Teringin Nak Makan Chinese Food? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malaysia cukup dikenali dengan pelbagai bangsa. Daripada pelbagai bangsa wujudlah pelbagai jenis makanan di negara kita. Jadi tidaklah pelik jika kita katakan negara kita syurga makanan. Untungnya kita dapat merasai pelbagai jenis citarasa makanan seperti masakan Melayu, India dan masakan cina.
Masakan cina adalah antara pilihan yang menarik bagi Sha. Tambah pula sekarang tidak susah untuk mendapatkan restoran yang menyediakan masakan cina yang halal. Antara makanan style cina yang Sha suka adalah Dim Sum. Dim Sum dengan sos yang sedap memang sangat terangkat ! Ok, sebelum korang meleleh air, di sini Sha nak kongsikan lima restoran cina halal yang korang wajib singgah di Kuala Lumpur.
5 Restoran Cina Halal Sekitar Kuala Lumpur
#1 Amber Chinese Muslim Restaurant
Seperti yang Sha katakan awal tadi, memang banyak restoran masakan cina halal yang dibuka oleh saudara Muslim. Amber Chinese Muslim Restaurant adalah satunya. Restoran ini telah dijalankan sejak tahun 2015. Waktu operasi adalah setiap hari bermula jam 11.45 pagi hingga 10.30 malam.
Antara masakan yang patut korang cuba adalah Beef Noodles, Roasted Chicken Wings dan Mapo Tofu.Tengok gambar pun dah menarik memang kena cubalah.
Alamat: Unit 14, 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#2 Dolly Dim Sum
Siapa penggemar Dim Sum macam Sha? Biasa dengar tak Dolly Dim Sum yang terletak di KL?
Sumber : TripAdvisor |
Dolly Dim Sum terkenal kerana menyediakan pelbagai pilihan Dim Sum. Pastinya ia sangat menarik untuk dikunjungi. Antara yang popular adalah Salted Egg Yolk Bun, Siew Mai dan Crystal Prawn Dumplings yang dikatakan paling sedap. Beroperasi setiap hari bermula jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam.
Alamat: G9, Avenue K, 156, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#3 Golden Valley
Teruja melihat suasana restoran yang moden dan berdekorasi menarik juga santai. Restoran Golden Valley menyediakan pelbagai menu masakan cina yang kita boleh cuba.
Terletak di menara LGB ini sangat sesuai bagi penggemar masakan cina. Antara masakan yang korang patut pilih adalah Kong Po Chicken Yam Basket, Black Pepper Beef In Hotplate dan Chili Crab. Semuanya enak dan pastikan korang menikmati kesedapannya!
Alamat: LGB Tower, Lower Ground Floor, 1, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
#4 Muhibbah Seafood Restaurant
Restoran Muhibbah Seafood ini wajib korang singgah jika korang penggemar masakan cina atau makanan laut. Beroperasi setiap hari bermula jam 12.00 tengahari hingga 2.30 petang kemudian dibuka kembali jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.
Sumber : Foursquare |
Antara menu yang korang cuba di Muhibbah Seafood Restaurant ini adalah Butter Coconut Prawns, Baby Kailan with Salted Fish dan Ginger Scallion Beef. Restoran ini menyediakan masakan daripada bahan segar yang pasti kena dengan tekak korang.
Alamat: Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#5 Homst Restaurant
Yang menetap di KL biasa dengar tak nama restoran ini? Bagi yang dah biasa mungkin kenal. Bagi yang teringin dan sedang mencari restoran masakan cina di KL bolehlah singgah di Homst Restaurant.
Antara menu yang korang boleh pertimbangkan adalah Tew Chem Steam Fish, Kong Po Sotong, Smoked Duch With Mantau, dan Crab Meat Shark Fin Soup. Bunyinya macam menarik! Maklumlah Sha sendiri suka makanan yang mempunyai sup.
Waktu operasi adalah bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.30 malam.
Alamat: No. 48, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Restoran Yang Sesuai Untuk Penggemar Masakan Cina
Tergugat ke tergugat selera korang tengok menu masakan cina ni? Jika tergugat tengok menu chinese food ni korang dah boleh mula pilih nak makan mana satu ya! Tak sempat nak pergi korang boleh sahaja order dengan Foodpanda. Terus sampai depan rumah ke depan pejabat ke, mudah!
6 Comments
huhu dekat penang susah betul nak dpt chinese food yg halal
ReplyDeletemmg suka menu chinese food...yummy
ReplyDeleteMarsha peminat chinese food! Boleh masuk wishlist bila ke KL nanti!
ReplyDeleteMenarik juga ni
ReplyDeletessdapnya..rina mmg suka mkn chinese food. mmg selera tekak. tgok gmbr pun terliur dh ni.
ReplyDeleteaida sgt minat chinese food.
ReplyDeletenamun, d melaka payah nak cari restoran chinese muslim.
kalau ke bangi, kekadang ajak adik. sana byk.
one of it yg kerap kami gi - abdullah chan. nice!
Terima Kasih Daun Keladi