Hot Posts

6/recent/ticker-posts

26 Lokasi Buffet Ramadan Sekitar Ipoh, Perak Tahun 2021

Lokasi & Info Buffet Ramahan Sekitar Ipoh, Perak 2021 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Petang ini kawan-kawan opis dah bertanya nak berbuka puasa ramai-ramai kat mana nanti? Wahhh laju betul diaorang ni, semangat nak berbuka bersama kat luar ya. Sekali-sekala tak apa lah kan? Memandangkan majoriti tinggal di kawasan Ipoh, jadi kita carilah lokasi berbuka puasa di Ipoh. Jom kita intai kat mana ada menyediakan buffer Ramadhan tahun 2021 ini.

Senarai Lokasi Buffet Ramadan Sekitar Ipoh Perak

Jangan risau Sha dah sediakan 26 senarai buffet Ramadan Tahun 2021 di sekitar Ipoh, Perak. Jadi korang boleh pilih mana satu yang berkenan di hati dan mengikut bajet korang. Mungkin lepas gaji nanti dah boleh on perancangan korang nak berbuka puasa bersama mak ayah ke, rakan sepejabat, geng ngaji ke, adik-beradik ke.


1. The Haven Resort Hotel (RM104.50/dewasa - RM82.50/warga emas & kanak-kanak )

Sha dah cuba, review Buffet Ramadan Bufet Ramadan The Haven Ipoh Tahun 2021- Tema Nostalgia Balik Kampung

2. Tiffin Restaurant @ WEIL Hotel (RM58/dewasa - RM38/kanak-kanak)


3. Travelodge Hotel  (RM60/dewasa - RM42/kanak-kanak)


4. Hotel Seri Malaysia (RM48/dewasa - RM38/warga emas -  RM28/kanak-kanak)


5. Hotel Casuarina, Meru (RM69/dewasa - RM54/warga emas -  RM34/kanak-kanak)


6. Symphony Suites Hotel (RM55/dewasa -  RM35/warga emas & kanak-kanak - RM50/tempahan lebih 10orang)


7.  Hotel Kinta Riverfront (Bermula 42.50/pax mengikut pilihan)














8. New Yorker Cafe @ Manhattan Hotel Ipoh (RM58/2 pax)

9. The Dome, Meru Valley Resort (RM108/member - RM128/guest) untuk 4 orang



10. Restoran Laman Manjoi


Set 4 orang - 5 lauk RM80

Set 6 orang - 6 lauk RM140

Set 8 orang - 7 lauk RM180

Set 10 orang - 8 lauk RM220

Percuma :Kurma,Kuih,Buah,Kordial & Nasi

Shellout & Steamboat terhad 6 dapur sahaja RM18/orang


11. Restoran Sajian Sazlee (RM33/dewasa - RM16/kanak-kanak)


12. Azno Catering @ Ayu Castle, Taman Chateau (RM25/dewasa - RM15/kanak-kanak - RM20/warga emas)


13. Cafe Warisan Bonda @ Artworks Hotel (RM39.90/dewasa - RM19.90/kanak-kanak & warga emas)


14. MÚ Hotel (RM60/dewasa - RM30/kanak-kanak)


15. D’Polo Cafe Lan Catering (RM25/dewasa - RM15/kanak-kanak - PERCUMA 7tahun ke bawah)


16. MIKER Food Buffet (RM35/dewasa - RM25/kanak-kanak & warga emas)


17. Rezeki 411 @ Meru (RM22.50/dewasa)


18. Restoran kak sue @Meru (RM19.90/dewasa - RM15/warga emas - RM10/kanak-kanak)


19. Marcass Cafe - Lebih 20 juadah (RM9.90/pax) Tempahan Awal - 012 515 3429


20. Zul Yahya Steamboat BBQ (RM35/Dewasa - RM15/Kanak-kanak - RM27/Warga Emas - RM33/Group 20pax )


21. Cottage75Cafe (RM35/dewasa - RM25/warga emas - RM18/kanak-kanak )

Booking Sekarang - 011 26358305


22. Hotel Tower Regency (RM55/dewasa - RM40/kanak-kanak & warga emas )


23. Dinner Project Meru (RM28/dewasa - RM20/kanak-kanak)


24. Kafe Santai-Santai Taman Botani (RM20/dewasa - RM18/kanak-kanak - RM18/warga emas)


25. Gopeng Gampling Park (RM25/dewasa - RM15/kanak-kanak)


26. Hotel Impiana Ipoh (Early bird 15th-18th April RM58/person | RM78/dewasa - RM58/warga emas & kanak-kanak)

Pilihan Buffet Ramadan Di Ipoh Perak

Sha tak sangka banyak juga pilihan buffet Ramadan sekitar Ipoh berbanding yang Sha senaraikan tahun lepas. Walaubagaimanapun, bila berbuka di restoran atau mana-mana tempat makan pastikan korang semua menjaga SOP. Patuhi SOP yang ditetapkan di setiap tempat makan di Ipoh ini untuk menjaga diri sendiri, keluarga dan orang lain.

Bagi menghormati bulan mulia bulan Ramadan ini sebaiknya jangan membazir. Ambil makanan yang berpada-pada. Sha ingin mengucapkan selamat berpuasa, selamat bersahur dan selamat berbuka buat semua pembaca.

Post a Comment

5 Comments

  1. Alhamdulillahhhhhh nasib baik la boleh juga kan adakan buffet

    ReplyDelete
  2. Semogfa tahun depan masih ada lagi list yg berguna ini. 😁👍

    ReplyDelete
  3. Wah...memang tengah mencari list buffet berbuka puasa ni. Salam perkenalan & t. Kasih jugak atas perkongsian😁

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi