Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Mudah Daging Sambal Kicap Dengan Petai

Resepi Daging Sambal Kicap Dengan Petai | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu lepas Sha terlupa Sha ada beli petai. Selepas beli Sha terus sangkut pada sebuah rak. Tengah pusing-pusing kat dapur sambil fikir nak masak apa, Sha ternampak petai dah kering hampir rosak. Apa lagi Sha ambil petai terus potong dan kopek satu persatu. Nasib baik boleh pakai lagi walaupun dah kering, rugi kot sebab beli Rm8.00 tak kan nak buang begitu saja kan. Kebetulan pula ada daging dala peti ais.

Sebenarnya Sha dah lama terliur tengok orang jual sambal daging ini dengan pelbagai masakan dalam paket. Tapi Sha memang tak pernah beli lauk dari paket kecuali daging pekasam sebelum ini. Jadi Sha ambil keputusan untuk masak sendiri memandangkan bahan-bahan semua ada di dapur. Walaubagaimanapun tak tahulah sama atau tidak dengan resepi sambal daging petai yang ada dipasaran sana. Mungkin satu hari nanti Sha kena cuba juga sambal daging yang dah siap di pasaran tu.


Resepi Mudah Daging Sambal Kicap Dengan Petai

Petai yang dah hampir kering tadi, Sha dah rendam dengan air dan nampak macam makin elok selepas direndam. Jom kita tengok apa yang diperlukan untuk memasak sambal daging ini.

Bahan-bahan untuk samabal daging petai ;


  • 400g daging di hiris nipis
  • 3 papan petai dihiris dan dikeluarkan isinya
  • 1 biji cili hijau besar*
  • 10 biji cili api hijau*
  • 1/2 biji bawang holland*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 sudu besar kicap
  • Garam 
  • Gula
  • 1 batang serai diketuk
  • Minyak untuk menumis

Bahan-bahan bertanda * dikisar bersama.


Cara-cara untuk memasak daging sambal kicap

1. Panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis sekali dengan serai.

2. Kemudian masukkan daging untuk daging lembut dan masak bersama bahan kisar.

3. Masukkan perasa dan kicap.

4. Reneh daging hingga masak dan pecah minyak.

5. Akhir sekali masukkan isi petai.

6. Bila dah masak, boleh tutup api.


Resepi Masakan Daging Lain ---->>>

10 Resepi Daging Masak Berkuah Yang Menarik Untuk Dicuba (shalimaryusof.com)

Resepi Kari Daging Yang Sedap Dan Pekat (shalimaryusof.com)

Resepi Daging Masak Hitam Menggunakan Periuk Noxxa Model Lama (shalimaryusof.com)

RESEPI KOREAN BBQ BEEF (BULGOGI) (shalimaryusof.com)


Lauk yang sesuai dimakan dengan nasi panas

Alhamdulillah, Sha memang akan ulang masak lauk ini nanti maklumlah Sha memang hantu lauk-pauk berasaskan daging. Kalau dapat buat yang lebih pedas lagi syok makan. Tapi itulah, tak elok juga makan daging hari-hari kan? Jadi pandai-pandailah susun jadual pemakanan korang di rumah.

 

Untuk lebih banyak resepi korang juga boleh menyertai saluran telegram https://t.me/ResepiKampungku

Post a Comment

6 Comments

  1. okey..nnti ada stok petai kat rumah akak, nak cuba resipi sha ni..

    ReplyDelete
  2. apa pun masakan bila dah tambah petai memang sedap...

    ReplyDelete
  3. Adeh, terliur pulak tengok menu awak nie Sha..

    ReplyDelete
  4. nampak sgt sedap ni, Sha.
    kuah nyer pekat tu, best gaul dgn nasi panas.
    petai? pepun lauk ada petai, confirm sedap.

    ReplyDelete
  5. Aduh!! Teruja sungguh Sha membaca tajuk entry ini.. Daging, kicap dan petai.. Mengancam sungguh.. 🤤🤤🤤 tq share respi Sha..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi