Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Gabungan 4 Produk Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Untuk Mendapatkan Kulit Yang Cantik Dan Sihat

Gabungan 4 Produk Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Untuk Mendapatkan Kulit Yang Cantik Dan Sihat | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Awal tahun yang lepas Sha terdengar ura-ura Cosmoderm akan mengeluarkan rangkaian produk baru mereka. Sha agak teruja nak tahu sebabnya produk Cosmoderm memang dikenali dengan kebaikannya dalam produk penjagaan kulit wajah. Akhirnya pada hari rabu 27 Januari 2021 satu majlis pelancaran secara virtual telah diadakan untuk memperkenalkan produk baru mereka. Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced diberi nama, hadir dengan warna yang cukup sinonim dengan wanita iaitu warna merah jambu. Serius kali pertama agak terkejut kerana produk ini adalah gabungan antara prebiotik dan kalamin. Sha yakin bila sebut kalamin pastinya kita sudah terbiasa dengan penggunaanya bila terkena chicken pox atau penyakit kulit lain. Betul tak? Tapi tak apa, kejap lagi Sha cerita apa kelebihan bahan-bahan ini dalam produk Cosmoderm ni ya.



Seperti biasa untuk penjagaan kulit baik pastinya kita memerlukan set yang betul. Walaupun jarang keluar rumah sejak PKP ni, kita tetap perlu menjaga kebersihan kulit bagi memastikan kulit kita sentiasa sihat. Maklumlah di rumah pun kita berpeluh dengan aktiviti rutin harian. Itu belum cerita lagi jenis kulit berminyak macam Sha. Tambah pulak dengan perubahan hormon badan tak semena-mena bulan ni, jerawat tumbuh tanpa segan silu macam nak menangis je.. Munculnya produk penjagaan kulit Cosmoderm memang tepat pada waktunya. Sebelum dapatkan produk ini periksa dulu kandungannya tau!

Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced


Selain kita sebagai manusia memerlukan makanan, jangan lupa kulit kita juga memerlukan makanan untuk terus hidup dan sihat. Kalau tak percaya cuba buat tak peduli kat kulit kita, jangan bersihkan. Korang boleh tengok nanti kulit mati dan muka kita jadi kusam! Korang nak ke? Huhuhu... Sha tak nak. Jadi Sha memilih untuk mengamalkan set Cosmoderm Skin Lab yang menyediakan 4 set lengkap untuk penjagaan kulit wajah. Jom tengok apa set wajib yang korang perlukan untuk kulit wajah yang sihat.

1. Foaming Cleanser
2. Toning Lotion
3. Soothing WOW Cream
4. Sun Milk SPF 25PA++

Kandungan Utama Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced


Prebiotik

Prebiotik merupakan bakteria baik sebagai makanan untuk kulit dan badan kita. Ia membantu menyeimbangkan mikrobioma kulit untuk mengelakkan kemerahan dan peningkatan cahaya. Selain itu ia memberikan rasa selesa pada kulit akibat penstrukturan semula, kesan berkhasiat & menenangkan kulit.

Kalamin

Seperti yang Sha cakap sebelum ini, Sha kenal kalamin kerana pernah beli untuk sapu pada kulit ketika terkena chicken pox dan kegatalan kulit. Ini membuktikan produk ini bagus untuk kulit kita. Rupanya ianya juga berfungsi untuk membantu mengurangkan masalah kulit berminyak, kemerahan pada kulit dan sunburn.

Produk Cosmoderm juga bebas daripada Paraben, Fragrance, Artificial Colorant dan SLS/SLES. Semuanya dijuji secara dermatologi.


Langkah Penggunakan Produk Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced


1. Foaming Cleanser

Perkara asas dalam rutin harian kebersihan kulit kita adalah membersihkan wajah. Buih lembut membersih ke dalam liang-liang kulit membantu kulit menyerap khasiat yang ada pada Foaming Cleanser Cosmoderm.


Cara penggunaannya juga mudah. Selepas lembapkan kulit, letakkan sedikit Foaming Cleanser pada tapak tangan dan usap. Kemudian  ratakan ke seluruh wajah. Urut dengan lembut dengan pergerakan membulat. Akhir sekali bilas dan lap dengan kain bersih sehingga kulit kering.


2. Toning Lotion

Satu terapi rawatan kulit dengan Toning Lotion yang diformulasikan dengan 20,000ppm kandungan kalamine dan prebiotik. Losyen ini memberi rasa tenang dan menenangkan kesan kemerahan pada kulit. Di samping itu juga ia membangkitkan keupayaan penyerapan ke dalam kulit sehingga meningkatkan kelembapan kulit kita.


Cara penggunaannya adalah selepas bersihkan kulit dengan Foaming Cleanser. Tuangkan sedikit Toning Lotion ke telapak tangan. Tepuk lembut pada kulit wajah kita. Jangan lupa sebelum guna, goncang botol terlebih dahulu.


3. Soothing WOW Cream

Krim ringan ini diformulasikan daripada kalamin dan 30,000ppm pribiotik yang mana memberi keselesaan kepada kulit ketika ia bertindak membaiki masalah kulit kita. Dengan tiga kali ganda peningkatan kelembapan, ia mampu mengembalikan kelembapan kulit serta mengurangkan cela pada permukaan kulit kita. 


Sapu secara serata pada kulit wajah dan tengkuk. Ianya sesuai dipakai pada waktu siang dan waktu malam.


4. Sun Milk SPF25PA++

Untuk kegunaan setiap hari bagi melindungi kulit daripada UVA dan UVB. Ia juga meningkatkan keupayaan kulit untuk menentang tekanan persekitaran luar. Selain itu produk ini membantu melindungi kulit daripada selaran matahari dan elak kulit kering.


Ambil sedikit Sun Milk yang mencukupi untuk disapu ke seluruh kulit wajah kita. Ini merupakan langkah terakhir yang perlu korang jadikan rutin penjagaan kulit wajah korang ya.


Dapatkan Set Penjagaan Kulit Cosmoderm Skin Lab Sekarang


Macam mana? Menarik bukan? Tak perlu susah-susah nak padankan dengan produk lain, dengan hanya milik Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced ini memang produk lengkap untuk rutin harian penjagaan kulit wajah kita. Bagaimana cara nak dapatkan produk COSMODERM? Selain korang boleh dapatkan di Watson, untuk musim Covid19 ini rasanya lebih sesuai kita beli secara online sama ada di laman web Watson atau di Shopee

Post a Comment

3 Comments

  1. cantik kan packaging dia.ladies sangat. semakin berserilah dia lepas ni.

    ReplyDelete
  2. Amboi si pinky ni makin glamer. sana sini orang puji dia tau. sis tak rasmi lagi set pinky ni sebab nak habiskan skincare yang guna skrg dulu.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi