Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bagaimana Bina Bisnes Berjaya Walaupun Dalam Pandemik Covid-19 Bersama Richworks

Bagaimana Bina Bisnes Berjaya Walaupun Dalam Pandemik Covid-19 Bersama Richworks | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semasa isu pandemik covid-19 menyerang negara kita Malaysia, ramai usahawan terasa terkesan akibat tidak dapat menjalankan bisnes seperti biasa. Keadaan inilah yang memaksa usahawan berusaha lebih untuk memastikan perniagaan dapat terus dijalankan. tetapi cukupkah dengan hanya berusaha tanpa strategi yang betul? Untuk terus bermotivasi dalam meneruskan bisnes dan tidak terus rasa putus asa kita perlukan mentor untuk membimbing terus ke arah kejayaan dalam situasi apa pun. Hal ini telah dibuktikan oleh ramai usahawan yang terus mencapai target dalam perniagaan mereka.

Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Ubah Hidup




Korang tahu tak, ramai yang berjaya diluar sana dengan jenamanya disebut dibibir rakyat Malaysia mempunyai mentor sendiri? Pernah dengar pakaian wanita tanpa gosok Sabella? Pembekal kek seluruh negara Mamasab? Pakaian Hasnuri? dan banyak lagi jenama gah tempatan lain juga adalah peserta dalam program kendalian Richworks. Mereka tidak bergerak sendirian dan tidak putus mengggali ilmu dalam berniaga.

Akibat pandemik covid-19 juga menyebabkan Program Usahawan perlu dijalankan secara atas talian. Walaubagaimanapun dari pengalaman Sha sendiri sebelum ini, program ini berjalan lancar hanya tinggal diri sendiri yang perlu memberi komitmen. Jadi korang lepaskan peluang untuk mencari kelas bisnes online percuma 2021 ini. 


1 hari lagi, Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup



Masa berlalu dengan pantas, pejam celik saja sudah setahun lebih kita menjalani kehidupan norma baharu selepas Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu.

Pelbagai impak dirasai rakyat Malaysia dengan ratusan ribu telah diberhentikan kerja seterusnya hilang punca pendapatan, ada juga dipotong elaun atau gaji, diarahkan untuk bercuti dan pelbagai situasi lain.

Kesusahan dihadapi sebahagian daripada rakyat ini memang benar contohnya kes yang tular di mana seorang suri rumah ditahan selepas gagal membayar barang makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya pada 20 Januari lalu. 

Ini hanyalah salah satu daripada kes yang di ketengahkan dan pastinya ada lagi yang berdepan dengan tekanan hidup ekoran pandemik ini.

Mereka ini juga berkemungkinan berdepan dengan masalah lain terutama soal kesihatan mental yang boleh menjadikan kemurungan atau kegelisahan jika tidak dapat diuruskan dengan baik.

Bahkan, satu kajian diterbitkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati golongan berpendapatan rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental dan penyakit kronik yang lebih tinggi berbanding yang lain.

Trend serupa juga didapati dalam data kesihatan mental dalam kajian Ketidaksamaan Sosial dan Kesihatan Malaysia. Golongan berpendapatan paling rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental tertinggi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. 
 
Isu kesihatan mental ini sebenarnya sangat penting yang mana ia memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara. Jika dilihat pada 2018, isu kesihatan mental di tempat kerja dianggarkan menelan belanja RM14.46 bilion. 
 
Malah dilaporkan dalam akhbar Kosmo! baru-baru ini, dianggarkan lebih 237,500 bisnes usahawan PKS 'lingkup' atau terpaksa gulung tikar semenjak pandemik Covid-19 melanda negara bermula Mac 2020 tahun lalu.
 
 

RichWorks Mempelawa Menyertai Program Bina Bisnes Berjaya Secara Percuma

 
Sehubungan itu, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mahu membantu orang ramai di seluruh negara terutamanya mereka terkesan dengan pandemik ini untuk bangkit kembali dan melakukan perubahan yang lebih baik dalam situasi mencabar yang mereka hadapi pada waktu ini.
 
RichWorks percaya menerusi program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 26 - 28 Mac 2021 yang ditaja sepenuhnya ini, tanpa sebarang pembayaran dapat membantu ramai orang terutama bangsa usahawan yang terjejas di luar sana. 


Buat pengetahuan anda, program Nak Ubah Hidup merupakan penambahbaikan daripada program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) adalah program berbayar sekitar RM900 dan ke atas. Program ini telah membantu lebih puluhan ribu orang terutama bangsa usahawan sejak dimulakan pada 2008 lagi.

Ramai orang khususnya bangsa usahawan berjaya menyaksikan perubahan hidup dan bisnes mereka menjadi lebih baik lagi. Ada yang dulu hidup dalam kesusahan, mula bisnes dari rumah, ada jualan yang beberapa ratus sahaja sebulan, tapi kini berjaya saksikan perubahan hidup dengan bisnes semakin berkembang hingga mencatatkan jualan ratusan ribu sampai jutaan ringgit. 
 
Kebanyakan mereka bermula dengan program ini contohnya pengasas jenama Sabella, Faith Fleur, Mamasab dan banyak lagi yang mana menyaksikan perubahan hidup sampai ke tahap usahawan jutawan.

RichWorks sekali lagi menjemput orang ramai terutamanya mereka terkesan dengan pandemik, baru merancang nak berniaga atau sudah pun berniaga, tidak kira di tepi jalan, jualan bonet kereta, bisnes online mahupun sudah ada kedai dan serius nak saksikan perubahan hidup berdasarkan ilmu & pengalaman serta langkah-langkah yang terbukti ada 'proven results' untuk hadir ke program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.


Tinggal 1 Hari Lagi


Tak kiralah korang sedang buat bisnes sampingan, bisnes kecil-kecilan, sudah ada kedai atau pun tidak dan juga sedang merancang untuk memulakan bisnes. Di sini Sha nak ajak korang untuk menyertai Program Bina Bisnes Berjaya bersama Richworks. Serius ianya banyak buka mata Sha dan juga telah menunjuk jalan bagi yang betul-betul nak mengubah hidup dan tidak terus terasa down.

Macam Mana Nak Join Program Bina Bisnes Berjaya Tanpa Modal ?


Korang jangan risau, korang boleh mulakan dengan menyertai program marketing percuma yang akan dikongsikan dalam program ini hanya secara online. Layari ke laman web www.BinaBisnesBerjaya.com/shalimaryusof untuk mendaftar sekarang. Jangan lepaskan peluang untuk anda ubah hidup ketika pandemik ini.

Post a Comment

2 Comments

Terima Kasih Daun Keladi