Asal-Usul Kain Kayangan - Kain Norwex
Perkongsian Sha kali ini adalah hasil daripada penggunaan Sha sendiri dengan kain norwex ini lebih kurang sebulan. Bukan setakat Sha gunakan di rumah, tetapi Sha juga menggunakan kain ini di pejabat. Di pejabat Sha tak ada cleaner jadi terpaksalah membersih pejabat sendiri terutamanya workstation sendiri, so senang cerita kerja jadi lagi mudah with minimal effort.
Apa yang buat Sha suka tentang kain Norwex sebab feature BacLockApa maksud BacLock untuk kain Norwex?
BackLock adalah kemampuan untuk membersih dengan sendiri dalam tempoh 24 jam apabila basah. Kain BacLock norwex mempunyai agen antibakteria mikro perak BacLock yang tertanam dalam fabrik untuk menjalankan pembersih kendiri. Hasilnya mengurangkan bau, kulapuk, fungus & bakteria. Dan membuatkan kain lap Norwex boleh digunakan berulang kali tanpa perlu kerap dicuci dengan membilas bersih dan sidai.
Jenis-jenis kain Norwex dan Fungsinya
Untuk pengetahuan korang, kain norwex mempunyai pelbagai jenis dan funsi. Kali ini Sha nak kenalkan korang dengan jenis-jenis kain Norwex yang basic. Norwex boleh didapati dengan pelbagai produk tapi kali ini Sha nak kenalkan jenis kain yang Sha guna.
Sesuai Untuk: Semua jenis permukaan & kegunaan
Kelebihan:
- Mampu mengutip antara partikal paling halus
- Gunakan secara kering / basah untuk membersihkan mana-mana permukaan
- Gunakan air sahaja untuk basahkan kain (tidak perlu bahan pencuci)
Di antara kain-kain norwex yang ada, Enviro-cloth ni adalah kain Norwex paling best sebab kain ni multipurpose. Semua jenis permukaan sesuai untuk guna kain ni. Nak lap habuk, air tumpah, kesan kotoran semua boleh. Guna basah atau kering bergantung pada jenis permukaan yang korang nak guna. Macam gambar yang Sha tunjuk, Sha lap kesan kuning pada pintu kayu dengan Enviro yang basah. Macam yang korang nampak, Sha sental beberapa saat je tanpa perlu tonyoh kuat sangat. Pintu kayu opis Sha yang kuning berubah menjadi putih kembali
Sebelum |
- Mampu mendapatkan kilauan permukaan tanpa sebarang garis dengan mudah
- Gunakan secara kering / basah untuk membersihkan mana-mana permukaan
- Gunakan air sahaja untuk basahkan kain (tidak perlu bahan pencuci)
Kain Window Cloth boleh didapati dalam beberapa warna iaitu Ungu dan Ungu Plum
Window cloth Norwex bukan untuk tingkap sahaja tapi apa-apa
jenis permukaan yang licin sesuai untuk guna. Sha banyak gunakan Window Cloth dalam pejabat sebab=kain ni senang sangat
nak lap cermin dan permukaan yang berkilau. Paling kerap lap dengan kain ini adalah monitor komputer, tak perlu basahkan pun. Kalau kat rumah anak-anak suka tolong lap cermin pintu sliding, tak perlu banyak kali kerja. Tak perlu angkut air yang banyak, cuma basahkan dan lap sahaja.
- Sesuai digunakan sebagai kain lap muka selepas mencuci muka
- Feature BacLock dapat membunuh kuman dan membantu kulit daripada naik jerawat
- Microfiber
lembut tidak merosakkan kulit
Kain Body & Face Cloth ini memang sentiasa ada dalam beg tangan Sha. Sha memang jenis selalu tak ada tisu dalam beg, jadi dengan adanya kain ini memang selesaikan masalah Sha. Maklumlah kadang-kadang kerja tempat panas, berpeluh dan kulit muka jadi berminyak. Bila ada kain norwex ni senang nak lap dan cuci muka.
2 Comments
bagus kain ni sbb takyah nk pakai pencuci lain lagi kan.guna air jer terus jd
ReplyDeletehahahahaahah! tak mampu nak beli lagi
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi