Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cara Mudah Resepi Begedil Ayam Paling Simple

Resepi Begedil Ayam Paling Simple | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semalam Sha tak tahu nak masak apa, bila masuk dapur barulah ada idea nak buat apa itupun sempat tukar menu semasa sedang memasak. Dapur kita punya kan, jadi suka hati kitalah kan nak buat apa? uhuhuhu... Memandangkan agak lama dah Sha teringin nak makan bihun sup, jadi Sha putuskan untuk masak bihun sup. Tetapi kebiasaanya Sha buat bihun sup simple sahaja, tiba-tiba dapat idea nak buat begedil ayam sekali. Maka terhasillah begedil ayam simple yang comel dan sedap. Bila dah ada begedil tak adalah nampak sangat Sha malas masak kan?hihi. Pada mulanya rasa macam ambil masa nak siapkan, tetapi bila dah terasa di tekak sedapnya kalau dapat makan bihun sup dengan begedil ala-ala makan bihun soto kan jadi kita tunaikan permintaan anak tekak. Jom tengok apa gaya yang Sha buat untuk dapatkan begedil ayam simple ini.




Resepi Begedil Ayam Simple


  • 2 biji ubi kentang direbus
  • 2 ketul ayam bahagian isi
  • 1 biji telur
  • 1 biji bawang merah di potong dadu
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 1/2 sudu kecil garam
  • lada sulah

Cara-cara Membuat Begedil Ayam


Rebus ayam dan ubi kentang sekali gus.

Setelah ayam dan ubi kentang lembut toskan. Sementara ayam sejuk kita dah boleh hancurkan ubi kentang terlebih dahulu. Kemudian barulah carikkan atau cincang ayam rebus tadi dengan pisau.

Masukkan isi ayam di dalam bekas ubi kentang.

Masukkan telur

Masukkan bawang goreng

Masukkan bawang merah dipotong dadu tadi.

Masukkan perasa garam dan lada sulah.

Kemudian barulah gaul semua bahan sehingga sebati.

Panaskan minyak untuk menggoreng begedil.


Setelah minyak panas bolehlah kita menggoreng. Sha tak bentukkan begedil-begedil ini menjadi bulat dengan tangan, tetapi terus ceduk daripada mangkuk menggunakan sudu besar. Lebih kurang menggoreng cucur sahaja. Nama lagi cara mudah buat begedil kan? Jadi tak payah nak gentel-gentel jadi bulat.

Sebab itulah begedil Sha bersaiz kecil comel, sedang elok sahaja untuk dijamu bersama bihun sup. Masa hidang suami ingatkan ayam. 

Amacam? Nak makan sedap tak perlu ada macam-macam sangatkan. Tak cukup bahan tak apa asal bahan utama ada dah boleh masak dah. Alhamdulillah sedang elok cukup begedil Sha sampai suami pun buat ratah. Maklumlah suami Sha selalu cakap, masak tu jangan beria-ia sangat sebab biasanya bila Sha masak beria-beria tak berapa sedap. hihihi.. kalau masak campak-campak lebih sedap. Sebegitu juga dengan resepi begedil ayam yang paling mudah ni walaupun serba tak kena masa buat.

Post a Comment

10 Comments

  1. menarik, rupa memang mcm cekodok tadi

    ReplyDelete
  2. thank you sharing resepi ni! nak cuba laaaaa

    ReplyDelete
  3. Kuantiti bahan tu sedang elok untuk makan berdua kan. Hihi..Masak sikit-sikit senang..sekali makan je.

    ReplyDelete
  4. kalau buat bulat2 kang dah jd ayamball kan heheee

    ReplyDelete
  5. Nampak mudah resepi ni. Mudah dan menarik juga goreng macam cucur saja, tak perlu nak bulat-bulatkan

    ReplyDelete
  6. mudah aje caranya.. bolehlah mama cuba nanti

    ReplyDelete
  7. sedapnya begedil ayam kan, teringin pulak

    ReplyDelete
  8. Nampak mudah pula resipi begedil ayam ni. Ada rupa cucur. Tq for sharing. Mana tahu ada mood rajin dan cuba nanti.

    ReplyDelete
  9. Suka buat bergedil ayam. Sedap.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi