Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Program Singgah Sahur Bersama Pelajar Maahad Tahfiz

Program Singgah Sahur Bersama Pelajar Maahad Tahfiz | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 2 Mei 2021 (Ahad) yang lepas telah diadakan satu program yang dinamakan Program Baiti Jannati Bersama Klien Pengawasan & Pelajar Maahad Tahfiz. Ini adalah program pertama kali diadakan dan disertai oleh Sha. Sha agak teruja untuk menyertai program sebegini kerana ianya adalah satu pengalaman baru iaitu dapat singgah sahur bersama anak-anak tahfiz.


Program Pemulihan & Program Pencegahan

Program sebegini amat baik diadakan sama ada dari segi pemulihan dan juga pencegahan dadah dikalangan pelajar dan masyarakat. Tambah pula ianya mendapat sokongan dan penyertaan daripada wakil rakyat tempatan yang sudi hadir memeriahkan program.


Perjalanan Program

Program Baiti Jannati ini telah bermula pada jam 11.00 malam, yang mana kami yang terlibat berkumpul di pejabat terlebih dahulu untuk sesi taklimat. Alhamdulillah selepas taklimat, ada sedikit ucapan daripada ADUN dan ikon antidadah daerah Perak Tengah. Selepas mengatur pergerakan dan penyusunan kenderaan kami terus bergerak ke lokasi utama.

Untuk program ini kami telah memilih lima orang klien sebagai penerima sumbangan untuk keperluan dapur dan makanan untuk bersahur sekeluarga. Klien pertama tidak jauh daripada pejabat, seterusnya dua orang klien di kawasan Bota. Selepas itu kami ke rumah dua orang lagi klien yang terletak di kawasan Parit. Perjalanan yang agak menyeronokan dan menginsafkan.

Dalam kita berkira-kira nak makan apa disebabkan terlalu banyak pilihan. Ramai diluar sana yang masih berkira-kira sama ada terdapat rezeki untuk makan setiap hari. Rumah kedua yang kami singgah adalah rumah yang paling menyentuh hati. Dapat lihat bertapa bersyukurnya mereka mendapat sedikit bantuan. Semoga sedikit bantuan ini dapat menggembirakan dan meringankan apa yang patut.



Bersahur Bersama Anak-Anak Maahad Tahfiz

Hampir jam 4.00 pagi kami menuju ke Maahad Tahfiz Al-Quran Addin 2 yang terletak di Parit, Perak. Sebelum bersahur kami disambut oleh Pengetua Maahad Tahfiz yang mana anak-anak telah bersedia di surau. Di dalam perhimpunan itu anak-anak telah mendengar sedikit amanat daripada Ketua Pegawai AADK dan Yang Berhormat.


Tentang Maahad Tahfiz Al-Quran Addin 2 Parit, Perak.

Maahad Tahfiz Al-Quran Addin 2 ini mempunyai 80 orang pelajar yang berumur daripada 11 tahun hingga 18 tahun. 35 orang daripadanya adalah daripada golongan asnaf terutamanya yang berumur dibawah 12 tahun. Kami dimaklumkan terdapat 2 orang pelajar akan diiktiraf tak lama lagi kerana telah berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran.

Di maahad ini anak-anak akan memulakan pembelajaran seawal jam 4.00 pagi hingga 10.00 malam. Di dalam tempoh itu, jadual telah disediakan waktu belajar dan berehat. Menurut pengetua, maahad ini telah menjadi pembekal imam untuk solat terawih sekitar Parit. Tetapi akibat pandemik covid-19 dan kekangan pengangkutan mereka tidak dapat menyediakan imam terawih seperti biasa.


Pengalaman Manis

bagi Sha ini adalah pengalaman manis kerana ianya tidak selalu didapati. Program berbuka puasa mungkin program biasa diadakan tetapi program bersahur agak jarang ada peluang. Alhamdulillah bersyukur sangat Sha dapat menyertai pasukan pada awal pagi itu. Waktu pagi yang tenang, baru sahaja selepas hujan kami berkonvoi 4 buah kerana menuju dari satu rumah ke rumah lain. Sebelum bersahur kami berselawat beramai-ramai dikepalai oleh anak tahfiz.


Walaupun pada paginya sudah cerah, agak mengantuk kerana tidak tidur seharian tetapi kami kekal aktif sepanjang perjalanan. Dapat pula team yang ceria dan semuanya memberi kerjasama yang baik memang membuatkan kami bersemangat walaupun biasanya waktu itu enak dibuai mimpi indah.

Daripada segi pemulihan dadah, program sebegini dapat memberi sokongan kepada klien pengawasan yang sedang berusaha untuk pulih daripada penagihan dadah. Walaupun ianya sesuatu yang sukar dilaksanakan, mereka memerlukan sokongan daripada pihak luar untuk teruskan kehidupan dan semangat untuk cuba hidup seperti orang lain.

Program sebegini guna adalah untuk pecegahan dadah untuk anak bangsa yang bakal menghadapi dunia luar tidak lama lagi iaitu selepas pengajian mereka. Hal ini kerana dadah tidak mengenal siapa. Ujian Allah SWT, tindakan kita yang salah memilih rakan dan hala tuju hidup akan memberi risiko kepada sesiapa sahaja. Nauzubillah....

Post a Comment

3 Comments

  1. Moga anak-anak ini selalu dipelihara oleh Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya program mcm ni.. moga moga satu hari nanti dpt join :)

      Delete
  2. alhamdulillah, menarik juga program ini... bersahur bersama

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi