
Sambutan kebudayaan ikonik negara, Citrawarna 2026, bakal kembali memeriahkan Dataran Merdeka pada 24 hingga 26 Julai 2026, menghimpunkan persembahan budaya dari seluruh negara dalam satu pertunjukan penuh warna-warni yang menampilkan kepelbagaian tradisi, seni dan warisan Malaysia.
Berlangsung sempena kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026), edisi kali ini membawa tema “Ritma Warisan, Nadi Nusa dan Bangsa”, sekali gus mengangkat Kuala Lumpur sebagai pentas utama meraikan identiti dan kepelbagaian budaya Malaysia.
Pengunjung
bakal disajikan dengan empat segmen utama iaitu Citra Perarakan (Colours of
Parade), Citra Rasa (Colours of Flavour), Citra Budaya (Colours
of Culture) dan Citra Seni (Colours of Art), yang menawarkan
pengalaman menyeluruh melalui persembahan kebudayaan, hidangan tradisi, pameran
seni serta pelbagai aktiviti budaya interaktif.
CITRAWARNA 2026 KEMBALI MENYEMARAKKAN WARNA-WARNI WARISAN MALAYSIA
Sejak
diperkenalkan pada tahun 1999, Citrawarna atau Colours of Malaysia telah
menjadi platform penting dalam mempromosikan seni, budaya, warisan serta
keindahan alam semula jadi Malaysia kepada dunia.
Penganjuran Citrawarna 2026 oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Yes Travel & Holidays Sdn. Bhd. serta sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Warisan Kuala Lumpur mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya bertaraf dunia. Inisiatif ini turut menyokong pertumbuhan pelancongan inklusif, memperkasa komuniti tempatan, meningkatkan daya tahan industri serta memacu pembangunan ekonomi yang mampan.
Citrawarna kekal sebagai salah satu produk pelancongan budaya utama Malaysia yang memainkan peranan penting dalam memupuk penghargaan lebih mendalam terhadap kepelbagaian identiti budaya negara, di samping mengeratkan perpaduan masyarakat dari seluruh pelosok tanah air.
Sepanjang
tiga hari penganjuran, sambutan ini akan digerakkan menerusi empat komponen
utama yang menjadi nadi kepada Citrawarna 2026 seperti berikut:
·
Citra
Perarakan (Colours of Parade) menampilkan perarakan budaya
yang menakjubkan melalui gabungan muzik, tarian dan penceritaan oleh kontinjen
dari seluruh Malaysia.
·
Citra Rasa (Colours of Flavour) meraikan warisan
kulinari Malaysia yang kaya dengan hidangan tradisional serta pengalaman
gastronomi asli.
·
Citra Budaya (Colours of
Culture) akan mempamerkan
persembahan tradisional, aktiviti bersifat kemasyarakatan dan ekspresi budaya
yang mencerminkan kepelbagaian rakyat
·
Citra Seni (Colours of Art) akan mempamerkan kraf tangan tempatan dan demonstrasi seni secara
langsung oleh penggiat industri kreatif tempatan.
Acara
kemuncak Citrawarna 2026 ialah Citra Perarakan yang dijadualkan berlangsung
pada 25 Julai 2026, menghimpunkan penghibur dari seluruh negara dalam satu
persembahan besar yang menonjolkan elemen perpaduan, kreativiti dan identiti
kebangsaan. Persembahan ini bakal mengubah Dataran Merdeka menjadi pentas penuh
warna-warni yang meraikan kekayaan warisan budaya Malaysia melalui muzik,
tarian dan penceritaan yang mempesonakan.
Selain
memperkukuh warisan budaya negara, Citrawarna 2026 juga dijangka memberi impak
ekonomi yang positif melalui peningkatan kehadiran pelawat domestik dan
antarabangsa. Kehadiran ini mampu membuka peluang ekonomi yang lebih luas
kepada pengusaha hotel, pengendali pelancongan serta peniaga tempatan, sekali
gus merangsang aktiviti ekonomi setempat.
Bersempena
penganjuran ini, Tourism Malaysia mengalu-alukan penyertaan hotel dan
penginapan untuk menawarkan kadar bilik istimewa, pakej promosi serta tawaran
menarik kepada pengunjung sepanjang acara berlangsung. Inisiatif ini bukan
sahaja dapat memperkayakan pengalaman pelawat, malah berpotensi menggalakkan
tempoh penginapan yang lebih lama serta meningkatkan limpahan ekonomi
pelancongan di Kuala Lumpur. Pihak hotel dan rakan industri pelancongan yang
berminat, boleh hubungi Cik Sinoretha Sining melalu e-mel sinoretha@tourism.gov.my atau
melalui talian telefon +603-8891 8747.
Orang
ramai dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan sambutan penuh warna-warni
ini dan menjadi sebahagian daripada perayaan budaya, kreativiti dan perpaduan
yang menjadi kebanggaan Malaysia. Maklumat lanjut mengenai pengisian program
dan sorotan acara akan diumumkan dari semasa ke semasa.

0 Comments
Terima Kasih Daun Keladi