Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Mee Hailam Simple Tapi Laku Keras

Resepi Mee Hailam Simple Tapi Laku Keras | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setiap hari asyik kena fikir nak masak apa je kan bila balik kerja. Dalam duk berjimat cermat dan elakkan makan diluar kenalah fikir menu yang ada di kedai. Bila belek-belek gambar makanan ternampaklah mee hailam, memandangkan agak lama tak masak mee kat rumah jadi Sha ambil keputusan untuk memasak Mee Hailam untuk keluarga. Kebetulan pula Sha ada stok mee kuning. Apa yang lain dengan resepi mee hailam Sha kali ini? Bahan semuanya biasa sahaja tetapi stok mee yang Sha ada ada adalah Mee Kuning Premier bukan mee kuning biasa, niat beli mee ini adalah untuk jaga pemakanan.



Sha masak Mee Hailam kali ini juga mengikut apa yang ada dalam peti ais sahaja, jadi tak adalah meriah sangat lauk pauknya. Jadi jom kita tengok apakah yang resepi mee hailam cara Sha ini. Yang penting satu kuali licin malam itu.

RESEPI MEE HAILAM


Bahan-Bahan


  • 1 paket mee kuning premier  450grm
  • Isi ayam
  • 1 ekor sotong saiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1/4 bunga kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/4 kubis
  • 2 gelas air
  • 1 sudu besar Sos cili
  • 1 sudu besar Sos tomato
  • 1 sudu besar Sos tiram
  • 4 sudu besar Kicap pekat
  • 1 kiub ayam
  • 1 biji buah tomato

Cara Memasak Mee Hailam



Potong isi ayam dan sotong kemudian bersihkan.

Potong sayur-sayuran yang ada kemudian bersihkan dan ketepikan.

Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga agak hancur. Sha suka tumbuk sebab nanti aromanya lebih sedap.

Panaskan minyak dan tumis bawang yang ditumbuk dan cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan semua jenis sos dan kicap. Jangan lupa masukkan kiub ayam juga.

Masukkan air dan biar hingga mendidih. Masukkan isi ayam dan sotong . Biarkan mendidih dalam 3 - 5 minit.

Masukkan sayur lobak merah, bunga kubis dan kubis. Biarkan mendidih selama 3 minit.

Masukkan mee kuning dan sayur sawi. Kacau hingga sebati.

Mee Kuning Premier Yang Sha guna.


Resepi mee hailam ini Sha ikut apa bahan yang ada dalam peti ais Sha sahaja, jadi apa yang sesuai Sha masukkan sahaja. . Jika korang suka kuahnya agak pekat korang boleh tambahkan tepung jagung. Selepas masukkan mee kuning, kacau sekejap, jangan lama sangat untuk mengelakkan mee menjadi kembang. Sawi dan tomato dimasukkan akhir sekali supaya tak lembik. Seperti yang Sha cakap tadi bahan-bahan yang Sha letak adalah barang yang ada dalam peti ais sahaja. Untuk lebih menarik korang boleh hidangkan dengan taburan hirisan daun bawang juga perahan asam limau nipis.

Post a Comment

4 Comments

  1. Sedapnya mee hailam. Lama tak jumpa dan lama tak makan. Dulu, zaman remaja selalu lepak dengan kawan makan mee hailam dan popia goreng di Klang, setiap kali petang Jumaat. Waktu itu dapat pelepasan keluar dari asrama.

    ReplyDelete
  2. sedapnya..terliur tgk.. boleh la cuba nak buat guna resepi ni tapi tukar koey toaw

    ReplyDelete
  3. Alahai lama dah x makan mee hailam...kalau kak SA suka mee hailam chinese style...tapi kalau style kita orang melayu yang masak ok je...boleh letak macam- macam bahan kan...itu yang buat sedap tu...

    ReplyDelete
  4. Mee hailam.. Teringat movie Lagi-Lagi Senario, scene pelanggan order mee hailam dengan Wardina.. Masa tue saya tak berapa suka sangat rasa mee hailam, tapi sekarang nie, it's my favourite now.. thanks for the recipes..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi