Saturday, November 14, 2020

Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Ke 33

Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Ke 33 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Walaupun Anugerah ABPBH tahun 2020 tidak semeriah sebelumnya Sha tetap nak kongsikan keputusan undian orang-orang yang telah berusaha mengundi. Mungkin awal persembahan oleh BBNU sedikit mengganggu perasaan untuk meneruskan tontonan tapi selepas itu barulah muncul persembahan menarik daripada penyanyi-penyanyi terbaik Malaysia. Walaubagaimana pun tahniah kepada semua pemenang anugerah malam ini.

Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2020

Jom kita tengok siapakah pemenang yang meraih anugerah malam ini. Anugerah ABPBH 2020 ini telah dikendalikan oleh pengacara AC Mizal dan pelakon Nabila Huda.

Kategori Utama


  • Artis Baharu Lelaki Popular - Chubb-E
  • Artis Baharu Wanita Popular - Isyariana
  • Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia - Haqiem Rusli
  • Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia - Wany Hasrita
  • Artis Kolabrasi/Duo/Berkumpulan Popular - Khai Bahar & Siti Nordiana
  • Pelakon Lelaki Filem Popular - Zahiril Adzim
  • Pelakon Wanita Filem Popular - Mawar Rashid
  • Pelakon TV Lelaki Paling Popular - Ben Amir
  • Pelakon TV Wanita Popular - Siti Saleha
  • Artis Versatil Popular - Siti Nordiana
  • Artis Komedi Popular - Sherry Al-Hadad
  • Pengacara TV Popular - Sherry Al-Hadad
  • Penyampai Radio Popular - Dj Lin

Kategori Online


  • Lagu Paling  Boom Popular - Haqiem Rusli (Lembah Kesepian)
  • Gandingan Serasi Drama Popular - Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah terlafaznya akad)
  • Gandingan Serasi Filem Popular - Syafiq Kyle & Mimi Lana (Pusaka)
  • Artis Kontroversi Popular - Aiman Tino
  • Fc #FANtastik Popular - Siti Nordiana FC

  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Francisca Peter

  • Bintang Paling Popular ABPBH - Haqiem Rusli
Akhirnya terjawab sudah undian anda siapakah yang berjaya mendapat undian tertinggi. Walaupun kita berada dalam suasana pandemik covid-19 tetapi anugerah ini diadakan tanpa penonton yang mana diadakan di Stadium Axiara Arena, Bukit Jalil.

Malam ini pentas dimeriahkan oleh persembahan Faizal Tahir, Elly Mazlin, Zizi Kirana, Hafiz Suip, Ernie Zakrie, Syamel, Naim Daniel, Tuju, Aina Abdul, Indah Ruhaila, Yonniboi, Zynakal, Tomok, Lan Solo, Liza Aziz, Azlina Aziz dan beberapa penyanyi lain.

2 comments:

Terima Kasih Daun Keladi