Hot Posts

6/recent/ticker-posts

10 Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Anak lelaki

10 Idea Hadiah Untuk Anak lelaki | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila sampai tarikh penting bagi ulang tahun orang tersayang pastinya kita sibuk memikirkan hadiah untuk mereka. Jika sebelum ini Sha ada kongsikan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada ibu tersayang, kali ini Sha nak kongsikan senarai hadiah yang sesuai untuk anak lelaki. Ini kerana kebetulan Sha baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung Sha iaitu Abang Zaryth. Abang Zaryth sekarang sudah berumur 8 tahan, jadi perlulah berikan hadiah yang bersesuaian dengan umurnya. Setelah mempertimbangkan beberapa hadiah, Sha telah memilih salah satu hadiah daripada senarai yang Sha lampirkan dibawah. Mana tahu selepas ini giliran korang pulak nak carikan hadiah bukan sahaja untuk anak sendiri tetapi untuk anak saudara atau anak rakan.


Idea Hadiah Hari lahir Untuk Kanak-Kanak Lelaki

Bila tiba bulan kelahiran Abang Zaryth, Sha mulalah memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk seorang anak lelaki sebaya Abang Zaryth. Maklumlah kalau nak bagi hadiah mestilah yang sesuai, berguna, memberi mudarat atau tidak supaya tidaklah rugi dan terasa bersalah selepas kita beli nanti. Banyak juga idea ini Sha dapat daripada rakan-rakan di media sosial dan Sha sangat berterima kasih dengan mereka kerana sudi berkongsi memberi idea kepada Sha dan sekali gus menyelesaikan dilema Sha untuk memilih hadiah untuk hari jadi Abang Zaryth. Jadi jom kita tengok ada tak hadiah yang berkenan di hati. Harap dapat membantu korang yang sedang mencari hadiah untuk anak lelaki korang.
 
 
1. Buku yang diminati

Ramai yang cadangkan Sha beli buku untuk Abang Zaryth contohnya buku viral - buku sains. Amat menarik buku itu kerana kalau Sha belikan mesti Abang Zaryth suka kerana dia memang minatkan binatang. Kalau nak tahu rancangan kegemaran dia pun National Geoghraphic Wild. Suka dia menonton telatah binatang-binatang yang tak biasa dijumpai di luar.


2. Permainan Kegemaran

Kanak-kanak pastinya akan menyukai permainan. Kalau Abang Zaryth mudah sahaja terpengaruh dengan iklan tdi televisyen jadi dia mintalah permainan lego. Tetapi selain harganya agak "tidak menarik" dan mempertimbangkan kemungkinan yang akan terjadi jadi Sha tak belikan lego super mario yang dia nak. Walaubagaimanapun Sha cuba dapatkan permainan yang berkaitan dengan super mario tetapi dalam bentuk yang lebih selamat.

3. Baju

Hadiah untuk anak yang dijamin puas hati, dijamin tidak membazir, dijamin akan digunapakai adalah baju atau pakaian. Untuk belikan baju sebagai hadiah, korang boleh memilih gambar pada baju berdasarkan minat mereka contohnya kartun kegemaran atau movie kegemaran mereka. Hadiah sebegini pastinya mereka suka.

4. Beg

Cuba tengok beg sekolah anak mash ok atau tidak? Kalau tidak inilah masanya untuk gantikan dengan yang baru. InsyaAllah anak kita akan hargainya. Kalau tak nak beg sekolah pun, anak Sha sendiri pun dah pandai minta nak beg duit atau dompet untuk letak duit belanja. Jadi terpulanglah pada kita untuk pilih mana yang sesuai untuk anak kita.

5. Minyak wangi

Kenapa Sha letak minyak wangi sebagai salah satu pilihan hadiah yang korang boleh jadikan sebagai hadiah kepada anak korang? Sebabnya Abang Zaryth sendiri sukakan bau-bauan wangi jika mahu keluar rumah terutamanya ke sekolah. Tapi pastikan anak pandai gunakanlah takut terlebih wangi pulakan.

6. Jam tangan

Antara hadiah yang paling sesuai untuk anak lelaki adalah jam tangan. Untuk jam tangan kanak-kanak rasanya tak susah nak cari sebabnya kini terdapat banyak pilihan. Jam tangan adalah hadiah yang sesuai disamping mengajar anak kita menghargai masa. Pasti anak-anak bangga dan seronok dapat memiliki jam tangan, nampak lagi kacak.hihihi.


7. Basikal

Salah satu idea kawan-kawan adalah dengan menghadiahkan anak sebuah basikal. Memandangkan Abang Zaryth sudah ada basikal, jadi kita simpan dulu basikal sebagai hadiah mungkin 2 tahun lagi sebab budak-budak pastinya akan membesar dan saiz basikal pun mestilah dinaiktaraf. Pada Sha basikal adalah salah satu hadiah yang sesuai, jangan berkira sangat. Sebabnya Sha sendiri biasa lihat, ada ibu-bapa sengaja tak belikan anak basikal sebabnya kata anak tak pandai lagi takut jatuh semua, tetapi dalam dia melepaskan anak bermain rupanya anak sendiri dah pandai naik basikal tetapi menggunakan basikal anak orang lain. Jadi sebelum ibu bapa anak orang lain bising, bolehlah hadiahkan anak sebuah basikal ya.


7. Topi

Biasanya anak lelaki akan memakai topi jika bapanya sejenis orang yang memakai topi juga. Contohnya tidak lain tidak bukan, suami Sha sendirilah yang suka pakai topi. Jadi secara tak langsung Abang Zaryth pun mempunyai koleksi topi sendiri. Hensem tau anak lelaki pakai topi ni jadi korang boleh timbangkanlah untuk ajar anak lelaki pakai topi juga nanti.

8. Globe

Sebenarnya bila kawna-kawan bagi idea untuk belikan globe Sha agak terfikir-fikir. Tetapi ianya agak menarik. Dengan globe sebenarnya kita boleh membina ruang ibu-bapa bersama anak-anak untuk meluangkan masa bersama-sama. Agak menarik juga jika kita dapat meneroka dunia bersama-anak mungkin suatu hari nanti mereka memasang niat untuk mengembara.

9. Alat sukan

Jika korang dah buntu tak tahu nak belikan hadiah apa untuk anak korang. Korang boleh pertimbangkan untuk membeli barangan atau alat sukan yang mereka cenderung untuk terlibat. Mungkin korang boleh boleh hadiah mereka dengan raket badminton, dan jika korang sendiri boleh main badminton apa lagi ambil peluang ini beriadah bersama keluarga. Tiba-tiba teringatkan arwah ayah Sha, badminton adalah sukan yang selalu kami main bersama-sama.


10. Set bilik

Akhir sekali mungkin kita boleh belikan set bilik baharu kepada anak-anak. Sha selalu suka letakkan diri dan nostalgia zaman kana-kanak Sha pada anak-anak. Dulu Sha suka menghias bilik tidur, jadi kini Sha akan memastikan bilik anak juga bertukar. Sebenarnya bilik Abang Zaryth sudah punya almari pakaian tetapi berkongsi dengan adiknya walaupun adiknya sudah ada almari sendiri. Jadi sempena ulang tahun kelahiran ke-8 selain hadiah lain, Sha gantikan almari pakaian baru dan tak kongsi dengan Adik Nur lagi.


Sekian perkongsian untuk hari ini, mudah-mudahan selepas ini korang yang sedang mencari idea untuk membeli hadiah apa untuk anak lelaki akan mendapat jawapannya. Pilihan Sha untuk Abang Zaryth untuk tahun ini adalah set bilik baru dan permainan kegemaran dia. Alhamdulillah dia enjoy dengan hadiah yang dia dapat. Cuma kalau dah dapat permainan kita sebagai ibu bapa kenalah pandai mengawal mereka, maklumlah budak-budak.
 

Post a Comment

5 Comments

  1. Wah... seronoknya abag zarith dapat hadiah besar dr mamanya...

    ReplyDelete
  2. haha i am always wondering what to get for my guy friends. thnx for the list

    hi hi hi sis feel free utk join and meriahkan my giveaway here
    https://www.raydahalhabsyi.com/2020/08/preloved-giveway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  3. bagus juga mar..shida ramai nk buah lelaki..blur kdg tu nk beli ape hahaa..tq share tips nih!

    ReplyDelete
  4. banyak juga yg dalam list sha tu ammi dah bagi utk bujang berdua dirumah. Tapi biasanya beli yang murah2 jelah..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi