Friday, November 06, 2020

Juara The Masked Singer Malaysia Musim Pertama

Juara The Masked Singer Malaysia Musim Pertama | Malam ini agak teruja untuk menonton rancangan The Masked Singer kerana teringin mengetahui siapakah disebalik watak yang dibawa masing-masing. Rancangan yang menggunakan khidmat juri tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Micheal Ang, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Sinar fm. Sha tidaklah terlalu mengikuti perkembangan rancangan ini tetapi pernah menonton secara langsung di televisyen. Pada Sha rancangan ini menghiburkan kerana seronok melihat telatah juri yang berusaha meneka siapakah disebalik topeng. Paling menarik 12 peserta yang menyanyi disebalik topeng bukan hanya terdiri daripada artis Malaysia tetapi juga terdiri daripada pelbagai industri seperti ahli sukan bekas bintang sukan kegemaran Sha iaitu Datuk Mirnawan Nawawi dari sukan hoki. 


Peserta Akhir The Masked Singer Malaysia Musim Pertama


Selepas 7 minggu bersiaran, akhirnya malam ini rancangan ini telah melabuhkan tirainya. Lima peserta yang berentap di pentas akhir The Masked Singer adalah Enggang, Orang Utan, Wau, Bunga Raya dan Rajah Brooke. Akhirnya siapakah juara The Masked Singer Malaysia Musim Pertama telah dinobatkan. Agak mencabar bila menonton mereka menyanyi dengan memakai kostum penuh sebegini bukan? Nak teka pun bukan senang ! Yang tak tahan Nabila Huda boleh bagi tekaan untuk wau merupakan pelakon veteran Wan Maimunah.. ahahhaha.



Juara The Masked Singer Malaysia Musim Pertama

The Masked Singer Akhir yang ditayangkan melalui saluran Astro Warna ini juga telah membongkar siapakah gerangan kesemua peserta yang berada disebalik topeng sambil menyanyi. Akhirnya juara The Masked Singer Malaysia Musim Pertama telah jatuh kepada Bunga Raya iaitu Penyanyi Aina Abdul

Rupa-rupanya Peserta Akhir The Masked Singer Malaysia terdiri daripada :


Bunga Raya - Aina Abdul

Rajah Brooke - Vanessa Reynauld

Orang Utan - Tuju K-Clique

Wau - Datin Alyah

Enggang - Vince AF

ABC - Yana Samsudin

Nasi Lemak - Datuk Mirnawan Nawawi

Rimau - Ebby Saiful

Raflesia - Eina Azman

Ayam Jantan - Hairul Azreen

Reno - Chiwan

Musang King - Zain Ruffedge


Tahniah kepada Juara The Masked Singer Malaysia Musim Pertama dan kepada semua 12 orang peserta.

6 comments:

  1. Tak tengok sebab takde channel huhu. Tapi tadi kecoh kt wall. Aina abdul tu masuk apa2 program pon menang sbb suara dia padu. Tahniah

    ReplyDelete
  2. Cik Ila pun tak tengok ni. Kat rumah ni tak de siapa pun yang minat nak tengok nyanyi macam ni. Tapi Cik Ila tahu Raflesia tu Eina Azman:) Ramai lagi rupanya geng BITERS yang Cik Ila tak follow. Done follow Sha.

    ReplyDelete
  3. Kinah pun sama dah macam juri tertanya-tanya siapa disebalik topeng. Dalam ramai-ramai tu, bunga raya susah sikit nak teka.. Tak sangka aina abdul rupanya

    ReplyDelete
  4. rancangan ni unik betul! then suara pun mantap2 kan

    ReplyDelete
  5. Tak sangka betul tu aina abdul. Tapi suara die mmg best la..
    Tahniah kepada semua peserta masked singer 2020

    ReplyDelete
  6. frust sebab bukan rajah brooke menang hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi