Hot Posts

6/recent/ticker-posts

10 Resepi Masak Telur Yang Sedap Dan Menyelerakan

10 Resepi Masak Telur Yang Sedap Dan Menyelerakan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ramai orang sukakan masakan telur tak kiralah telur goreng atau telur rebus. Apa yang menyebabkan masakan telur ini disukai ramai? Tentulah ia mudah didapati dan cepat dimasak. Telur juga boleh dibeli dengan harga yang murah. Kalau sebut telur rebus, Sha teringat pernah bersembang dengan suami tentang telur rebus yang paling sedap adalah telur rebus kenduri.Apa ya yang membezakan telur rebus kat rumah dengan telur rebus kenduri? Mungkin aura pengantin baru menyebabkan telur rebus itu sedap? Atau cara merebus? Siapa ada jawapan nanti kongsi kat komen ya.


Telur adalah salah satu sumber makanan yang biasanya wajib ada di rumah. Boleh dikatakan telur adalah penyelamat ketika lauk lain dah habis, malas masak atau lauk hujung bulan..huhu.. Itu Sha, tak tahu lah korang. Tapi walaupun malas masak atau dah bosan dengan lauk biasa, korang jangan hadkan kreativiti korang semasa di dapur. Jangan tak tahu dan jangan malas sangat nak olah masakan walaupun masak telur sahaja. Rupanya banyak resepi masakan telur yang korang boleh cuba dan pelbagaikan dirumah selain korang goreng telur letak sos dan kicap.



Yang pasti, jika nak disenaraikan semua resepi untuk masakan telur sedap ini memang banyak sangat. Walaubagaimanapun Sha dah kumpulkan 10 resepi untuk telur yang korang boleh cuba dirumah. Jadi tak adalah suami dan anak-anak bosan bila diaorang tanya hari ini masak lauk apa dan kita jawab lauk telur. Jangan biarkan keluarga kita pandang sebelah mata pada lauk telur kita tu, haaaa... buat lain dari biasa yang kita masak tu. Bagi yang tak ada idea nak buat apa dengan telur yang ada boleh cuba resepi yang sahabat-sahabat alam maya kita kongsi ini.



10 Resepi Masakan Telur Yang Sedap


1.  RESEPI TELUR PECAH HANCUR MELETOP
Sumber ~ Aleen Aireish



Bahan-bahan :

3 biji telur
4 sudu besar cili yg telah dikisar bersama dengan bawang merah & putih
3 sudu besar cili sos
1 sudu besaar gula merah
2 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Tumis cili kering hingga masak
2. Masukkan cili sos
3. Masukkan gula merah, gula pasir & garam
4. Nampak macam nak meletop, pecah kan telur sebiji-sebiji dalam kuali, biarkan telur 1/2 masak, terbalikkan .. korang kaup manja telur tu dlm kuali baru jadi hancur-hancur tu. Nak jd hancur halus-halus, masa korang dah pecahkan telur, terus aje gaul telur tu dangan sambal, siap.
5. Sedia untuk dihidang

2. RESEPI SUP TELUR


Bahan-bahan :

4 biji telur ayam
2 ulas bawang putih
Sayur kubis panjang
Sayur sawi
Hirisan Lobak Merah
Bunga kubis
Cendawan
Cili Merah
Suhun
1 Kiub Ayam
Serbuk Lada Hitam

Cara-cara masak sup telur

1. Tumis bawang merah bawang putih
2. Masukkan air secukupnya.
3. Masukkan 1 kiub ayam
4. Masukkan sayur seperti lobak dan bunga kubis terlebih dahulu.
5. Bila mendidih pecahkan telur sebiji sebiji
6. Masukkan garam dan adjust rasa
7.Bila telur masak, masukkan sayur sawi dan lain-lain sayur.
8. Akhir sekali masukkan suhun. Kemudian tutup api.

Siap.

3. TELUR GORENG KICAP PEDAS


Bahan-bahan :

Telur 4 biji
Sebiji Bawang besar dihiris halus*
Cili padi 7 biji dihiris*
Setengah biji Tomato dipotong dadu*
Kicap*
4 biji Limau kasturi dibelah 2
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak :

Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.

Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.

Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.


4. RESEPI KARI TELUR AYAM
Sumber : FB Resepi Ibu


Beberapa biji telur – rebus dulu kemudian kupas kulitnya

Bahan-bahan :

bunga cengkeh
kayu manis
bunga lawang
rempah kari daging
kerisik
santan - terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari
Garam
Air- ikut citarasa nk kuah pekat &bny mana

Bahan dikisar/ ditumbuk
bawang merah
bawang putih
halia

Cara-cara :

1. Bahan yang ditumbuk tadi digaul dengan rempah dalam satu mangkuk dan dibancuh dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan campuran rempah tadi yang digaul dengan bahan yang ditumbuk..
4. Biar sampai garing dan naik minyak. Selepas itu , masukkan santan tadi dan masukkan air untuk ikut tahap kepekatan yg dikehendaki..
5. Masukkan kerisik ..gaul bagi sebati ..Akhir sekali masukkan telur ayam rebus tadi.masak hingga mendidih. Kemudian masukkan garam secukup rasa.Tutup api dan sedia dihidangkan...


5. RESEPI TELUR MASAK KURMA
Gambar FB : Resepi Ibu


Bahan-bahan:

10biji telur -rebus
2paket kecil rempah kurma
5ulas bawang putih (hiris)
1 labu bawang merah besar -(hiris besar)
1 inci halia
2 biji tomato (optional)
1 biji lobak merah
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Air asam sikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara :

Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang sampai naik bau...masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air ...tumis hingga pecah minyak ..

Masukkan air asam dan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati. Masukkan kentang, lobak, masak sehingga empuk. Masukkan telur, cili merah, tomato, dan garam secukup rasa ..lepas tu adjust lah kuah dia nak pekat atau cair .


6. RESEPI TELUR MASAK SOS
Sumber : Lily


Bahan-bahan :

2 biji bawang besar dihiris kasar
3-4 inci halia dihiris kasar
3-4 sudu makan cili kering kisar
Sos tomato Kimball(lebih Dr sos cili UTK gantikan asam jawa)
Sos cili Life(kuantiti sikit dari sos tomato)
Kicap manis Life(4-5sudu makan)
Sedikit air
Telur goreng
Minyak menumis
1 tin kecil kacang peas(x perlu buang air)

Cara-cara memasak telur masak sos:

1. Panaskan minyak
2. Tumiskan cili kering kisar hingga masak dan pecah minyak
3. Masukkan SEPARUH kuantiti bawang besar hiris dan halia hiris
4. Kacau hingga bawang layu
5. Masukkan semua sos dan kicap bersama sedikit air
6. Masak hingga mendidih
7. Masukkan baki bawang besar dan kacang peas
8. Kacau rata..
9. Masukkan telur goreng renihkan seketika..
Dan siappp!

*Tak perlu garam atau asam jawa ..cukupkan semua rasa dgn bahan di atas


7. RESEPI TELUR BUNGKUS ALA THAI
Sumber resepi : Farida Alang #rmm


Bahan-Bahan:

2 biji telur
100gm isi ayam @ daging ( dicincang)
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar ( dihiris nipis)
1 biji tomato ( dibelah 6 )
1 camb kacang peas
2 camb sas tomato
1 camb sos tiram
garam secukup rasa
daun ketumbar ( dipotong 1 inci )


Cara-cara masak telur bungkus :

1. Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging.
3. Setelah masak masukkan sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar masak sehingga bawang layu.
4. Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar. 
5. Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empat segi. Sedia dihidang.


8. RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR
Gambar : AzieKitchen


Bahan bahan :

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - hiris
3-4 sb cili kisar
Sedikit belacan
Garam
Gula
Air asam jawa
Telur - rebus, kupas & goreng

Cara cara :

1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.
2. Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing.
3. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.
4. Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.
5. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris.
6. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan

Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.


9. RESEPI TELUR DADAR ANEKA RASA
Sumber : FB Resepi Ibu #dapuribunda


Bahan-bahan:

5 biji telur
8 ekor udang sederhana besar dibuang kulit dan dipotong kecil
4 batang jejari ketam dipotong kecil
1/2 biji tomato dibuang biji, dihiris dan dipotong dadu
sedikit capsicum merah didadu kecil
sedikit capsicum hijau didadu kecil
sedikit daun bawang dan daun sadri dihiris kecil
2 sudu besar fresh milk
segenggam cheese mozarella parut
garam secukupnya

Cara-cara masak telur dadar:

1. Masukkan kesemuanya ke dalam mangkuk dan kacau sebati .
2. Panaskan kuali leper saiz kecil. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan goreng menggunakan minyak yang sedikit agak-agak setengah sudu besar.
3. Sediakan untuk dimakan. Dengan nasi boleh, makan dengan sos pun boleh


10. RESEPI EGG QUICHE
Sumber : FB Resepi Ibu



Bahan-bahan:

1 biji telur
2 sudu susu segar
Garam, lada sulah
Roti bagel/ french bread/ roti keras
2-3 sudu cream cheese
Hirisan daging ayam/lembu ( chicken ham )
Mustard ( jika mahu )

Cara-cara:

1. Pukul telur bersama susu di dalam cawan dan tambah garam/lada sulah. Carikkan roti menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam bancuhan tadi bersama cream cheese dan gaul. Tambahkan hirisan daging ayam ( chicken ham ) dan tambahkan daun sup jika mahu.
2. Masukkan ke dalam microwave selama 1 minit ataupun tambah masa jika anda suka. Hidangkan

Tempoh Merebus Telur Yang Baik

Setiap orang biasanya ada tahap masak kesukaan untuk telur rebus masing-masing. Tapi untuk memasak lauk semestinya kita nak yang paling masak. Mengikut gambar di bawah pastinya telur yang direbus selama 15minit adalah yang paling sesuai bagi Sha. Telur-telur lain mungkin sesuai bagi yang ingin makan begitu sahaja atau dengan kicap juga lada sulah.


Okaylah, Sha harap selepas ini tak adalah kalau nak masak telur tapi bukan telur kosong sahaja lagi. Rasanya dengan 10 resepi masakan telur yang Sha kongsikan di atas dapat membantu korang keluar daripada kebiasaan kita selalu buat dirumah.

Post a Comment

4 Comments

  1. Suka menu sambal...bertambah2 nasi

    ReplyDelete
  2. sedapnya..walaupun bahan asas telur y simple. blog resepi wajib follow.

    ReplyDelete
  3. tak boleh nak plh mana satu plg suka sebb suka kesemuanyaa haha

    ReplyDelete
  4. rambang mata mak ni haa sha. semua menu tu favourite hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi