Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Hotel Bintang Square Kota Bharu Hotel Berdekatan HUSM Kubang Kerian, Kelantan

Hotel Bintang Square Kota Bharu Hotel Berdekatan HUSM Kubang Kerian, Kelantan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 2 minggu lepas Mak Sha dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang terletak di Kubang Kerian, Kelantan. Jadi Sha mengambil keputusan untuk menjenguk Mak di hospital dengan membawa Adik Nur menaiki bas. Sha telah menggunakan sistem tiket online untuk balik kali ini. Sebelum bertolak ke Kota Bahru, Sha telah menembah sebuah hotel yang terletak bersebelahan dengan HUSM sendiri. Hotel yang Sha maksudkan adalah Hotel OYO Bintang Square Kubang Kerian.

Hotel OYO Bintang Square

 
Suami Sha yang tolong bookingkan hotel untuk kami dua beranak pada hari itu dengan harga yang sangat murah iaitu lebih kurang Rm 40.00 sahaja untuk satu malam. Harga tersebut adalah harga hotel termurah di Kubang Kerian yang Sha pernah dapat sepanjang pengalaman menginap di sekitar HUSM. Maklumlah ini bukan kali pertama Mak dan arwah ayah Sha mendapatkan rawatan. Jadi Sha pernah juga menginap di hotel lain selain Hotel Bintang Square ini. Pada awalnya Sha pun macam tidak percaya dengan harga dan gambar hotel yang ditunjukkan. Tetapi bila sahaja Sha check in dan masuk bilik, Sha terus ambil gambar bilik dan hantar kepada suami. Suami pun macam tak percaya dengan keadaan hotel kami dan kemudahan yang ada.

 
Memilih bilik dua katil single, Sha dan Adik Nur sangat jatuh cinta dengan hotel bajet di Kubang Kerian ini. Apa yang penting bagi Sha apabila menginap di hotel adalah kebersihan persekitaran yang selesa, tidak terlalu sempit dan tidak terlalu bising, maklumlah hotel hanya lot kedai dan hanya ditepi jalan besar yang sibuk.

 
 
Kali pertama ke kaunter hotel pun sudah disambut mesra oleh staf  bertugas. Pada hari pertama kami check in kami dapat bilik di tingkat 2. Di tingkat 1 sebelah kaunter terdapat ruang menanti yang mempunyai tempat duduk dan meja.
 

 
Atas sebab tidak booking untuk 3 malam terus dan juga kecuaian Sha, malam kedua di Kubang Kerian Sha terpaksa mengambil hotel lain yang berdekatan. Oleh kerana ketidakselesaan di hotel lain, untuk malam ketiga Sha booking sekali lagi Hotel Bintang Square ini dengan bilik yang sama, tetapi bilik yang berbeza dan memilih untuk berada di tingkat 1 sahaja.

Kelebihan Hotel OYO Bintang Square 

1. Hotel bersebelahan dengan HUSM Kubang Kerian. Sha jalan kaki je ulang alik hospital ke hotel.

2. Hotel murah dan bajet di HUSM

3. Hotel yang bersih dan selesa.
 
4. Menyediakan papan gosok dan seterika pakaian di luar bilik setiap tingkat
 
5. Menyediakan jag untuk air kosong dan termos air panas serta gelas di dalam bilik.
 
6. Menyediakan mesin air di ruang menunggu kaunter
 
7. Boleh buat pembelian makanan segera di kaunter seperti mee segera, air tin dan ais krim.
 
8. Tv flat skrin
 
9. Parking waktu malam tak ada masalah. Parking siang lot parking biasa Rm 8.00 sehari. Sabtu hingga Khamis. Bayaran parking boleh menggunakan aplikasi Mcash.

 

 BINTANG SQUARE HOTEL
Feel Like Home

PT 1536 B&C Kubang Kerian, Bandar Persiaran6 Kenali
16150 Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan
 
Telefon : 09-7607210
Whatapps : 011-10747210
: 011-2665 2565
 
email : booking@hnrsb.com.my

Post a Comment

4 Comments

  1. bestnya holiday..... hotel pula nampak comfy gila

    ReplyDelete
  2. wow murahnya rm40 je semalaman?dah la cantik..katil double...semoga mak sha cepat shat..amin

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi