Hot Posts

6/recent/ticker-posts

10 Sebab Kenapa Mael Totey The Movie Mampu Kutip 5 juta Kutipan

10 Sebab Kenapa Wajib Tonton Mael Totey The Movie | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mael Totey The Movie sebuah filem garapan Youtuber terkenal dari Kelantan iaitu Syahmi Syazli telah berjaya  mengutip RM 5 juta dalam masa 12 hari. Ini merupakan satu pencapaian yang mengagumkan memandangkan ia hanya ditayangkan di pawagam rumah kita sendiri. Sha sebenarnya bukanlah kaki youtube tetapi tidaklah terlalu ketinggalan dalam mengikuti video-video yang dihasilkan oleh Syahmi Syazli seorang anak muda yang bermula dari bawah. Dari youtube ke filem walaupun mendapat kecaman tetapi rasanya lebih ramai yang memberi semangat kepada Syahmi Sazli dengan terhasilnya Mael Totey. Korang tahu tak kenapa Mael dipanggil Mael Totey? sebenarnya di Kelantan, bagi yang bernama Ismail menjadi kebiasaan Totey menjadi gelaran pada nama panggilan mereka.

10 Sebab Kenapa Wajib Tonton Mael Totey The Movie


 

Barisan Pelakon Mael Totey The Movie


  • Syahmi Sazli
  • Yoe Parey
  • Asif Suhaimi
  • Emaleen Minhad
  • Aween Ismail
  • Bedol
  • Yatim
  • Daler Yussuf
  • Aznah Hamid
  • Anissa Faizul

Sinopsis Mael Totey The Movie

Mael Totey The Movie mengisahkan seorang pemuda lurus bendul yang bernama Mael yang kecewa bercinta. Tetapi tidak lama kemudian Mael jatuh cinta lagi tetapi bersyarat iaitu perlu berusaha pelajari Bahasa Inggeris.

Tetapi dalam Mael belajar rupanya berjodoh dengan cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Namun kebahagiaan perkahwinan Mael dan teacher diuji dengan kehadiran Yaya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.


Nilai Murni Dalam Mael Totey The Movie


1. Jangan pandang rendah atau mengambil kesempatan terhadap orang lain yang kurang dari segi fizikal dan mentalnya kerana mereka juga perlukan layanan, kasih sayang dan perhatian yang sama daripada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

2. Semua orang boleh berjaya walaupun pada anggapan mata kasar kita mereka mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan. Yang penting, jika mereka diberi peluang semangat dan bimbingan yang betul. Mereka juga boleh berjaya sebagaimana orang lain berjaya.

3. Tidak salah menjadi miskin kerana tiada siapa pun yang mahu menjadi miskin tetapi yang salahnya adalah malas berusaha dan hanya mengharapkan bantuan orang lain semata-mata. Walhal Allah telah mengurnaikan kesihatan yang baik, tubuh badan yang sempurna dan peluang yang banyak disekeliling mereka. Selagi ada kudrat boleh keluar bekerja tidak hanya menanti bantuan.

4. Budaya dan adab resam yang sepatutnya dalam urusan perkahwinan harus ditinggalkan. Antaranya nuat keduri besar-besaran sehingga menyusahkan diri sendiri. Selain itu semasa akad nikah tidak digalakkan bertanya soalan tidak sepatutnya, budaya membatalkan air sembahyang dan cara bergambar keterlaluan dikhalayak tetamu. Secara sinis dan spontan filem ini menegur secara halus tentang budaya-budaya tidak sepatutnya.

5. Ramai yang beranggapan Bahasa Inggeris itu susah dikuasai. Filem ini menepis anggapan sedemikian. Hakikatnya ianya memerlukan minat untuk belajar.

6. Ujian daripada Allah swt tidak mengenal siapa. Adakala kita mungkin tersilap langkah dalam membuat keputusan.

7. Peranan kawan-kawan sekeliling yang baik dan ikhlas berkawan yang boleh membawa kita kembali ke jalan yang betul dan mampu memberi semangat untuk terus hadapi ujian hidup dengan yakin.

8. Buanglah sifat dengki dalam diri. Jangan terlalu mengikut kepuasan hati.

9. Belajar bersyukur dan menghargai pasangan yang sanggup susah senang bersama dan juga menerima kelemahan diri kita.

10. Setiap manusia diciptakan mempunyai perasaan.
 
 
Korang layan tak drama pukul 7 di tv3 yang terbaru? Best tak drama tu? Boleh tengok sini ----> drama-cinta-sekali-lagi

Serius dalam tak sedar Sha mengeluarkan air mata di hujung movie hampir tamat. Jika ditanya siapakah pelakon paling Sha suka dalam Mael Totey ini pastinya pilihan Sha adalah watak Teacher, selain cantik Teacher juga tidak kekok berlakon. Pendek kata korang tak akan menyesal menonton filem sulung Syahmi Sazli ini yang jalan cerita dekat dengan masyarakat marhain, jauh daripada golongan kayangan. Lawak spontan pun dapat menghiburkan hati dan sesuai ditonton bersama keluarga.

Post a Comment

4 Comments

  1. wahhh dah keluar movie dah geng asif ni. Banyak juga mesej yang disampaikan dalam movie ni. Nice

    Farhana Jafri

    ReplyDelete
  2. betul! tak kaya tak apa janji rajin..

    ReplyDelete
  3. dah tengok filem ni, semua ok cuma tang yang asik speaking itu je yang macam sedikit annoying gitu hhehehhe

    ReplyDelete
  4. Ai dah tengok dah. Tapi cerita ni bukan minat Ai lah. Tak repeat dah.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi