Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Drama Cinta Sekali Lagi Lebih Kurang Drama Hati Yang Tersakiti ?

Drama Cinta Sekali Lagi Lebih Kurang Drama Hati Yang Tersakiti ? | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semua. Dalam mengharungi hari ini dan hari-hari yang akan mendapat, semoga kita semua dipermudahkan semua urusan walaupun dalam kesempitan. Sedang menaip entry ini pun Sha sedang menanti jadual bertugas daripada pihak atasan, nampaknya bermula kembali episod Bekerja Dari Rumah (BDR). Bila dah mula BDR maksudnya kebanyakan masa adalah dirumah disamping menjalankan tugasan kerja yang perlu dibuat walaupun tidak ke pejabat. Nampaknya banyak masa untuk Sha menonton televisyen balik..huhuhu. Walaubagaimanapun tidak semua drama Sha layan, bergantung kepada jalan cerita. Sebelum drama ini Sha pun layan episod Ryan Aralyn lakonan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose yang hampir ke penghujung sahaja. Naskah baru selepas Ryan Aralyn adalah Drama Cinta Sekali Lagi gandingan tiga pelakon popular iaitu Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delishah. Rasanya agak lama tidak melihat kelibat Saharul Ridwan sebagai hero drama. Best ke Drama Cinta Sekali Lagi ini? Adakah temanya cliche sebagaimana drama melayu lain?



Khabarnya drama sepatutnya dibintangi oleh Janna Nick tetapi digantikan dengan Nelydia Senrose. Apa pun lakonan Nelydia Senrose juga mantap. Drama Cinta Sekali Lagi ini telah ditayangkan sejak 4 November 2020 pada hari isnin hingga jumaat jam 7.00 malam.

Tentang Drama Cinta Sekali Lagi


Berapa Episod Drama Cinta Sekali Lagi ? 
28 episod

Waktu Drama Cinta Sekali Lagi Bersiaran ?
Jam 7.00 petang setiap isnin hingga jumaat

Pelakon Drama Cinta Sekali Lagi ?

Saharul Ridzwan sebagai Fahad
Nelydia Senrose sebagai Amanda
Hannah Delisha sebagai Amani
Raja Afiq sebagai Mukhlis
Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah Bonda Fahad
Haleeda Mazlin sebagai Nazira
Luqman Hafidz
Iman Zulkarnain

Sinopsis Drama Akasia Cinta Sekali Lagi


Drama ini mengupas kisah hidup dua adik-beradik iaitu  lakonan Nelydia Senrose sebagai Amanda dan Hannah Delisha sebagai Amani. Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.

Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda Mazlin) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.

Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.

Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.

Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda?

Sumber : myinfotaip.com

Patutlah tajuknya Cinta Sekali Lagi. Rupanya Fahad akan terpedaya dengan Amani, peliknya macam mana seorang Fahad boleh terpengaruh? Bukankah Fahad bukan seorang yang senang terpikat pada perempuan? Agak musykil di sini, jadi kenalah menonton setiap hari drama ini kalau nak tahu. Untuk Sha macam biasa, kalau dah keluar babak jahat memang Sha sanggup skip tak menonton..ahahahaha... tunggu semua keadaan dah reda baru tonton balik. 

Adakah Cinta Sekali Lagi lebih kurang dengan Drama Hati Yang Tersakiti lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana? Nampaknya tidaklah terlalu sama walaupun tetap cinta 3 segi yang berlandaskan dendam.

Post a Comment

4 Comments

  1. Jalan cerita nampak macam menarik. Kalau ada masa lebih, boleh la layan ni.

    ReplyDelete
  2. my mom tgk cita ni ... tggu review dari dia baru nak tgk

    ReplyDelete
  3. Bahaya cemburu, dengki dan dendam seornag perempuan nie..
    Apa agaknya yang Amanda buat sampai Amani dapat parut kekal dan berdendam..

    ReplyDelete
  4. Hai, kalau korang terlepas tengok ni kat TV boleh tengok Free je kat app iQIYI. Atau klik kat link ni: https://www.iq.com/play/1xe2qpf4mlp

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi