Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cara Setting Potongan Bayaran Bulanan Akaun Secara Tetap

Cara Setting Potongan Bulanan Akaun Secara Tetap | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ini Sha nak kongsikan satu cara untuk memudahkan proses transfer duit ke akaun lain setiap bulan tanpa gagal. Sha nak kongsi kat sebabnya tak semua orang tahu. Hal ini memang terjadi pada Sha bila kawan-kawan pejabat sendiri tanya Sha macam mana nak buat. Sha pun baru sahaja mulakan potongan sendiri dari akaun pada tahun ini.  Sebab apa Sha setting tetap bulanan? Kenapa tak buat transaksi sendiri setiap bulan? Sebabnya Sha selalu lupa nak bank in pada yang sepatutnya setiap kali gaji masuk. Jadi untuk mengelakkan masalah lambat bayar setiap bulan, Sha tetapkan potongan terus setiap bulan pada tarikh tertentu. Alhamdulillah sekarang selesai sudah masalah Sha, dah tak ada yang nak marah Sha lambat bank in kononnya asyik sibuk ni..hihihi



Setting Potongan Bayaran Setiap Bulan Daripada Akaun Peribadi


Antara bayaran yang biasa dibayar secara manual tiap-tiap bulan oleh Sha sendiri adalah pinjaman ASB dan bayaran bersama suami isteri. Ada sesetengah bayaran seperti insurans anak-anak memang kami sepakat sama-sama bayar dan menggunakan akaun suami. Jadi Sha perlu memasukkan amaun bahagian Sha setiap bulan ke dalam akaun suami sebelum pihak insurans memotong jumlah insurans daripada akaun suami yang mana dikhaskan untuk insurans anak-anak. Pinjaman ASB pula untuk mengelakkan bayaran tertangguh, Sha juga menetapkan potong setiap bulan pada tarikh tertentu.

Cara Setting Potongan Bayaran Setiap Bulan Melalui Akaun Peribadi


1. Pertama sekali korang perlu daftar masuk ke akaun bank peribadi korang. Untuk contoh dibawah Sha menggunakan akaun bank CIMB.


2. Kemudian bila dah masuk, korang pergi dan klik di bahagian Pay & Transfer




3. Bila kita dah klik pada Pay & Transfer, kita akan di bawa ke ruang Transfer Money seperti gambar di bawah. 




4. Biasanya bila kita transfer duit untuk sekali sahaja transaksi memang sedia ada tarikh pada hari itu. Tetapi jika kita nak tetapkan bayaran ke akaun sama setiap bulan, kita kena ubah tarikh dan tetapan di bahagian Amount and When.

5. Pada bahagian When, letakkan tarikh yang kita nak akaun kita dipotong atau ditransfer pada akaun sesiapa yang kita mahukan.

5. Kemudian pada bahagian Repeat, biasanya tetapannya NO. Pada bahagian inilah kita perlu ubah sama ada ingin membuat potongan seminggu sekali atau 2minggu sekali atau bulanan.

6. Selepas setting semuanya, barulah klik pada Transfer Money.

7. Kita akan nampak potongan yang kita tetapkan tadi pada bahagian Scheduled Transaction.

Bayar Hutang Secara Potongan Bulanan


Walaubagaimanapun, pernah ada satu bulan tiada potongan dibuat pada tarikh ditetapkan. Tetapi korang jangan risau kerana kita akan mendapat sms pemberitahuan untuk membuat bayaran sendiri seperti biasa.

Akhirnya selesai masalah lambat bank in setiap bulan selepas membuat tetapan potongan bulanan daripada akaun peribadi. Sha pun tak perlu fikir banyak dan buat kerja yang sama setiap bulan. Kalau korang nak tahu, kita pun boleh tetapkan bayaran itu hingga bila. Sha sendiri contohnya menetapkan potongan dari awal tahun hingga akhir tahun. Selepas setahun barulah Sha setting balik untuk potongan setahun lagi begitulah seterusnya.

Sha harap ini dapat membantu korang daripada tertangguh membayar pinjaman atau apa sahaja hutang yang perlu dibayar secara kredit sendiri. Jika ada orang berhutang dan berjanji untuk bayar secara bulanan tu, boleh laa beritahu mereka supaya tetapkan potongan gaji bulanan diaorang dikredit ke dalam akaun korang setiap bulan. Semoga bermanfaat.

Post a Comment

2 Comments

  1. macam ni pun mudah tp ada org lebih suka buat bayaran sendiri tanpa buat potongan bayaran bulanan.

    ReplyDelete
  2. kalau dah buat mcm ni potongan monthly, jiwa kena kekal dan betul2 kena kira monthly budget kan

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi