Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cara Buat Pop Corn Sendiri Di Rumah

Cara Buat Pop Corn Sendiri Di Rumah | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sha nak cerita satu cerita kelakar dekat korang. Sebenarnya Sha tak tahu langsung pasal buat pop corn sendiri. Satu hari Sha ada beli jagung segar, ingatkan nak rebus makan dengan keluarga tapi anak sulung Sha mintak buat pop corn. Sha tanpa cari resepi terus memandai sendiri, perhilah sagat jagung yang ada. Selepas itu Sha pun masukkan minyak dan jagung yang siap disagat ke dalam periuk besar dengan harapan jagung akan meletup-letup. Selepas beberapa minit Sha tak dengar apa-apa letupan pun daripada periuk tadi. Maka Sha pun buka penutup periuk, jadi nampaklah jagung sedang berenang-renang dalam periuk. Abang Zaryth tanya kenapa tak meletup ibu? Sha dah syak Sha dah salah jagung. Suami pun senyap tak komen apa. Oleh kerana salah jagung, Sha ubahlah jadi Sweet Pop Corn. Nasib baik boleh makan lagi.

Cara Buat Pop Corn Sendiri Di Rumah


Kes ini sampai hari ini suami gelakkan Sha. Manalah kita tahu wujudnya jagung kering semua tu, kita biasa makan yang segar. aahahaha.. Nasib baik dapat pujuk Abang Zaryth supaya buat lain kali. Alhamdulillah akhirnya dapat juga buat pop corn homemade untuk makan bersama keluarga sambil menonton televisyen. Berdebar dan teruja jugak nak buat pop corn ini, maklumlah kali pertama. Kali ini kita buat resepi pop corn karamel terlebih dahulu.


Resepi Pop Corn Homemade

Biasa kalau ke mana-mana anak Sha memang suka minta belikan pop corn. Pop corn sahaja yang biasanya Sha izinkan sebagai jajan berbanding jajan lain di pasaran. Setiap kali menonton wayang pasti akan beli satu kotak besar dan kongsi makan empat beranak. Jadi sekarang ini dah lama tak boleh keluar ke mana-mana, semua kena buat sendiri. Mungkin Abang Zaryth dah teringin sangat sehingga minta ibu dia ni buat pop corn sendiri. Jadi sebagai ibu memang tak sampai hatilah nak tolak.

1/2 cawan jagung kering

1/2 cawan minyak masak

1/2 cawan mentega

1 cawan gula putih

1 cubit garam


Cara buat pop corn di rumah


Pertama sekali sediakan bahan-bahan di atas.

Kemudian, gunakan satu periuk sederhana besar, jangan kecil sangat takut nanti tidak cukup ruang untuk pop corn mengembang.

Masukkan jagung kering dengan minyak ke dalam periuk. Pasang api perlahan sahaja. Tutup periuk.

Tak lama kemudian kita akan dengar bunyi letupan pop pop dalam periuk. Tunggu sehingga bunyi hilang dan kacau pop corn.

Apabila semua dah mengembang, keluarkan daripada periuk dan biarkan sejuk.

 

Cara buat karamel pop corn

 

 

 

Kalau dah siap pop corn, mestilah kena ada manis-manis kalau tak nanti nak makan tak sedap. Jadi kita sediakan karamel.

Panaskan kuali yang kering, kemudian masukkan gula. Tunggu sehingga gula cair.

Selepas gula mencair, masukkan mentega (Sha guna buttercup)

Bila gula dan buttercup sebati, masukkan pop corn ke dalam kuali berisi karamel dan gaul sehingga terkena semua pop corn.

Akhir sekali bila dah siap boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara.

 

Alhamdulillah menjadi juga pop corn homemade untuk anak-anak. Akhirnya tertunai juga janji Sha pada anak-anak. Korang pun boleh cuba buat di rumah dan layan bersama suami dan anak-anak semasa menonton tv atau minum petang. Di mana boleh beli jagung kering? Sha beli di tesco sahaja, yang mana ia terletak di bahagian rempah-rempah. Satu paket boleh buat banyak kali, sebabnya Sha guna hanya setengah cawan, memang banyak lebih daripada sekotak pop corn TGV. 

Post a Comment

12 Comments

  1. Hahahha.. asal jagung aje ek.. begitulah kita kan, belajar dari kesilapan

    ReplyDelete
  2. wah boleh la buat ni..anak sukaa popcorn

    ReplyDelete
  3. akak baca pun gelak bab yang sha buat popcorn dengan jagung fresh tu heheheh... takpe-takpe lps ni dah pakar kan

    ReplyDelete
  4. nasib baik blh mkn lg jagung yg xjd popcorn tu.. haha..

    puas ati buat sendiri kan..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nampak shaaa....marsha nak buat juga lah. Buat jajan anak-anak dekat rumah

    ReplyDelete
  6. Sedapnya, saya tak pernah buat lagi pop corn ni. Saya pun ingat guna jagung fresh.. hahaha. Mujur terbaca resepi ni. Tq ya.

    ReplyDelete
  7. ala Sha. aida pernah cuba sekali. tak menjadik la.
    popcorn tu jadik. then bila nak gaul dgn caramel tu, x menjadik.
    sedih btol. semangat beli jagung semuanya.
    in shaa Allah, kalau2 jumpa jagung kering tu, nak try buat sekali lagi.
    kali ni nak lebih hati2.

    ReplyDelete
  8. sedapnya popcorn. dah lama tak makan. boleh makan sambil tengok movie ni

    ReplyDelete
  9. wah! weekend nie boleh movie night dengan family sambil berpopcorn. terima kasih share resipi.

    ReplyDelete
  10. kaella pernah buat dulu ni, kalau meletup-letup tu rasa cam eyy seronoknya nak dengar.

    ReplyDelete
  11. Lama dah tak makan pop corn, Nampak senang nak buat tapi kena mood rajin baru jadi, PKP ni syok juga layan netflix sambil makan pop corn... kene buat juga nih

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi