Tips Pilih Beg Tangan Yang Sesuai | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ok kali ini Sha nak sembang tentang beg tangan wanita. Jujurnya korang ada berapa koleksi beg tangan dalam simpanan korang di rumah? Sha percaya ramai wanita diluar sana termasuklah Sha sendiri mempunyai lebih daripada 2 beg tangan. Walaubagaimanapun Sha sejenis yang tidak terlalu ambil berat tentang beg tangan, selalunya guna apa yang ada sahaja tidak kira mahal atau murah asalkan bersesuaian untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
Beg tangan adalah sesuatu yang menjadi kewajipan di kalangan kaum hawa kerana ianya satu pelangkap dan keperluan. Pada Sha ibeg tangan penting terutamanya wanita berkeluarga kerana ianya tempat menyimpan barangan yang kita akan bawa ke merata tempat teruatamanya barangan seperti dompet dan telefon bimbit. Namun Sha pasti walaupun paling ringkas, setiap wanita akan memastikan mereka membawa beg tangan yang sesuai dengan situasi masing-masing.
Boleh Baca Juga : Tips Memilih Pakaian Yang Sesuai Untuk Bersukan
Apakah 4 Tips Memilih Beg Tangan Yang Sesuai ?
1. Warna.
Warna seperti hitam, nude, coklat atau warna gelap adalah koleksi yang wajib ada dalam koleksi seseorang kerana warna ini paling senang disuai padan dengan pelbagai warna. Warna lain mungkin jarang sekali ada, tetapi apa salahnya jika kadang-kadang keluar daripada kebiasaan bukan?
2. Keadaan / Tempat
Bawalah beg tangan yang bersesuaian dengan tema, tempat dan majlis. Beg tangan jenis kulit amat sesuai untuk di bawa ke masjlis perkahwinan, majlis hari jadi , tempat kerja, mesyuarat dan juga majlis rasmi lain. Beg tangan yang lebih santai sesuai untuk dibawa ke tempat percutian dan membeli belah bersama keluarga tersayang,
3. Bentuk Badan
Pernah mengikuti kursus keterampilan bersama seorang perunding imej beberapa tahun lepas, Sha dapat tahu nak beli handbag kena tengok badan juga. Kata beliau saiz yang sesuai untuk seseorang adalah beg yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil dengan tuan badan.
4. Harga
Beg tangan yang mahal tidak semestinya tidak cantik dan menarik. Yang murah tidak semestinya tidak berkualiti bukan? Apa salahnya dalam koleksi mewah terselit koleksi beg tangan biasa asalkan bersesuaian dengan bajet sendiri.
Bila bercakap tentang beg tangan wanita, Sha juga mempunyai keinginan untuk memiliki beg tangan yang mengikut peredaran zaman pendek kata top pada masa itu. Salah satu beg tangan yang Sha inginkan adalah beg tangan jenis jutebag. Apa yang lain dengan jutebag ini adalah kita boleh letakkan nama atau perkataan yang korang mahukan.
Boleh Baca Juga : Tips Berpakai Untuk Nampak Tinggi
2 Comments
cantik juga bag ni :)
ReplyDeleteyang penting selesa dengan si pemakai ;)
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi