Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dulu Berhutang Kini Jutawan - Apakah Rahsia Kejayaan Mereka?

Dulu Berhutang Kini Jutawan - Apakah Rahsia Kejayaan Mereka? | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Melakar kejayaan hasil penat lelah dalam dunia perniagaan yang diusahakan tanpa mengenal erti putus asa adalah amat manis rasanya. Siapa pernah merasa dan siapa mahu merasa? Pastinya tiada siapa yang mahu gagal dalam apa jua yang diusahakan. Tetapi berapa ramaikah yang mampu bangkit kembali dari sebuah kegagalan? Gagal itu adalah sesuatu yang normal, kita sebagai manusia memang akan melaluinya walaupun dalam pelbagai segi kehidupan. Itu semua terpulang pada tindakan masing-masing. Banyak cara dan tips untuk kita bangkit dari kegagalan. Kegagalan hari ini bukanlah pengakhiran untuk kita berjaya pada masa hadapan.


Untuk bangkit semestinya kita perlukan sesuatu yang positif untuk terus maju. Selain mendapat kata-kata motivasi untuk bangkit, sesetengah orang mengambil contoh seseorang yang sudah berjaya sebagai idola. Tapi tak kisahlah macam mana pun, asalkan benda baik kita jadikan pedoman yang tak elok kita jadikan sempadan.


Dulu Berhutang Kini Jutawan - Apakah Rahsia Kejayaan IDW Design & Build?

Bila menyentuh bab contoh atau inspirasi, di sini Sha ingin berkongsi kisah salah seorang usahawan yang telah berjaya setelah menempuh pelbagai rintangan. Daripada hidup dikelilingi hutang, kini bergelar usahawan berjaya dalam bidang mereka. Sebenarnya Sha pernah berkongsi tentang perkhidmatan mereka iaitu perkhidmatan reka bentuk dalaman seluruh Malaysia yang dimiliki oleh pasangan Tuan Lokman Hakim dan Puan  Rabiatul Adawiyah daripada IDW Design & Build.


Cabaran Membina Perniagaan Di Usia Muda

Syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) bermula pada tahun 2007 oleh Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah, semasa masing-masing berumur 21 tahun. Ketika itu mereka baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. 

Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW. 

Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian.

Mengharungi Cabaran Membina Empayar Perniagaan IDW

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupun terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor. Mereka juga pernah merasai pengalaman diacu pistol. Fuhh.. pengalaman yang cukup ngeri.


Sekitar tahun 2014 IDW hanya mampu membuat jualan sebanyak setengah juta sahaja untuk setahun. Jika melihat kepada jenis perniagaan, hasil jualan ini hanyalah cukup-cukup makan. Tambah pula dengan masalah-masalah lain yang timbul seperti kereta rosak dan terpaksa keluar masuk hospital kerana diuji dengan anak sakit. Semua ini telah membuatkan banyak projek terbengkalai.

Kembali Bangkit Daripada Bisnes Cukup Makan

Sehinggalah tahun 2016, syarikat IDW semakin berkembang. Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah merasa terlalu selesa dengan jualan yang dicapai, sehingga banyak projek tidak dapat disiapkan. Akhirnya mereka sertai IMKK kedua dan seterusnya memohon program Titan di richworks academy. Selepas sebulan menyertai Titan, mereka banyak membuat tindakan luar biasa. Jika sebelum ini kereta pun tak berapa ok, kini mereka mampu memiliki kereta BMW. Mereka juga sudah mampu mengambil pekerja hampir setiap bulan bagi menampung keperluan syarikat. 

Pada tahun yang sama juga Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah dapat menunaikan haji dan melancong ke Switzerland juga ke Sontorini. Jualan setahun mereka telah meningkat hingga mencapai 7 angka berbanding tahun sebelumnya.

Berada di dalam titanium circle telah membuatkan Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah terus bersemangat untuk menjadi anak murid Dr.Azizan. Mereka kembali menguatkan team, berbekalkan moto syarikat iaitu transforming space transforming live mereka melakukan satu rombakan yang menjadikan sistem mereka lebih sistematik. Berkat berguru, akhirnya semua kerja berjaya diuruskan oleh Team IDW. Dari C-suite, Senior Leadership hingga IDW Avengers kini semuanya semakin terurus.

Terus Bertahan Di Situasi Pandemik

Bermula tahun 2020 hingga kini negara masih di dalam pandemik covid-19, banyak kerja-kerja pembinaan tidak dapat dijalankan. Tetapi Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah tidak pernah berputus asa. Mereka mengambil jalan dengan mendigitalkan bisnes mereka daripada pembinaan kepada penjualan buku design secara online. Walaupun hanya secara online, mereka berjaya menghasilkan jualan mencecah belasan juta pada tahun 2020.


Rahsia Kejayaan Mereka

Agak luar biasa kerana bukan mudah mahu meneruskan perniagaan dengan kekangan yang ada. Tetapi mereka memilih circle dan mentor yang betul. Hasil bimbingan dan semangat mereka sendiri kini mereka mampu tersenyum. Bila baca kisah mereka ini, Sha percaya kita pun boleh berjaya dalam bidang masing-masing kan? Hasil tangan mereka juga banyak diguna pakai oleh artis-artis tanah air tau! Korang pun boleh survey rekaan dalaman yang mereka hasilkan di instagram mereka, mereka juga selalu buat live instagram berkongsi tips-tips rekaan dalam.

100 Usahawan Bakal Berkongsi Kisah Di Sebalik Kejayaan Mereka

Untuk pengetahuan korang, IDW Design & Build hanyalah salah satu contoh yang kita boleh jadikan inspirasi, kerana kejayaan tak akan datang bergolek tanpa sebarang jatuh bangun. Untuk kita lebih bersemangat untuk bangkit, Sha nak ajak korang ikut jejak langkah mereka ini. Pertama sekali jom kita join Program Titan Summit, yang mana kita akan mendengar pengalaman 100 orang usahawan terkenal di Malaysia akan berkongsi rahsia kejayaan mereka dalam perniagaan dan bidang masing-masing. Tambah pula Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah adalah salah satu dalam senarai titan.

Sudah menjadi asam garam dalam perniagaan pasti ada jatuh bangun kan? Daripada kosong, mereka terus bangun dan mencapai tujuh angka jualan. Macam tak percaya, tapi mereka sudah buktikan bahawa tiada yang mustahil.

Berapa harga kelas Dr.Azizan Osman 2021? Korang jangan risau lagi tentang kos program, sebabnya program ini ditaja sepenuhnya oleh Richworks. Program ini akan dijalankan secara maya pada 24 hingga 26 sepetember 2021 yang mana terbuka kepada semua usahawan juga bakal usahawan. 100 usahawan yang bakal berkongsi dengan korang ini adalah sebahagian daripada anak didik Dr.Azizan Osman. Mungkin dalam ramai-ramai usahawan ini korang dah biasa sangat lihat jenama mereka di merata alam.

Ketahui Kisah Benar Kejayaan 100 Usahawan Berjaya Malaysia



Pastinya korang mahu sertai Sha untuk mengenali usahawan-usahawan ini dan mendengar sendiri kisah daripada mulut mereka sendiri bukan? Jangan buang masa, jom join Program Titan Summit 2021 dengan mendaftar di lama ini https://richworks.com/titansummit. InsyaAllah mudah-mudahan dengan perkongsian mereka selama 3 hari ini dapat menyuntik semangat dalam diri kita untuk terus bangkit. Yang baru nak mula berniaga pun elok sangat join kelas usahawan sebegini.

Post a Comment

10 Comments

  1. Marsha pernah baca kisah dorang dulu. Dorang ni kawen muda kan? Lepas tu bergabung majukan bisnes. Memang hebat.

    ReplyDelete
  2. Terbaik IDW pun join Titan Summit rupanya patutlah marketing dia nampak meluas dan dikenali oleh sesiapa yang nak bina rumah dengan ID terkini dan morden.

    ReplyDelete
  3. Kalau kita tengok... Biasanya bisnes berjaya mesti support antara laki bini kan.... Tanpa sokongan orang yang terdekat pasti payah juga nak capai kejayaan tu...

    ReplyDelete
  4. Gagal dahulu Wahtal bermakna gagal selama²nya. Anak muda yang boleh dijadikan contoh oleh anak² muda lain utk berjaya

    ReplyDelete
  5. IDW anak didik DAO rupanya. Patut nampak lain macam aura marketing dia. Patut ramai kata bagus join prog Richworka ni.

    ReplyDelete
  6. Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya, bangkit dan usaha kunci kejayaan

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Wowww baru tau pemilik idw ni pun join program dato ye.. Hebat.. Kalau kita usaha insyallah berjaya

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi