Hot Posts

6/recent/ticker-posts

10 Resepi Daging Masak Berkuah Yang Menarik Untuk Dicuba


10 Resepi Daging Masak Berkuah Yang Menarik Untuk Dicuba | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang sedang mencari resepi masakan daging? Ada daging dalam peti ais tapi tak tahu nak masak apa? Korang jangan risau, hari ini Sha nak kongsikan beberapa resepi berasaskan daging. Kalau korang nak tahu, daging adalah makanan utama kegemaran Sha. Tetapi sekarang tak sekerap dahulu Sha mengambil lauk-pauk menggunakan daging ini atas faktor kesihatan. Bukan apa, kalau Sha dah mula makan daging memang seminggu berturut-turut Sha akan makan daging. Jadi untuk kali ini Sha nak kongsi resepi daging berkuah. Maklumlah kalau nak masak, kenalah fikir juga matching-matching lauk pauk supaya kena dengan selera. Kalau dah yang lain berkuah takkan nak masak daging berkuah juga kan?
 

 

Resepi Daging Yang Paling Menarik Untuk Dicuba

 
 
-------------------------   1   ------------------------
 
Resepi Sup Daging Siam
 
1 kilo daging bercampur tulang lembu
6 biji kentang
3 biji buah tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
1 batang saderi
Garam secukup rasa
Air secukupnya
 
Air perlu banyak untuk merebus tulang dan daging sehingga empuk.
 
3 sudu besar rempah sup
2 biji bawnag merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai dititik
5 biji cili api (Jika suka pedas)

Cara Memasak Sup Daging Siam

Semua bawang, halia, lengkuas dikupas kulit dan di mayang halus. Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat. Tomato juga dipotong empat.

Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup. Kacau semua bahan ini hingga wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk. Masukkan serai, cili api dan semua tulang/daging, biarkan hingga mendidih.

Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah lagi jus limau nipis.

Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekala sehingga daging masak serta menjadi empuk. Kemudian masukkan semua ubi kentang. Biarkan ubi kentang empuk dan barulah dimasukkan buah tomato, bila buah tomato nampak layu bolehlah ditutup api dapur dan tabur daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

-------------------------   2   ------------------------
 
Resepi Paprik Daging
 
Bahan-Bahan:

1/2 kilo daging potong dan rebus sampai empuk. Simpan air rebusan
2 senduk besar cili blend. Kurangkan kalau tak suka pedas
1 senduk besar cili sos
1 senduk besar sos tiram
3 ulas bawang putih di ketuk
Sebiji bawang besar di potong dadu
Sebiji bawang besar untuk hiasan
Sayur ikut citarasa sendiri
Daun limau purut
Tomato dibelah 6
Cili api dan cili merah untuk hiasan
Garam gula dan perasa secukupnya

Cara-cara memasak daging paprik

Tumis bawang hingga naik baunya
Masukkan cili blend dan di tumis seketika
Masukkan cili sos dan sos tiram
Masukkan daging dan air rebusan
Masukkan sayur dan bahan-bahan yg lain
Perasakan secukup rasa
Kalau pekat tambah sedikit air.
 
-------------------------   3   ------------------------
 
Resepi Daging Masak Palembang
 
Bahan-bahan :
 
700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang
1 sudu besar sos tiram
minyak
 
Bahan (dikisar):  
 
1 biji bawang besar  
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
Lengkuas 3 cm
15 biji cili kering
 
Rempah Penumis :
 
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
 
Cara-cara Menyediakan:
 
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
 
Masukkan daging dan gaul sebati. 
 
Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.  
 
Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. 
 
Biarkan masak hingga daging mula empuk.  
 
Kacau sekali sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Sesuaikan rasa. Hidangkan.
 
-------------------------   4  ------------------------
  
Resepi Daging Briyani
 
Bahan-Bahan:
 
1 kg daging lembu, dipotong
3 ulas bawang besar, dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puri
3 biji tomato, dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu atau susu cair
 
Bahan untuk dikisar:
 
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah
 
Bahan untuk ditumis:
 
5 kuntum bunga cengkih
4 buah buah pelaga
1 batang kayu manis
 
Cara Penyediaan:
 
Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.
Panaskan minyak, bahan tambahan untuk ditumis dan masak hingga naik bau. 
Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan daging, tomato puri, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. 
Kacau seketika hingga sebati.
Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. 
Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.  

-------------------------   5  ------------------------
 
Resepi Daging Masak Kuzi
 
Bahan-bahan:
 
1 kg daging di potong 20
4 sudu makan minyak ghee
2 sudu makan susu pekat
½ sudu teh garam
1 Kulit kayu manis
2 buah pelaga
2 bunga lawang
2 bunga cengkih
750 ml udara
 
Bahan (dikisar):
 
15 ulas bawang putih
2 inci halia - dikisar
½ biji bawang merah | di buat bawang goreng
4 sudu makan rempah kuzi
½ tin susu cair
3 sudu makan sos tomato
100 gm biji badam | buang kulit
100 gm kismis
100 gm badam serbuk
 
Cara-cara Menyediakan:
 
Panaskan minyak ghee di dalam kuali.
Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
Masukkan daging dan udara, makan daging masak sehingga empuk.
Sekiranya air kering tambahkan air lagi sehingga empuk.
Kemudian masukkan serbuk rempah kuzi dan sedikit air.
Apabila naik minyak masukkan bawang goreng yang di kisar, biji badam, kismis, sos tomato, susu cair, susu pekat dan garam. 
Gaul sebati sehingga pekat.
Waktu kuah sudah pekat tambahan pula serbuk badam yang digaul rata. Angkat dan sedia dihidangkan
 
-------------------------   6   ------------------------
 
Resepi Daging Masak Merah
 
Bahan-bahan:

1 kg daging
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
Segenggam cili padi
1 batang carot
10 tangkai cili kering di blend dengan 3 bji bawang merah dan 3 biji ulas bawang putih
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
Kicap secukupnya

Cara:

1kg daging dihiris nipis, direbus dengan pewarna merah
Daging yang dah direbus, digoreng pula
Tumis bahan bahan di atas
Kemudian masukkan bahan bahan rencah
Tabur daun sup sebagai hiasan dan siap untuk di makan.
 
-------------------------   7   ------------------------
 
 
Resepi Daging Masak Kurma
 
BAHAN-BAHAN:

500 gm daging | dihiris nipis
50 gm serbuk kurma
2 biji cili hijau | dibelah dua
2 kuntum bunga lawang
2 cawan santan
2 ulas bawang kecil | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 ulas bawang besar | dihiris
1 batang kulit kayu manis
Sedikit air
Minyak masak
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Rebus daging hingga lembut dan ketepikan.
2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.
3. Kemudian masukkan serbuk kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi.
5. Gaul rata sebelum dimasukkan santan, cili hijau dan perasakan dengan garam.
6. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat.
7. Sedia untuk dihidang.
 
-------------------------   8   ------------------------
 
Resepi Daging Masak Kandar
 
Bahan-bahan :

1 kilo daging
20 ulas bawang kecil (dihiris)

Bahan yang perlu dibasuh dan direndam sampai kembang :

1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
15 tangkai cili kering (direbus)
2 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 inci halia (kesemua ini dikisar bersama bahan yg direndam diatas)

***bahan-bahan yang direndam, airnya itu kisarkan sekali. Jangan buang airnya.

1 cawan sos tomato
1 cawan kicap pekat
2 sudu besar kerisik
4-5 tangkai daun kari
Sedikit gula, garam, kiub ayam/ daging

Cara-cara :

1) Tumis bawang dan daun kari hingga kekuningan

2) Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan daging. Kecilkan api biarkan sehingga air daging hampir kering dan ketika daging hampir lembut masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.

3) Kalau suka boleh ditambah bawang besar yang dipotong bulat. Kemudian masukkan diakhir sekali.
 
-------------------------   9   ------------------------
 
 
Resepi Daging Salai Masak lemak Cili Api
 
Bahan-Bahan:

Bahan-bahan utama :
1 kg daging salai
15 biji belimbing buluh
4 batang serai dititik
Semangkuk santan segar
3 keping asam gelugor
Bahan-bahan kisar :
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
1 inci belacan
1 inci halia
2 inci kunyit hidup

Cara-cara :

Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip
Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut
 
-------------------------   10   ------------------------
 
Resepi Daging Masak Kari
 
BAHAN-BAHANNYA :

600 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
4 biji kentang saiz sederhana, kupas belah 4 setiap 1 dan rendam
1 biji tomato, belah 6
1 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
1 camca besar cili kisar
2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
1 liter santan cair
300 ml santan pekat
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai dan kari, dilurut

BAHAN KISAR HALUS :

7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
2 keping hirisan nipis lengkuas

CARA MEMBUATNYA :

Bancuh rempah kari bersama bahan2 kisar halus hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak, guna api sederhana dan dikacau selalu.
Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging kecut. Masukkan kentang, gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih dan masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor dan santan pekat. Kacau rata.

Tambah garam secukup rasa dan juga gula melaka, masak sekejap. Tambah tomato, kacau rasa dan jika ok, matikan api. Biar tomato masak dalam kuah kari tadi. Hidangkan
 
-------------------------   CLOSED   ------------------------
 
Semua resepi masakan daging di atas adalah jenis yang mempunyai kuah atau basah. Jadi sesuailah kalau nak masak lauk-pauk daging untuk di padankan dengan lauk kering lain yang bersesuaian. Jujur cakap daging adalah lauk yang digemari oleh Sha dan arwah ayah. Bila masak daging, pasti teringat saat-saat arwah ayah ada.

Lepas ini korang tak perlu pening-pening lagi. Ada daging tapi tak tahu nak masak apa? Kalau tak cukup 10 resepi masak daging yang Sha kongsikan ini, korang boleh tengok sini pulak -----> https://www.shalimaryusof.com/2018/04/5-resepi-masakan-daging.html . Kat sini pun Sha ada kongsi lauk paling Sha suka iaitu Gulai Daging Daun Kaduk.

Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi