Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Logitech Bluetooth Multi Device Keyboard K480 Memudahkan Kerja Menaip Di Telefon Bimbit

Review Keyboard Logitech | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebelum, semasa dan selepas hari raya baru-baru ini, banyak kerja yang perlu disiapkan. Suami nampak Sha asyik pegang telefon bimbit sahaja, dan kadang-kadang dengar Sha membebel disebabkan kerja nak siap cepat tapi selalu susah nak menaip. Kerap salah taip tambah pula bila nak cepat dan tak boleh guna ayat pendek. Suami pun cadangkan supaya Sha mencari gajet baru untuk bantu Sha membuat kerja dengan lebih mudah. Nak beli komputer riba, dah ada satu begitu juga dengan komputer meja. Sha tak tahu nak beli apa.

Beberapa hari selepas itu Sha terlihat beberapa rakan blogger update gajet baru mereka, jadi Sha tunjuk pada suami. Idea yang agak bagus, tetapi suami Sha sarankan Sha dapatkan gajet yang lebih memudahkan Sha untuk menaip di telefon bimbit. Gajet yang Sha maksudkan adalah sebuah keyboard yang dapat disambungkan pada telefon bimbit menggunakan bluetooth. Jadi Sha tak perlu lagi menaip pada keypad telefon bimbit yang kecil saiznya.



Logitech Bluetooth Multi Device Keyboard K480



Pertama kali suami tunjukkan keyboard ini di aplikasi Shopee, Sha jatuh hati dan bersetuju dengan suami. Setelah mengambil kira keperluan, Sha mengambil keputusan untuk mendapatkan Logitech Bluetooth Multi Device Keyboard yang berwarna putih. Tapi Sha tidak terus menempah pada hari itu juga memandangkan 2 hari selepas itu akan ada potongan harga, jadi Sha tunggu sahaja hari harga murah. Dapatlah Sha berjimat dalam Rm 40.00 untuk dapatkan keyboard ini.

Selepas 3 hari Sha membuat tempahan di Shopee, keyboard multi device Sha selamat sampai ke rumah dan berfungsi dengan baik. Logitech Bluetooth Multi Device Keyboard adalah sejenis keyboard tanpa wayar yang dapat digunakan untuk telefon pintar, tablet dan juga komputer yang mempunyai kemudahan bluetooth.


Kelebihan Logitech Bluetooth Multi Device Keyboard

  • Logitech Bluetooth Multi Device Keyboard menyediakan satu tombol yang boleh diputar untuk memilih antara 3 peranti yang telah dihubung secara bluetooth.


Setakat ini Sha hanya menggunakan dua device iaitu telefon bimbit Sha dan satu lagi telefon bimbit suami. Apabila nak tukar device kita hanya perlu pusing tombol menunjuk ke arah device yang di tetapkan.
  • Susun atur papan kekunci (keyboard) standard biasa. Jadi tak adalah kekok nak guna, sebabnya ia dicipta mengikut kebiasaan susunan yang ada pada telefon pintar, tablet dan komputer lain.

  • Terdapat slot untuk letak telefon pintar atau tablet dengan sudut yang sesuai semasa kita membaca atau menaip. Sesuai dengan kebanyakan saiz telefon atau tablet yang ketebalan 10.5 mm (0.4 inci) dan lebar 258mm (10 inci)
  • Sumber kuasa yang mudah. Logitech Bluetooth Multi Device Keyboard hanya menggunakan dua biji bateri bersaiz AAA yang telah disediakan bersama. Bateri ini dikatakan dapat bertahan sehingga 24 bulan.

Cara Connect Logitech Bluetooth Multi Device Keyboard Ke Telefon Pintar


Korang jangan risau, untuk setting Keyboard Bluetooth ke telefon pintar sangat mudah. Dengan pembelian terus dari Shopee Logitech Official Store ini korang akan mendapat Multi Device Keyboard bersama dengan 2 biji bateri AAA. Jadi bila keyboard korang sampai, terus boleh pasang bateri dan guna.


  • Pertama sekali korang hanya perlu pasangkan bateri di bahagian belakang keyboard.

Belakang | Tempat 2 Bateri AAA

  • Untuk on keyboard, sila tolak butang di sebelah bateri. Korang akan nampak dari merah akan bertukar ke warna hijau.


Belakang | Butang On/Off


  • Selepas on keyboard, untuk pertama kali korang letak pada device utama yang akan digunakan nanti. Contohnya Sha, Sha setting untuk telefon bimbit Sha. Nama lagi untuk telefon bimbit kan?

Papan Keyboard | Tombol di sebelah kiri anda

  • Selepas setting device no 1 pada tombol do sebelah kiri, korang lihat di sebalah kanan pula. Ada dua pilihan untuk option format device. Butang sebelah kiri tertulis pc dan sebelah kanan i. Jika korang ingin menggunakan keyboard ini untuk pc, windows, ChromeOS dan android sila pilih -pc. Manakala jika telefon pintar korang menggunakan iOS dan MacOS sila pilih butang-i.

Papan Keyboard | Pilihan format device


  • Tekan salah satu butang selama lebih kurang 3 saat sehingga keluar cahaya biru berkelip-kelip. 
  • Sekarang boleh buka bluetooth di telefon pintar korang, dan lihat sama ada keluar device K480 tak? Kalau ada, sila klik dan connect.


Perbezaan |

Gambar kiri : Telefon bimbit yang telah disambung dengan bluetooth keyboard logitech. Tidak kelihatan keypad pada skrin telefon bimbit kerana fungsi keypad telah bertukar kepada Keyboard Blutooth Multi Device Logitech.

Gambar kanan : Telefon bimbit yang belum disambung dengan bluetooth keyboard. Kita boleh nampak telefon bimbit kita masih ada keypad pada skrin telefon.

Akhirnya selesa nak menaip panjang menggunakan telefon bimbit


Jangan korang guna kemudahan ini untuk jadi keyboard warrior pulak ya..ahhahaa.. Sha beli keyboard bluetooth ini bukan apa, kadang-kadang malas nak buka komputer riba. Maklumlah kerja sebagai blogger ni tak tentu masa idea datang. Sha pula ada masalah nak menaip laju, selalu keluar bukan-bukan. Tak tahulah masalah keypad atau jari yang gemuk.

keyboard bluetooth


Harga Keyboard Bluetooth


Korang boleh tengok di Shopee Logitech Official Store , harga yang dipaparkan adalah Rm 149 sahaja. Tapi korang jangan gelabah terus order tau, sebabnya Logitech OS ini suka bagi diskaun! Macam Sha sanggup tunggu 3 hari baru beli, sebabnya dapat jimat dalam RM 40.00, dah dapat diskaun dengan harga RM 115.00 dapat lagi baucer yang menjadikan harga keyboard bluetooth ini RM 103 sahaja. Menarik bukan? Jadi pergi tengok sekarang, ada diskaun tak.


Post a Comment

7 Comments

  1. Menarik sangat.
    Yg suka menaip Gina smartphone, boleh consider beli keyboard ni.

    ReplyDelete
  2. Memang lagi selesa menaip dekat keyboard kan. Menaip kat hp memang selalu typo.haha

    ReplyDelete
  3. Thanks share. Ini sangat menarik. Saya selalu blogging pakai hp sahaja. Kalau ada keyboard ni sedap sikit menaio entry

    ReplyDelete
  4. besntya..comel betul heheh. macam best jer guna.

    ReplyDelete
  5. senang update blog lepas ni hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi