Tuesday, September 10, 2019

Senarai 8 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Yang Patut Dilawati


Senarai 9 Tempat Menarik Di Besut Terengganu | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini Sha luangkan masa untuk menyenaraikan tempat-tempat menarik yang ada di daerah kelahiran Sha iaitu Daerah Besut, Terengganu. Ramai kawan-kawan cakap Terengganu banyak tempat menarik tapi kadang-kadang Sha masih kabur apa yang menarik di tanah tumpah darahku ini, biasalah kita membesar di sini kita sudah biasa dengan persekitaran yang ada jadi tak terasa unik mungkin. Tapi bila sudah keluar daripada daerah sendiri dan berhijrah barulah kita tahu keistimewaan yang ada melalui rasa rindu. Pada kali ini Sha nak kongsikan apa yang menarik untuk korang kujungi terutamanya alam semulajadi yang sesuai untuk korang jadikan destinasi percutian korang.

Senarai Tempat Menarik Di Besut Terengganu Sesuai Untuk  Bercuti Bersama Keluarga.



1. Pantai Bukit Keluang Besut

Pantai Bukit Keluang Besut adalah tarikan utama yang boleh korang kunjungi jika berkunjung ke Besut Terengganu. Jika korang nak tahu, semasa zaman budak-budak remaja Sha sekeluarga kerap berkelah di sini kerana mak dan ayah suka makan ramai-ramai di pantai dan sama-sama buat aktiviti bbq. Pantai Bukit Keluang Besut amat sesuai untuk korang berkelah kerana berhampiran persisir pantai banyak pokok rhu yang boleh dijadikan tempat berteduh, pasir pantai yang terdampar juga amat lapang untuk beriadah bersama anak-anak kecil. Ketika Sha masih bertugas di daerah sendiri, Sha sempat beriadah bersama rakan sekerja dengan aktiviti hiking di Bukit Keluang , memang sangat menarik kerana di puncak Bukit Keluang korang boleh menikmati pemandangan yang sangat cantik dan segar. Pantai Bukit Keluang Besut juga kini meriah dengan aktiviti air seperti menaiki bot laju dan banana boat.


Kemudahan Yang Ada Di Pantai Bukit Keluang Besut

  • Penyelamat Pantai Angkatan Pertahanan Awam Besut
  • Tandas & Bilik Persalinan Pakaian
  • Restoran
  • Taman Permainan
  • Gerai makanan
  • Surau
  • Parkir kereta



2. Pulau Rhu Besut Terengganu


Tarikan baru pada Sha kerana Sha baru sahaja berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Rhu ini semasa pulang bercuti ke kampung baru-baru ini. Peluang ke Pulau Rhu Besut ini selepas adanya aktiviti bot laju dan banana bot yang membawa penumpang mengelilingi Pulau Rhu dan boleh mandi-manda di sana sehingga jam 6.30 petang. Pulau yang boleh disifatkan masih dara ini amatlah disarankan untuk pengunjung menjaga kebersihannya, di sana disediakan guni untuk korang membuang sampah. Mungkin persekitarannya yang mempunyai banyak pokok rhu maka dipanggil Pulau Rhu.


3. Pulau Perhentian Besut Terengganu


Siapa tak pernah dengar tentang Pulau Perhentian bukan? Antara pulau yang cantik ada di Negeri Terengganu. Agak lama Sha tidak menjejak kaki ke sana, tetapi kenangan masih segar dalam ingatan. Pulau Perhentian tidak seperti pulau-pulau lain seperti Pangkot Pangkor yang kita boleh pusing-pusing dengan motorsikal atau kereta. Pulau ini sesuai untuk orang yang mencintai alam dan untuk yang mahu lari jauh dari kesesakan kota dan hutan konkrit. Nikmatilah air laut yang jernih, chalet yang menarik (hati-hati pilih pakej) dan keindahan dasar laut.

Kolam Air Panas Di Besut Terengganu



4. Kolam Air Panas La Hot Spring Besut

Sumber : Google

Besut bukan sahaja kaya dengan pantai dan laut tetapi juga alam semulajadi lain seperti lata dan air terjun juga kolam air panas. Agak lama juga Sha tidak berendam di kolam air panas semulajadi La Hot Spring ini. Jika ke sini korang jangan risau jika bawa anak-anak, maklumlah tak kan nak bagi anak-anak berendam air panas kan? Selain kolam air panas, di sini juga ada sungai yang sejuk airnya. Ibu bapa boleh berendam bersama anak-anak dan ahli keluarga lain. Sha pun biasanya akan bawa makanan dari rumah dan berkelah di sini beramai-ramai, boleh bawa tikar dan duduk di pondok jika masih ada kekosongan. Sha pernah menyertai program kerja di sini, kami menerokai Lata Berangin yang agak tersorok dan perlu hiking untuk sampai ke sana.

Kolam Air Panas Di Besut Terengganu


5. Lata Kolam Air Deru Ecopark

Sumber : Facebook Lata Kolam Air Deru Ecopark

Sha belum berpeluang sampai ke sini kerana ianya agak jauh dari rumah berbanding ke pantai tetapi memang agak menarik dengan kemudahan yang ada di sini. Antara kemudahan yang ada di sini adalah chalet, tapak perkhemahan dan aktiviti seperti memanah, ATV dan lain-lain. Korang boleh kunjungi Facebook Lata Kolam Air Deru Ecopark untuk maklumat lebih lanjut.

6. Kota Putera Paragliding Park, Bukit Bubus Besut Terengganu

Sumber : Facebook Kota Putera Paragliding Park

Sha ingatkan aktiviti sudah tidak wujud tetapi semasa berada dalam bot perjalanan pulang dari Pulau Rhu ke Pantai Bukit Keluang Sha dapat melihat payung terjun sedang turun barulah Sha sedar aktiviti itu masih ada. Korang boleh layari facebook Kota Putera Paragliding Park untuk menghubungi mereka.


7. Lata Belatan Besut, Terengganu

Sumber : Facebook

Antara lata yang Sha suka bila balik kampung adalah Lata Belatan Besut Terengganu. Lata ini terletak di kaki Gunung Tebu. Jika ke sini juga sesuai untuk keluarga yang punya anak-anak untuk bersantai bermain air sungai kerana bahagian bawahnya juga jernih itdak terlalu berbatu, manakala orang dewasa bolehlah mendaki ke atas untuk lebih mencabar dan air lebih dalam. Lata Belatan juga selalu menjadi pilihan untuk sekolah mengadakan aktiviti perkhemahan.

8. Desa Ukir Kayu Besut Terengganu


Selain mandi manda di Besut juga korang boleh mengunjungi Pusat Desa Ukir Kayu. Pembinaan Desa Ukiran Kayu (DUK) adalah manifestasi kepada "Besut Daerah Ukiran Kayu" Yang Telah Di Istiharkan Pada 12 Ogos 1999 Iaitu Sebagai Pengiktirafan Ke Atas Pengukir - Pengukir Kayu Yang Tersohor Di Daerah Besut Seperti Che Long Bin Yusof, Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999) Hj Wan Su Bin Othman (Tokoh Seni Negara 1997) Abd.Rahman Long , Wan Mustaffa Wan Su (Tokoh Seni Negeri Terengganu 2003, Adiguru Kraf 2007) Dan Norhaiza Bin Nordin.

Desa Ukiran Kayu Di Bina Di Kawasan Istana Tengku Long Yang Di Bina Oleh Tengku Chik Haji Bin Tengku Hitam , Raja Besut Ke Empat Pada Tahun 1875. Istana Ini Di Bina Dengan Di Hiasi Oleh Ukiran Kayu Yang Menarik Dan Mengagumkan. Sha memang kagum dengan persekitaran di sini kerana Sha kerap juga ke Istana Tengku Long semasa zaman kanak-kanak kerana arwah ayah berkawan baik dengan keturunan istana yang masih ada.

Desa Ukiran Kayu Ini Merupakan Senibina Rumah - Rumah Baru Dan Lama Yang Mengekalkan Senibina Tradisional Untuk Pusat Dinamik Perusahaan Kraftangan Terutamanya Seni Ukiran.Desa Ukiran Kayu Ini Di Bina Pada Awal Tahun 2005 Dan Siap Pada Bulan Jun 2007 Serta Dibuka Dengan Rasminya Pada 21 Februari 2008.


Apa lagi? Jika korang berkunjung ke Besut Terengganu bolehlah korang ke tempat-tempat berikut. Besut sebuah daerah yang terletak di Negeri Terengganu bersempadan dengan Negeri Kelantan jadi dari sini korang juga boleh ke Kelantan  atau mengunjungi Negeri Terengganu sendiri kerana ianya bersebelahan. Baru-baru ini kawan pejabat mahu ke Pulau Perhentian jadi Sha syorkan kepada mereka untuk ke Kelantan dahulu sebelum ke Pulau Perhentian jadi dia bolehlah mengenali kedua-dua negeri.

16 comments:

  1. sume tmpt ni xsempat lg nk pegi.. huhuuu
    walaupon dekat je kot.. aduhai..

    ReplyDelete
  2. kita baru sampai pantai bukit kluang jah..:)

    ReplyDelete
  3. aira hok dekat ni pun tak sampai semua tempat ni lagi haha, teringin sangat lata kolam tu!

    ReplyDelete
  4. Tq atas perkongsian... Dalam 8 tmpt tu.. 3 xsampai lagi..adudududu.. kne try ni..

    ReplyDelete
  5. ok nanti p ganu kita singgah.. tq share

    ReplyDelete
  6. Lama tak ke Ganu..selain ke Kenyir dan Kuala Terengganu, banyak tempat lain nak jengah tapi bila fikir musim cuti..alahai jem tapi mmg kena repeat balik..good sharing Sha

    ReplyDelete
  7. Apa ni semua tempat2 swimming cantik gila2.. Jelesssssss.....nak jugakkkk.

    ReplyDelete
  8. Kampung belah emak pun di Besut juga Sha. Tapi betul lah macam Sha kata, bila kita asal situ, memang tak ter explore tempat2

    ReplyDelete
  9. semua best-best... bila la nak sampai terengganu lagi,,,

    ReplyDelete
  10. Liez g terengganu tahun 2017 memang tak kemana pun.. sbb masa terhad. Nnt dh tahu tempat best ni boleh la jelajah terengganu

    ReplyDelete
  11. lawa2 tempatnya... lama sungguh x g ganu ni...

    ReplyDelete
  12. kak ana suka pi Ganu ni.. cantik sangat pantai dia kan :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Follow Us @shalimarmohdyusof