Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Patutlah Ramai Artis Malaysia Amal Jus Dara Vogue, Jamu Moden Banyak Manfaat Rupanya!

Patutlah Ramai Artis Malaysia Amal Jus Dara Vogue, Jamu Moden Banyak Manfaat Rupanya!  | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sha teruja sikit bila menaip entry ini sebabnya terasa macam artis ! ahahaha...perasan sungguh. Siapa tak nak cantik macam artis-artis yang kita selalu tengok di televisyen tu kan? Kadang-kadang terfikir apalah produk yang mereka amalkan untuk terus cantik dan bertenaga untuk bekerja di hadapan kamera. Sha cukup yakin pastinya mereka amalkan sesuatu yang baik untuk dalaman mereka barulah selepas itu terpancar pada luaran.

Diri Sha ni, bila umur semakin meningkat dan nak melayan anak-anak yang semakin membesar sememangnya perlukan tenaga sepanjang hari. Mana dengan tugas menjaga rumah tangga dan bekerja di luar lagi. Jadi bila lihat artis-artis yang lebih berusia dari Sha ni lebih maintain kekal vogue, sihat bertenaga, teringin juga nak tahu rahsia mereka tu semua.

Dan bila nak cari testimoni mestilah kena cari yang punya usia lebih senior kan? Takkan nak cari artis peringkat remaja punya review. Kalau usia lebih muda tu, sah sah la masih cantik bergetah sedangkan Sha ni dah punya anak dua kot. Hehehe..


Bagi Sha, Malaysia mempunyai ramai artis senior yang cantik-cantik antaranya Lisdawati, Adira, Watie Elite dan ramai lagi.Kalai tengok mereka tu semua, alahai macam tak makan dek umur (orang tua kata).

Selain dalaman dan tenaga Sha juga menitik beratkan kulit yang cantik sebabnya itulah penampilan pertama orang pandang. Tambahan pula Sha ni sejenis yang tidak bermake up. Sha lebih suka natural looks maka disebabkan itu Sha utamakan kecantikan yang lebih bersifat semulajadi baik luaran mahupun dalaman.

Dengan kuasa internet zaman ini, Alhamdulillah ia telah berjaya menemukan Sha dengan produk yang telah berjaya membantu ramai orang kelihatan kekal muda dan tidak jauh beza dari mereka yang bujang. Malah ada dikalangan pengguna produk ini yang sudah memiliki anak menatu tapi masih kelihatan cantik berseri. Menurut info yang Sha baca, mereka ini disamping mengamalkan cara hidup sihat, turut juga mengamalkan jamu.

Sebenarnya bila sebut jamu, Sha terus terbayang rempah ratus akar kayu dengan rasa yang agak pahit tu tapi yang peliknya mereka kata jamu yang diamalkan ini sedap. Jamu yang dimaksudkan adalah JUS DARA VOGUE.



Jus Dara Vogue



Apakah itu Jus Dara Vogue? Mari Kita Sama-Sama Ketahui


Oleh sebab Jus Dara Vogue ini tergolong di dalam isu makanan tambahan di antara jamu yang banyak berada dipasaran, Sha suka membiasakan diri mencari maklumat atau info sesuatu produk sebelum mengambilnya. Langkah ini supaya tidak memberi kesan yang tidak baik kepada diri sendiri.

Selain daripada testimoni Jus Dara Vogue, Sha juga melihat latar belakang pengeluar produk, kelebihan lain yang berkaitan dengan Jus Dara Vogue dan juga kandungan bahan-bahan yang dalam jus dara vogue itu sendiri.

Paling best -ruparupanya jus sedap yang berfungsi seperti jamu moden dan jus perapat ini merupakan  satu pengeluar dengan produk Dr.Beau yang telah amalkan sebelum ini.




1. Jus Dara Vogue Merupakan Produk Keluaran Syarikat Bumiputera Tempatan - Tejja Herbs :


Jus Dara Vogue dikeluarkan oleh syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 002215435 -D dikeluarkan oleh syarikat Tejja Herbs, sebuah company bumiputera yang aktif menghasilkan produk dengan menggunakan bahan semulajadi. Produk ini juga mendapat kelulusan Kementerian Kesiahatan Malaysia (KKM) dan Halal.

Jus Dara Vogue tergolong di bawah FDI , apa itu FDI? Boleh baca di link ini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2956279394424538&id=402257303160106


2.  Kandungan Yang Terdapat Di Dalam Jus Dara Vogue :


Melihat kandungan yang terdapat dalam Jus Dara Vogue ini barulah Sha faham kenapa ianya sedap dan tidak terasa seperti jamu-jamu lain yang ada di pasaran. Apa yang pasti semua bahan-bahan mempunyai kelebihan dan kebaikan masing-masing.

JUS DARA VOGUE dalam bentuk pati asli ini di adun daripada 12 jenis ramuan iaitu :

  • Delima 
  • Kunyit Hitam 
  • Madu 
  • Kurma 
  • Kacip Fatimah 
  • Epal 
  • Manjakani 
  • Vitamin C 
  • Akar serapat 
  • Sireh 
  • Pegaga 
  • Lobata
 


3.  Jus Dara Vogue Semestinya Halal


Sebagai orang Islam penjagaan makanan adalah amatlah perlu dititikberatkan. Jadi untuk jamu pun kita kena pastinya ianya mempunyai pengesahan halal. Bila sudah tahu statusnya, barulah boleh diamalkan dengan rasa tenag tanpa ada was-was. Nak amal setiap hari pun rasa seronok.

Pengalaman Sendiri Sejak Mengamalkan Jus Dara Vogue


Apa yang Sha suka tentang Jus Dara Vogue ialah ianya jamu moden dengan pelbagai khasiat untuk badan Sha. Perkara paling penting adalah rasanya hanya masam-masam manis yang sedap dengan bau yang manis buah (tidak seperti jamu tradisional biasa).

Sha memang sejenis yang susah makan ubat atau sebarang suplimen jika tidak kena dengan lidah, tapi dengan Jus Dara Vogue memang sedap rasanya. Selain itu, oleh kerana ianya berbentuk sachet ia amat mudah diminum dan senang untuk di bawa ke mana saja.


Sebelum mengamalkan Jus Dara Vogue ini Sha mempunyai masalah angin dalam badan dan sembelit . Masalah sembelit ini memang dah lama yang mana sebelum ini,  Sha hanya dapat membuang air besar dalam 2 atau 3 hari sekali. Tapi dengan izin Allah SWT, selepas 2 hari pengambilan Jus Dara Vogue ini Sha dapat membuang air besar setiap hari tanpa gagal.

Sudah tentulah rasa seronok kerana berjaya membuatkan perut rasa lebih selesa berbanding sebelum ini. Harap dapatlah kempiskan perut sekali sebagaimana yang diberitahu melalui testimoni review pengguna-pengguna Jus Dara Vogue yang lain!
 

Jus Dara Vogue Sangat Sesuai Dijadikan Hadiah Untuk Isteri Tersayang.

 
Suami-suami kat luar sana kalau ada yang sedang mencari hadiah untuk isteri sama ada untuk hari lahir isteri atau hari ulang perkahwinan memang bagus untuk dapatkan Jus Dara Vogue ini. Hadiah untuk seorang wanita tidak semestinya berbentuk barangan tau !

Mungkin isteri korang sudah lama teringin nak dapatkan jamu moden sebegini untuk kebaikan badan mereka sendiri tapi mungkin disebabkan tak ada bajet atau lebihkan kegembiraan suami dan anak-anak, maka mereka ketepikan keinginan sendiri.

Jadi inilah masanya untuk korang hadiahkan sesuatu yang bermanfaat untuk hubungan korang suami isteri. Tambah pula jamu ini sesuai untuk wanita juga lelaki jadi selepas ini bolehlah beli banyak-banyak kongsi sama-sama di rumah. Lebih bahagia gitu! 
 
TAPI Jus Dara Vogue tidak digalakkan bagi wanita yang sedang mengandung & ketika dalam haid. Jadi jika kebetulan sedang datang bulan, hentikan dulu sementara kemudian boleh sambung ambil semula kemudian
  
Benar! Jus Dara Vogue Boleh Diamalkan Oleh Suami Isteri

Mungkin ada yang rasa kurang percaya atau sedikit pelik, yelah jami ini kan selalunya dikaitkan dengan dalaman wanita. Tetapi untuk jamu moden Jus Dara Vogue ini, ia semestinya sangat sesuai untuk lelaki dan juga wanita. Malah sudah ramai para suami di luar sana yang mengamalkan Jus Dara Vogue ini sebagai rutin minuman harian mereka.

Di sini Sha sertakan sekali antara kelebihan-kelebihan yang ada untuk wanita dan juga lelaki selepas mengamalkan Jus Dara Vogue ini nanti.

Kelebihan Jus Dara Vogue untuk WANITA : 

Apakah kebaikan Jus Dara Vogue untuk yang bergelar wanita? Antara kebaikannya adalah :

  1. Boleh membantu beri tenaga pada tubuh badan 
  2. Membantu mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah
  3. Sesuai di minum ketika dalam pantang lepas bersalin
  4. Gadis, wanita berkahwin dan wanita menopouse 
  5. Faraj berair & kentut faraj 
  6. Keputihan dan vagina longgar 
  7. Haid tidak stabil 
  8. Menyuburkan rahim & peranakan wanita. Baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat
  9. Lesu badan, kebas, sakit sendi tumit dan kerap sakit kepala 
  10. Berpantang dan menyusu bayi 
  11. Boleh bantu banyakkan susu
  12. Beri rasa kenyang untuk kurangkan nafsu makan
  13. Naikkan semula punggung jatuh dan payu dara yang kecut dan kendur 
  14. Membuang lemak dan menyingkir angin serta toksik dalam badan 
  15. Menegangkan dan mencerahkan kulit
  16. memancarkan seri wajah




Kelebihan Jus Dara Vogue untuk LELAKI : 

Selain untuk wanita, Jus Dara Vogue juga sesuai dan boleh diambil oleh kaum lelaki. Apakah kebaikan jamu untuk lelaki ?

  1. bantu beri tenaga pada tubuh badan 
  2. Kurangkan rasa penat dan lesu
  3. Membantu mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah
  4. Bantu masalah kebas, sakit sendi tumit dan kerap sakit kepala 
  5. Beri rasa kenyang untuk kurangkan nafsu makan
  6. Membuang lemak dan menyingkir angin serta toksik dalam badan 
  7. Bantu Kempiskan perut yang boroi
  8. Boleh bantu turunkan berat dengan amalan pengambilan yang betul 
  9. Menegangkan  dan mencerahkan kulit
  10. memancarkan seri wajah




Antara Artis Yang Telah Berkeluarga Tapi Masih Tampak Cantik Bertenaga Dengan Pengambilan Jus Dara Vogue Sejak Dulu Hingga Kini

Ini adalah antara artis-artis yang Sha katakan di awal artikel ini tadi. Walau sudah berkeluarga dengan anak-anak yang semakin membesar tetapi mereka masih tampak cantik, sihat, berseri dan bertenaga. Jika dulu Sha ingat mereka ini sering ke spa dan saloon sebab itu nampak cantik selalu tapi rupanya mereka ada amalkan pemakanan tambahan untuk kecantikan dalaman.





Sha sendiri terkejut apabila melihat gambar dan video testimoni review Jus Dara Vogue kerana menurut perkongsian yang diberikan, kebanyakan dari mereka telah lama mengamalkan Jus Dara Vogue ini sejak dari dulu hingga kini.

Kiranya bukanlah guna sekadar untuk promote produk tapi benar-benar amalkan sebagai rutin minuman harian. Paling Sha suka lihat adalah artis Linda Hashim dan Lisdawati yang turut minum Jus Dara Vogue ini bersama suami mereka masing-masing. 

Tejja Herbs Perkenalkan Packaging Baru Jus Dara Vogue Dalam Bentuk Yang Lebih Mudah

Sha rasa tindakan Tejja Herbs untuk memperkenalkan  packaging baru Jus Dara Vogue ini adalah salah satu langkah yang amat bijak. Ini kerana packaging baru dalam bentuk sachet ini kelihatan lebih moden, lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana saja, lebih senang untuk terus minum serta merta dan juga lebih praktikal untuk penyimpanan.

Packaging Lama Dalam Bentuk Botol

Packaging Baru Dalam Bentuk Sachet


Cara Penggunaan Jus Dara Vogue

1. Ambil 2 sachet setiap pagi & malam. 
2. Minum banyak air putih bagi mempercepatkan kesan penggunaan. 
3. Simpan di tempat sejuk selepas dibuka.
 
 
Boleh Jana Pendapatan Sampingan Bersama Jus Dara Vogue Dengan Menjadi Agen atau Dropship
 
Kebiasaanya bila kita sendiri sudah merasai kebaikkan daripada sesuatu produk, kita akan membeli secara lebih dan berterusan. Dana ada sesetengah orang bila kita ceritakan kebaikan Jus Dara Vogue contohnya, boleh membuatkan orang tertarik. Lagi-lagi jika ditambah pula dengan bukti yang orang sekeliling yang kita sendiri dapat lihat, secara tak langsung boleh buka minda kita untuk menjana pendapatan daripada situ.

Seronoknya, Tejja Herbs juga membuka peluang kepada yang berminat untuk menjadi ejen atau dropship untuk menjual produk mereka termasuklah Jus Dara Vogue ini sekali. Tak payah modal tau ! Manalah tahu rezeki korang ada bersama Jus Dara Vogue, bolehlah jana pendapatan sampingan lagi-lagi di dalam situasi seperti sekarang ini.


Itulah dia antara info yang Sha boleh kongsikan termasuk testimoni review pengalaman Sha sendiri selepas mencuba Jus Dara Vogue ini. Bagi Sha, produk jamu moden dengan kebaikan yang banyak begini memang bagus kerana ia mampu membantu memberikan tahap kesihatan yang lebih baik. Bukanlah semata-mata untuk tampak cantik sahaja.

Harganya juga tidaklah mahal mana, dan yang penting ianya noleh dibeli dengan mudah secara online dengan service pengeposan ke seluruh Malaysia. Nak beli di mana? Nak tanya soalan lanjut pada siapa> Boleh terus hubungi pihak Tejja Herbs melalui detail di bawah ini.


JUS DARA VOGUE by Tejja Herbs
 
Harga Pada Kotak | SEM Rm 49.00 | S/S Rm59.00

Alamat :
No 16, 1, Jalan Equine 10 C
Taman Equine 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Jus Dara vogue:

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM

Post a Comment

3 Comments

  1. byk betul manfaat dia, patot la ramai yg guna kan ..thank you sharing info

    ReplyDelete
  2. wah ramai retis yang dah cuba.. tuu, patutlahh

    ReplyDelete
  3. Ni yang selalu keletihan harus cuba jus dara vogue ni.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi