDonald’s, kami bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan, tetapi kami juga komited dalam menyokong belia Malaysia untuk memenuhi potensi diri dengan membantu mereka membina keyakinan dan membangunkan kemahiran interpersonal. Sebagai majikan yang mementingkan pembangunan golongan belia Malaysia, kami ingin memastikan McDonald’s terus menjadi syarikat pilihan mereka, khususnya belia yang ingin membina kerjaya yang bermakna dan berkekalan dalam industri perkhidmatan makanan,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

 

Syarat Dan Kelayakan Untuk Permohonan Program Perantis Vokasional McDonald's



  1. Buat belia diluar sana yang sedang mencari peluang pekerjaan dalam industri pemakanan,  bolehlah membuat permohonan untuk menyertai program ini. Program dibuka kepada belia lepasan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Melihat kepada syarat asas yang diberikan, jelas menunjukkan McDonald's sangat komited membantu belia Malaysia mempunyai kemahiran dan berdaya saing.
  2. Keutamaan diberikan kepada belia daripada keluarga berpendapatan rendah termasuk golongan asnaf dan komuniti luar bandar.
  3. Peluang pekerjaan sama rata sama ada dari segi jantina dan juga buat Orang Kelainan Upaya (OKU).


Komen Perantis Daripada Program Ini.

Jom kita baca apa komen 3 perantis daripada Program Perantis Vokasional McDonald's. 

1# Nur Fazera Natasya Iman Binti Mohd Azri


Iman merupakan salah seorang Pelajar Terbaik dan juga penerima Anugerah Perantis Khas bagi Anugerah Perantis Cemerlang. Katanya beliau sebenarnya seorang yang pemalu dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Tetapi selepas menyertai program ini beliau rasa lebih yakin dan fokus dengan kerjaya yang diceburinya. Kini beliau berkhidmat di McDonald's Mont Kiara sebagai Ketua Kru.

***********************************************************************

2# David Janil Raj A/L P.P Sundaraj


David merupakan antara perantis pertama Program Perantis Vokasional McDonald's. Beliau sedang melalui perkembangan kerjaya bersama McDonald's yang mana beliau telah bersama McDonald's selama 3 tahun. Bermula sebagai perantis, jawatan terkini beliau adalah sebagai Penolong Pengurus dan Pengurus Syif. Sasaran beliau bersama McDonald's ialah untuk menjadi Pengurus Besar Restoran dalam jangka masa 6 tahun dan dalam masa 10 tahun, beliau menetapkan matlamat untuk menyertai pasukan Konsultan Operasi pula.

**********************************************************************

3# Khor Wei Nern
 
Khor pula menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s atas galakan daripada guru di sekolah menengah beliau.
“Saya bukan sahaja mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pengurus-pengurus dan rakan sekerja yang mesra dan berpengalaman, tetapi juga dapat sama-sama menyumbang dan mengambil bahagian dalam operasi harian. Dengan umur saya yang baru sahaja 18 tahun, pengetahuan dan latihan yang saya terima amat berharga bagi saya,”

kata Khor yang sedang menjalani latihan praktikal di McDonald’s Pandu-Lalu Bandar Seri Putra, Kajang.

Belia Jangan Lepaskan  Peluang Bina Kerjaya Di McDonald's

Melihat peluang yang diberikan Sha sangat yakin McDonald's sangat serius untuk membantu belia Malaysia dalam membina kerjaya. Sekiranya ada anak-anak yang sedang mencari peluang pekerjaan korang bolehlah syorkan kepada mereka jika mereka berminat.

“Program Perantis Vokasional McDonald’s secara SLDN ini telah melahirkan ramai pekerja yang lebih kompeten serta mempunyai daya saing yang tinggi sejak diperkenalkan pada tahun 2018. Melalui program latihan kemahiran ini, dengan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi bidang penyediaan makanan dan minuman oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) setelah perantis menamatkan latihan adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan melahirkan modal insan yang berpengetahuan (K-Pekerja). SLDN menekankan latihan amali berbanding teori sesuai dengan keperluan alam pekerjaan sebenar. Belia disarankan untuk mengambil peluang melibatkan diri dalam program ini bagi memperolehi kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan sektor perkilangan dan industri,” kata YBhg. Dato’ Ts. Haji Zaihan bin Shukri, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, JPK, Kementerian Sumber Manusia.

Mesti ramai di luar sana nak tahu cara minta kerja di McDonald's kan? Jangan risau nanti Sha kongsi dengan korang. 

Macam mana nak sertai McDonald's?


Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, korang boleh layari di https://www.mcdonalds.com.my/ atau jika korang ingin membina kerjaya bersama McDonald's, layari https://www.maukerja.my/mcd. Moga maklumat ini berguna untuk belia yang sedang mencari kerja kosong di McDonald's.

Post a Comment

4 Comments

  1. Peluang baik buat belia yang nak membina kerjaya dalam bidang f&B. Boleh join program McD ni.

    ReplyDelete
  2. Tahniah McD kerana tawarkan program sebegini buat belia di luar sana. Program yang menarik dan sangat membantu.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Inisiatif McD untuk bantu para belia dinegara kita ni memang terbaik. Rugi sangat kalau dorang lepaskan peluang ni.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi