Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sertai Program Bangkit Usahawan Secara Percuma Daripada Dr Azizan Osman

Sertai Program Bangkit Usahawan Secara Percuma Daripada Dr Azizan Osman | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bukan senang setiap usahawan nak teruskan perniagaan dengan situasi pandemik covid-19 yang sudah hampir 2 tahun berlarutan ini. Sha sebagai peniaga kecil-kecilan amat bersetuju bahawa usahawan sangat memerlukan sistem sokongan. Hal ini adalah bagi mengelakkan usahawan terasa putus asa dan hilang semangat untuk terus memberi manfaat kepada orang lain. Banyak perniagaan terpaksa ditutup bagi mengurangkan kos operasi yang ditanggung setiap bulan. Bayangkan macam mana nak terus bertahan daripada PKP 1.0 hingga sekarang yang masih belum menunjukkan tanda untuk tamat.


Program Bangkit Usahawan Secara Percuma Daripada Dr Azizan Osman

Wabak pandemik covid-19 telah menjejaskan seluruh dunia, seluruh lapisan masyarakat dan sektor ekonomi dalam secara fizikal. Macam mana nak teruskan perniagaan di dalam krisis pandemik covid-19 ini? Nak belajar dan masuk kelas pemasaran digital? Transformasi ke arah strategi bisnes secara digital diperlukan secara mendalam dan mengubah cara perniagaan beroperasi dan ubah cara melayani pelanggan secara atas talian. Inilah masa terbaik untuk usahawan menyertai program motivasi usahawan supaya terus bangkit meneruskan perniagaan.

Program percuma pada mulanya sahaja, selepas itu bertalu-talu buat tawaran untuk kelas seterusnya dengan harga cekik darah

Inilah kata-kata yang selalu kita dengar bila kita sebut tentang program usahwan sama ada program marketing dan program lain berkaitan. Tetapi pada Sha pokok pangkalnya dalam apa jua yang kita lakukan kita sebagai manusia biasa memang perlukan kata-kata semangat daripada orang yang betul. Kalau minta sokongan daripada orang yang salah, silap hari bulan lagi cepat tutup perniagaan.

Penting Upgrade Ilmu Bisnes Dalam Persaingan

Usahawan hari ini  bukan hanya bersaing dengan pesaing dalam bidang sama. Tetapi usahawan kini perlu bersaing dengan masa dan juga cara berniaga. Ramai orang boleh buat bisnes yang sama tetapi yang membezakan adalah cara berniaga. Di sinilah terletaknya kepentingan untuk upgrade ilmu dan terus menawan hati pelanggan dengan perkhidmatan terbaik. Pada yang rasa nak jatuh, jangan biarkan jatuh terus marilah kita bangkit meneruskan perjuangan demi masa depan diri sendiri, keluarga, orang lain dan agama. Sertailah seminar usahawan bangkit untuk kembali bersemangat.


Pengalaman Menyertai Program Usahawan Bersama Richworks

Sha sebenarnya pernah menyertai program percuma Dr Azizan Osman pada tahun 2020. Salah satu tujuan Sha menyertai program tersebut pun adalah untuk mencari ilmu bisnes, maklumlah memang Sha kosong ilmu bisnes tapi nak ada bisnes. Pada masa itu Sha berpendapat bahawa program seperti ini pasti bosan dan tak ada benda penting pun. Sha fikir mereka hanya buat duit mudah dengan anjurkan program. Walaubagaimanapun selepas menyertai program percuma bersama Menthor Dr Azizan Osman dan team Richworks banyak perkara baru Sha belajar. Yang mana sebelum ini Sha nampak perkara-perkara kasar sahaja, tapi semasa program baru Sha sedar banyak benda Sha tak tahu.

Selepas menyertai program usahawan bersama team Richworks barulah Sha sedar kenapa orang berjaya masih nak belajar dan upgrade ilmu. Kalau program usahawan percuma pun dah dapat bantu usahawan zero boleh jadi hero, program berbayar pastilah lebih-lebih lagi. Tambah pula bukan semua orang layak nak masuk program berbayar jika tak ada azam dan usaha nak berjaya sungguh-sungguh. Jadi bila ada peluang program usahawan percuma seperti ini, kita perlu rebut peluang. Amat berbaloi untuk kita join program seperti seminar zero kos marketing 2021.

Manfaat Program Bangkit Usahawan Percuma

Menurut laporan dalam tempoh pandemik ini sahaja lebih 800,000 orang telah menyertai program percuma Richworks yang sedikit sebanyak telah mendapat manfaat daripada program berkaitan. Ramai yang nak tahu harga seminar Dr Azizan Osman 2021 ini. Tapi sebenarnya sejak tahun lepas lagi Datuk Wira Dr Azizan Osman menawarkan program percuma melalui program live dan juga virtual online. Sha juga merupakan salah peserta program Richworks sebelum ini.

Walaupun hanya melalui program percuma, banyak testimoni berjaya yang menunjukkan perubahan positif selepas menyertai program bersama Richworks. Ada testimoni yang dalam beberapa hari sudah dapat menikmati perubahan dan ada yang masih mempraktikkan ilmu sambil melihat perubahan yang sedang terjadi. InsyaAllah Allah SWT menjanjikan sesuatu buat orang yang berusaha bukan? Kuncinya bertindak!

Ya, program-program percuma ini yang dijalankan selama lebih kurang 3 hari hingga 12 malam dan kadang-kadang bersiri ini tidak cukup untuk menjadikan seorang usahawan yang bermula daripada 0 hinggalah dapat mencapai hasil jutaan ringgit dalam masa sebulan. Tapi percayalah Richworks telah berjaya  memimpin usahawan mencapai 1 juta pertama dalam tempoh 6 hingga 12 bulan. Bagi yang nak dan telah mula bisnes dari rumah 2021 ini, mungkin anda jutawan seterusnya.

Bangkit Dari Kegagalan Capai Kejayaan

Cabaran dan halangan dalam situasi pandemik covid-19 ini tidak akan menghalang seseorang itu untuk terus bangkit mencapai kejayaan yang diimpikan, InsyaAllah. Mungkin korang rasa sudah tidak ada harapan, rasa putus asa dan mahu mengalah sahaja dalam berdepan dengan cabaran, halangan dan mungkin kegagalan saat ini? Umpama sudah tidak nampak cahaya di hujung terowong. Sha suka untuk mengajak semua bangkit kembali bersama Richworks kerana telah terbukti richworks telah membantu ramai orang.

Cuba berhenti sekejap, ambil masa untuk tenangkan fikiran terlebih dahulu agar dapat berfikir dengan lebih rasional. Mungkin inilah ujian untuk korang dalam mencapai kejayaan yang korang mahukan. Ayuh, bangkitlah semula! Bertindak sekarang! Tiada paksaan untuk korang sertai program sebegini tetapi melalui program percuma untuk bangkit semula seperti ini pun dapat membantu usahawan mendapat hasil jika bertindak mencari jalan dan konsisten.

“Pilihan sebenarnya ada di tangan kita sendiri untuk bertindak perbaiki bisnes dan mahu mendapatkan hasil yang mana. Seperti kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, jangan anggap negara kita akan pulih (pandemik) dalam masa terdekat. - Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd., Radz Mohd 

Modul Sesi Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 | Solusi Bisnes & Pemasaran Digital

1. Memahami kenapa digital adalah lubuk emas peniaga dan usahawan era pandemik.

2. Langkah dan persediaan lengkap peniaga sebelum beralih ke arah digital

3. Pelajari strategi digital yang boleh buat duit sekarang

4. Kenal pasti strategi digital paling sesuai untuk jenis dan tahap perniagaan anda.

5. Mengenali platform digital yang paling sesuai untuk membantu kelangsungan bisnes sekarang.

6. Case study dari bisnes, peniaga dan usahawan yang berjaya ubah cara berniaga dari norma lama ke arah digital.


Jom Sertai Program PERCUMA Bangkit Bisnes Krisis 3.0

Kali ini Sha nak ajak korang sertai program yang korang boleh sertai agar korang tidak terus dirundum kejatuhan. Pihak Richworks yang diterajui oleh pengasas Richworks International iaitu MentHor Dr Azizan Osman akan mengadakan satu Program Bangkit : Bina Bisnes Dari Krisis 3.0 secara percuma. Program-program percuma ini sebenarnya telah lama dijalankan iaitu dari 2008 hingga 2019 yang mana telah diikuti oleh 700,000 peserta.

Kali ini Program Bangkit Bisnes Krisis 3.0 akan dilangsungkan pada 27 hingga 29 ogos 2021 ini melalui platform zoom webinar yang bermula jam 8.00 pagi. Untuk maklumat lanjut tentang program ini korang boleh layari https://richworks.com/bangkit. Bila dah baca sebab kenapa perlu join porgram usahawan percuma ini, korang boleh daftar terus di laman web berkenaan. Jangan sesekali rasa rugi tau! Mungkin inilah masa kita buat perubahan yang serius.

JOM DAFTAR PROGRAM BANGKIT KRISIS 3.0 SECARA PERCUMA 

Tarikh : 27 - 29 Ogos 2021

Untuk sebarang persoalan lanjut, boleh terus hubungi team RichWorks melalui pautan di bawah ini : 


Website | Telegram

Post a Comment

0 Comments